Posted in Uncategorized

mona fendi’s appeal case

PENDAHULUAN

Undang-undang jenayah adalah suatu jenis undang-undang yang mengawal kesalahan yang dilakukan terhadap masyarakat. Secara ringkasnya, terdapat dua elemen dalam menentukan sesuatu perbuatan itu dikatakan bersalahan disisi undang-undang iaitu, actus reus dan mens rea. Namun, mens rea tidak terpakai secara menyeluruh dalam kesalahan yang berkaitan dengan perbuatan membunuh orang. Ini adalah kerana dengan actus reus telah boleh mensabitkan tetuduh adalah bersalahan di bawah seksyen yang berkaitan dengan membunuh atau mematikan orang dengan salah.

Tugasan bagi subjek Undang-undang Jenayah kali ini ialah membuat analisis kes berkaitan rayuan dalam kes kesalahan membunuh orang di bawah Seksyen 300 Kanun Keseksaan (KK) iaitu antara Juraimi bin Hussin v. Public Prosecutor, Mohd Affandi bin Abdul Rahman & Anor v. Public Prosecutor. Seperti sedia maklum, ini adalah kes paling popular pada suatu ketika dahulu di Malaysia kerana dikatakan pembunuhan paling kejam pada ketika itu yang mana boleh dikatakan seperti kes pembunuhan Altantuya. Kertas kerja ini lebih menjurus kepada elemen undang-undang jenayah dan bagi mencari apakah elemen jenayah yang wujud dalam kes tersebut, analisis ini akan dibahagikan kepada enam item iaitu:-

a)      Fakta Kes

b)      Isu Kes

c)       Elemen Jenayah

d)      Alasan Penghakiman

e)      Keputusan

f)       Analisis

FAKTA KES

DALAM MAHKAMAH RAYUAN (KUALA LUMPUR)

RAYUAN KES JENAYAH NO:  C-05-16 OF 1995 & C-05-15 OF 1995

 

ANTARA

JURAIMI BIN HUSIN                                                                                                        PERAYU

DAN

PENDAKWA RAYA (PUBLIC PROSECUTOR)                                                            RESPONDEN      

MOHD AFFANDI BIN ABDUL RAHMAN & ANOR                                                  PERAYU

                                                                                                DAN

PENDAKWA RAYA (PUBLIC PROSECUTOR)                                                            RESPONDEN                                    

Mahkamah                                                         : Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur

Hakim                                                                   : Gopal Sri Ram, Abdul Malek Ahmad dan Ahmad Fairuz

Peguam Prosecution (Pendakwaan)        : Azahar Mohamed dan Yusof Zainal Abiden (Timbalan                                                                                   Pendakwaraya)

Peguam Appellant (Perayu)                        : Perayu Pertama (Tertuduh Pertama) diwakili oleh Karpal                                                                            Singh (Manjit Singh, Jagdeep Singh Deo dan Gobind Singh                                                                            Deo dari Karpal Singh & Co.

                                                                                : Perayu Kedua dan Ketiga (Tertuduh Kedua dan Ketiga)                                                                                               Gulam Mustaffa bin Nadar Ali Khan (Shenton Maniam) dari                                                                         Gulam Mustaffa & Co.  

Tarikh penghakiman                                       : 23 Disember 1997

                Ketiga-tiga perayu (Perayu/ Tertuduh Pertama, Juraimi bin Husin, Perayu/ Tertuduh Kedua, Mohd Affandi bin Abdul Rahman, dan Perayu/ Tertuduh Ketiga, Maznah) dipertuduhkan membunuh dengan kejamnya Dato Mazlan, seorang ahli Dewan Undangan Negeri Pahang (ADUN) Batu Talam. Mereka telah dibicarakan oleh hakim dan juri. Testimoni daripada saksi-saksi, keterangan fizikal (seperti kapak dan penemuan mayat Dato Mazlan yang telah dikerat-kerat) dan pernyataan bertulis yang dibuat oleh pihak tertuduh pertama dan kedua telah diterima sebagai keterangan.

                Tertuduh pertama menimbulkan pembelaan hilang akal. Hakim memerintahkan tertuduh pertama supaya pergi ke Hospital Kuantan untuk pemerhatian, atas permohonan oleh peguamnya, di kesimpulan perbicaraan pertama dua pembicaraan. Tertuduh pertama hadir sewaktu pembicaraan bersambung semula pada 17 Oktober. Tiada apa-apa lagi telah dikatakan tentang lawatan tertuduh pertama ke hospital. Hakim mengarahkan juri bahawa tertuduh pertama telah gagal memenuhi keperluan s 84 Kanun Keseksaan (NMB Bab 45) bagi bergantung pada pembelaan hilang akal.

                Ketiga-tiga pihak tertuduh didapati bersalah atas pembunuhan Dato Mazlan dan dijatuhkan hukuman mati. Mereka merayu. Ketiga-tiga berhujah bahawa hakim dengan salahnya telah menerima dua pernyataan itu, dan bahawa kegagalan beliau untuk menurut rukun dalam kes Yaacob v PP [1966] 1 MLJ 67, dengan kegagalan untuk membolehkan keterangan dikemukakan semasa voir dire untuk diberikan kepada juri, mempunyai kesan yang memudaratkan atas keputusan perbicaraan. Justeru itu, juri tidak dapat memberikan kepentingan yang sewajarnya kepada pernyataan-pernyataan yang dibuat. Pihak-pihak tertuduh juga berhujah bahawa hakim telah membuat beberapa salah arah kepada juri mengenai beban membukti, pembelaan hilang akal, penggunaan pengakuan seorang tertuduh bersama dan undang-undang tentang keterangan ikut keadaan. Tertuduh ketiga juga mengadu bahawa bahagian penyataannya yang memudaratkan telah diberikan kepada juri walhal mereka sepatutnya telah dipadamkan. Mereka mengadu bahawa sewaktu perbicaraan, hakim hilang sabar, kerap mengganggu prosiding dengan memberikan kritikan kelakuan, dan mengerutkan muka hinggakan kelakuan beliau melucutkan tiga pihak tertuduh daripada perbicaraan yang adil. Untuk aduan terkahir ini, peguam tertuduh pertama memfailkan dua usul di Mahkamah Rayuan, yang memohon untuk mengemukakan keterangan atas kelakuan hakim semasa voir dire, serta untuk menggabungkan satu alasan rayuan yang baru berdasarkan keterangan baru tentang kelakuan hakim. Peguam tertuduh pertama memerhatikan bahawa berbeza dengan England, kekurangan transkrip kontemporari sesuatu perbicaraan harus menjadikan mahkamah lebih bersedia untuk memerintahkan penerimaan keterangan mengenai tingkahlaku seorang hakim daripada orang yang mempunyai pengetahuan langsung tentang yang sama, dan bahawa sekiranya keterangan demikian diterima dan dipertimbangkan dengan wajar, tiadanya keraguan tentang salah laku hakim.

ISU KES

1)            Sama ada hakim gagal atau tidak dalam mematuhi peruntukan mandatori yang berkaitan              dengan dalihan gila (hilang akal) Seksyen 84 Kanun Keseksaan.

2)            Samada pengakuan (niat bersama)  tertuduh pertama disabitkan kepada tertuduh kedua dan    ketiga atau tidak.

ELEMEN JENAYAH

Terdapat pelbagai isu yang timbul dalam kes ini antaranya berkaitan dengan pihak tertuduh berhujah bahawa hakim telah membuat beberapa salah arah kepada juri mengenai beban membukti, pembelaan dalihan hilang akal atau gila, penggunaan pengakuan seorang tertuduh bersama dan undang-undang tentang keterangan ikut keadaan. Isu yang berkaitan dengan elemen jenayah pula adalah berkaitan dengan pembelaan hilang akal, seksyen 84 KK dan juga penggunaan pengakuan seorang tertuduh bersama, seksyen 34 KK. Oleh itu, elemen yang saya jelaskan disini hanyalah berkaitan dengan seksyen 84 dan 34 KK.

Terdapat sembilan dalihan-dalihan am yang boleh digunakan oleh tertuduh sebagai pembelaan dalam melakukan perbuatan jenayah yang dikemukakan terhadapnya. Dalihan tidak sempurna akal atau ‘unsoundness of mind’ merupakan salah satu daripada dalihan tersebut. Seksyen 84 KK memperuntukkan bahawa:

                ‘Tidaklah menjadi kesalahan apa-apa jua yang dilakukan oleh seseorang yang, pada masa             melakukannya, oleh sebab akalnya tidak sempurna, tidak berupaya mengetahui keadaan      perbuatan itu atau bahawa apa yang dilakukannya itu sama ada salah atau berlawanan        dengan undang-undang’             

Sekiranya seksyen ini berjaya digunakan, maka ia menjadi dalihan penuh untuk melepaskan tertuduh daripada kesalahan itu. Namun begitu, bagi tertuduh yang berjaya menggunakan seksyen ini, dia akan ditahan di sebuah institusi mental mengikut budi biacara Yang Dipertuan Agong. Ini adalah kerana tertuduh ini sememangnya melakukan kesalahan itu namun kesalahannya berlaku kerana dia tidak sempurna akalnya. Oleh kerana dia mempunyai alasan, dia mesti dikawal selia agar keadaan atau kejadian yang sama tidak berulang lagi.[1]

Peruntukan seksyen ini diasaskan daripada kes Mc’Naghten di mana tertuduh telah dituduh membunuh Edward Drummond. Tertuduh berhasrat untuk membunuh Perdana Menteri Britain kerana mempunyai delusion bahawa Perdana Menteri itu akan membunuhnya. Namun dia tersilap dan membunuh setiausaha Perdana Menteri. Dia mengaku tidak bersalah. Laporan perubatan dikemukakan bagi pihaknya untuk membuktikan bahawa pada masa dia melakukan pembunuhan itu  dia berada dalam keadaan tidak sempurna akal akibat daripada morbid delusions yang menyebabkan dia tidak boleh mengawal dirinya. Untuk melihat samada tertuduh bersalah atau tidak, mahkamah telah menimbang sama ada tertuduh semasa melakukan perbuatan jenayah itu, akibat daripada penyakit mentalnya mengetahui bahawa apa yang dilakukannya itu adalah salah atau tidak. Jika dia tidak mengetahui bahawa perbuatan itu salah maka dia tidak boleh disabitkan.[2]

Walaupun seksyen 84 ini diwujudkan berdasarkan kes Mc’Naghten ini tetapi terdapat perbezaan di antara kedua-duanya. Seksyen 84 turut menekankan keperluan untuk melihat keadaan mental tertuduh semasa melakukan perbuatan itu. Tertuduh mesti dibuktikan akibat daripada ketidaksempurnaan akalnya, dia tidak berkeupayaan untuk mengetahui keadaan perbuatannya atau perbuatan itu salah atau berlawanan dengan undang-undang. Berbeza dengan kes Mc’Naghten, di mana tertuduh mestilah berada dalam keadaan tidak mengetahui bahawa ianya salah disisi undang-undang dan akibat daripada penyakit mentalnya. Dalam keadaan ini perbezaan ini perlu diamati dan diteliti dalam menggunakan kes ini kepada seksyen 84. Elemen-elemen yang perlu dibuktikan untuk menggunakan seksyen 84 adalah seperti berikut:

                (a)          pada masa melakukan perbuatan itu

                (b)          oleh sebab akalnya tidak sempurna

                (c)           tidak mengetahui keadaan perbuatannya atau perbuatannya salah atau berlawanan                      dengan undang-undang

Walaupun prinsip Mc’Naghten menjadi asas kepada peruntukan seksyen 84 namun perlu dilihat bahawa terdapat perbezaan di antara kedua-duanya. Dalam keadaan ini menggunakan kes Inggeris yang membincangkan prinsip ini mesti dibuat dengan menimbangkan perbezaan ini. Perbezaan yang dimaksudkan adalah seperti berikut[3]:

                (i)            Prinsip Mc’Naghten memerlukan tertuduh mempunyai sakit mental sedangkan                                                seksyen 84 menggunakan akalnya tidak sempurna, menjadikan peruntukan seksyen                      84 lebih luas.

                (ii)           Prinsip Mc’Naghten menggunakan ungkapan ‘tidak mengetahui’ sedangkan seksyen                      84 menggunakan ungkapan ‘tidak berupaya untuk mengetahui’.

                (iii)          Prinsip Mc’Naghten menggunakan ungkapan ‘keadaan dan kualiti perbuatannya’                              sedangkan seksyen 84 menggunakan ‘keadaan dan akibat perbuatannya’.

                (iv)         Prinsip Mc’Naghten menggunakan ‘atau jika dia mengetahuinya dia tidak tahu                                   bahawa apa yang dilakukannya adalah salah’ sedangkan seksyen 84 menggunakan                    ‘atau apa yang dilakukannya itu salah atau berlawanan dengan undang-undang’.

Tertuduh pertama (perayu pertama) menimbulkan pembelaan hilang akal. Hakim memerintahkan tertuduh pertama supaya pergi ke Hospital Kuantan untuk pemerhatian dan mendapatkan laporan kesihatan berkenaan dalihan beliau namun pihak tertuduh gagal membawa laporan tersebut semasa perbicaraan seterusnya pada 17 Oktober. Perayu mendakwa dirinya dijampi dan tidak sedar tentang apa yang dia lakukan pada masa yang material, iaitu pada masa ketika beliau melakukan pembunuhan. Hakim mengarahkan juri bahawa tertuduh pertama telah gagal memenuhi keperluan seksyen 84 Kanun Keseksaan (NMB Bab 45) bagi bergantung pada pembelaan hilang akal.

Di Malaysia Kanun Keseksaan turut meletakkan peruntukkan yang mengambil kira kesalahan jenayah yang dilakukan oleh lebih daripada seorang penjenayah. Peruntukan-peruntukan ini (Seksyen 34 sehingga 38) digunakan untuk menentukan sama ada mereka semua bertindak secara bersama, bagi membolehkan kesemua mereka dikenakan tanggungan yang sama iaiatu sebagai tertuduh prinsipal.[4] Seksyen 34 Kanun Keseksaan memperuntukkan bahawa:

                ‘apabila suatu perbuatan jenayah dilakukan oleh beberapa orang bagi mencapai niat      bersama mereka semuanya, tiap-tiap seorang daripada mereka itu adalah bertanggungan              atas perbuatan itu sama seperti seolah-olah perbuatan itu telah dilakukan olehnya seorang’

Seksyen ini secara am menyatakan bahawa sekiranya dua atau lebih orang melakukan sesuatu perbuatan jenayah, bagi mencapai niat bersama, mereka boleh bertanggungan terhadap kesalahan itu secara individu, seolah-olah setiap mereka melakukan kesalahan itu secara bersendirian. Untuk berjaya menggunakan seksyen ini, beberapa elemen perlu dibuktikan iaitu, terdapat lebih daripada seorang tertuduh yang melakukan suatu perbuatan jenayah, perbuatan itu dibuat dengan niat bersama, dan untuk mencapai niat tersebut.[5] Jika tertuduh kurang daripada lima orang, maka seksyen 34 akan digunakan dan sekiranya tertuduh melebihi lima orang, maka penggunaan niat bersama ini adalah pada seksyen 149.

Tertuduh atau perayu kedua dan ketiga dalam kes ini mempunyai ‘common intention’ atau niat bersama dalam melakukan pembunuhan bersama tertuduh pertama. Pengakuan salah tertuduh pertama dan fakta kes dengan menyatakan tertuduh kedua dan ketiga mempunyai niat bersama dalam melakukan pembunuhan ini sudah cukup untuk membuktikan tertuduh kedua dan ketiga bersama-sama dalam perbuatan jenayah ini.

ALASAN PENGHAKIMAN

Bagi menjawab isu pertama iaitu berkenaan dengan samada hakim salah dalam menilai dalihan seksyen 84 yang dikemukakan oleh pihak perayu pertama atau tidak, hakim mengarahkan juri bahawa tertuduh pertama telah gagal dalam mengemukakan dalihan seksyen 84 KK bagi bergantung pada pembelaan hilang akal. Mahkamah mengesahkan keputusan hakim bahawa pembelaan hilang akal tidak disokong oleh keterangan dalam kes ini dan bahawa arahan hakim kepada juri adalah betul. Aduan peguam tentang ketidakpatuhan ss 342 dan 343 Kanun Acara Jenayah (KAJ) adalah tanpa merit. Hakim tidak berada di bawah satu kewajipan untuk menunda perbicaraan setelah mengetahui tertuduh pertama berada di Hospital Kuantan untuk pemerhatian, sementara menunggu penerimaan perakuan penguasa perubatan. Kata-kata pembukaan s 342 menyatakan bahawa:

                 ‘Jika Hakim yang menjalankan perbicaraan … mempunyai sebab mensyaki bahawa tertuduh      tidak sempurna akalnya’

Dalam kes ini, tiada langsung material di hadapan hakim bagi membangkitkan keraguan munasabah tentang kewarasan minda tertuduh pertama. Peguam yang membuat permohonan supaya kliennya dihantar ke hospital wajib mengambil tindakan susulan atas perkara ini, dan selepas tiada apa-apa tindakan pada pihaknya, hakim berhak menganggap bahawa perkara itu tidak lagi diteruskan selanjutnya. Jawapan yang diberikan oleh tertuduh pertama dalam pemeriksaan balasnya serta dalam pernyataan beramaran melepasi sebarang keraguan atas ketiadaan penyakit mental pada pihaknya. Tertuduh mempunyai beban membuktikan pembelaan hilang akal dan mereka telah gagal untuk berbuat demikian.

Perbicaraan tertuduh bermula di hadapan Mahkamah Tinggi pada 12 September 1994. Pada 7 Oktober 1994, pada penutup prosiding tersebut, hakim bicara menangguhkan lagi pendengaran hingga 17 Oktober 1994. Nota beliau menunjukkan bahawa selepas beliau menangguhkan perbicaraan, Hakim, atas permohonan peguam tertuduh pertama (bukan En Karpal Singh) mengarahkan tertuduh pertama untuk dihantar ke Hospital Besar, Kuantan untuk pemerhatian. Rekod itu juga mendedahkan bahawa apabila perbicaraan disambung semula pada 17 Oktober 1994, ketiga-tiga tertuduh hadir di mahkamah. Selepas itu, tiada apa yang dikatakan oleh sesiapa pun tentang lawatan tertuduh pertama ke Hospital Besar Kuantan dan perbicaraan yang berjalan kepada mahkamah. Dalam menyokong akuan itu tidak siuman, tertuduh pertama memberikan keterangan yang bermaksud bahawa dia adalah pada semua masa material yang benar-benar tidak sedar apa yang dia lakukan. Beliau berada di dalam cengkaman sejenis gangguan mental (khayalan atau disihir). Fikirannya tidak hidup kepada fakta bahawa beliau telah membunuh si mati. Ia hanya selepas dia ditangkap, di balai polis, apabila tertuduh kedua meletakkan tangan di atas bahunya, barulah beliau terjaga dari khalayan tersebut. Hakim mengarahkan juri bahawa bukti yang dipercayai oleh tertuduh pertama tidak jumlah dalam kewarasan dalam maksud undang-undang. Beliau memberitahu mereka bahawa ia hanya menaikkan satu rayuan tanggungjawab berkurang, yang tidak diketahui kepada undang-undang kita.

Peguam berhujah sekali anak guamnya telah dihantar ke Hospital Besar Kuantan, ia adalah tanggungjawab hakim bicara untuk menangguhkan perbicaraan sementara menunggu penerimaan perakuan Penguasa Perubatan. Ia adalah hujahan peguam bahawa perbicaraan dalam kes ini adalah terbatal kerana peruntukan mandatori kedua-dua seksyen yang terdahulu telah tidak dipatuhi.

Dalam kes ini, sama sekali tidak penting di hadapan hakim untuk menimbulkan syak yang munasabah mengenai keadaan mental tertuduh pertama yang telus. Peguam setelah membuat permohonan untuk meletakkan tertuduh pertama di bawah pemerhatian dengan jelas di bawah kewajipan untuk meneruskan perkara itu kepada Kesimpulan logik. Sekali terdapat senyap ditandakan di pihaknya, hakim berhak dengan selamat menganggap bahawa perkara itu tidak serius mengejar apa-apa lagi. Dan ia perlu dikatakan sebagai peristiwa yang berlaku, hakim akan telah sepenuhnya betul dalam membuat andaian. Bagi, jawapan yang diberikan oleh tertuduh pertama di bawah pemeriksaan balas serta kandungan kenyataan amaran beliau yang ditandakan sebagai ‘exh P223’ yang diletakkan di luar sebarang keraguan ketiadaan sebarang penyakit mental di pihaknya. Dalam pertimbangan hakim rayuan, mahkamah sebelumnya adalah betul dalam mengarahkan juri seperti yang dilakukannya. Ketiadaan apa-apa keterangan sperti berbentuk dokumen perubatan menyebabkan tertuduh gagal dalam dalihan sakit mental atau gila. Justeru itu, kami berpendapat bahawa tidak ada merit dalam aduan yang dibuat mengenai dalihan ini.

Bagi isu kedua pula iaitu berkenaan dengan samada pengakuan salah tertuduh pertama turut disabitkan kepada tertuduh kedua dan ketiga atau tidak, mahkamah menyatakan, Hakim telah mengarahkan juri dengan betulnya mengenai pemakaian seksyen 30 Akta Keterangan 1950 berhubung dengan penggunaan pengakuan seorang tertuduh bersama. Keterangan terhadap tertuduh mestilah pertamanya diatur, dengan mengetepikan pengakuan tertuduh bersama. Sekiranya mahkamah bersedia menyabit atas keterangan lain, ia boleh memohon sebagai bantuan pengakuan tertuduh bersama bagi mengukuhkan kesimpulan kebersalahan yang telah pun tercapai. Kesimpulan hakim kepada juri menjelaskan bahawa mereka telah diarahkan bahawa mereka patut mempertimbangkan keterangan selain daripada pengakuan, dan mereka telah diberi amaran tentang bahaya bertindak atas pengakuan tertuduh bersama.

Undang-undang yang mengawal liabiliti jenayah di bawah seksyen 34 Kanun Keseksaan telah dijelaskan oleh Hashim Yeop A Sani J dalam kes Dato Mokhtar bin Hashim & Anor v PP[6] dengan menyatakan:

                ‘Under s 34 of the Penal Code, to succeed the prosecution must prove that the criminal act           was done in concert pursuant to the pre-arranged plan or arrangement. In practice, it is of   course difficult to produce direct evidence to prove the intention of an individual. In most    cases, however, it can be inferred from his act or conduct or other relevant circumstances of              the case. See Mahbub Shah v King Emperor (1945) 72 IA 148 at p 153. The doctrine of      common intention is as expressed in s 34 of the Penal Code itself which reads —

                ‘When a criminal act is done by several persons, in furtherance of the common intention of          all, each of such persons is liable for that act in the same manner as if the act were done by          him alone.’

                It is also a common sense principle that if two or more persons intentionally do a thing jointly, it is just the same as if each of them had done it individually. If two or more persons                 combine in injuring another in such a manner that each person engaged in causing the injury           must know that the result of such injury may be the death of the injured person, it is no   answer on the part of anyone of them to allege, and perhaps prove, that his individual act          did not cause death, and that by his individual act he cannot be held to have intended death.    Every one must be taken to have intended the probable and natural results of the               combination of acts in which he joined.

                Thus it is clear that the leading feature of s 34 of the Penal Code is the element of              participation in action. Two preliminary elements are in fact necessary to fulfill the   requirements of s 34. First, there must be evidence (direct or by inference) the accused was         present at the scene of the crime. Secondly, there must be evidence to show that there was                 prior concert or pre-arranged plan involving the accused. This is logical because how can              there be participation without physica1 presence? Even passive participation may require              physical presence’.

Setelah diteliti secara berhati-hati hakim rayuan tidak dapat untuk bersetuju dengan yang hujah peguam bahawa juri telah tersilap hantar mengenai isu niat bersama. Sesungguhnya, mahkamah berpuas hati bahawa arahan hakim bicara mengenai isu ini adalah mencukupi dalam hal keadaan kes itu. Oleh itu, mahkamah menolak rayuan keenam ini yang didahulukan bagi pihak tertuduh kedua dan ketiga.

KEPUTUSAN

Bagi isu pertama, mahkamah memutuskan, (9) Mahkamah mengesahkan keputusan hakim bahawa pembelaan hilang akal tidak disokong oleh keterangan dalam kes ini dan bahawa arahan hakim kepada juri adalah betul. Aduan peguam tentang ketidakpatuhan ss 342 dan 343 KAJ adalah tanpa merit. Hakim tidak berada di bawah satu kewajipan untuk menunda perbicaraan setelah mengetahui tertuduh pertama berada di Hospital Kuantan untuk pemerhatian, sementara menunggu penerimaan perakuan penguasa perubatan. Kata-kata pembukaan s 342 menyatakan bahawa ‘Jika Hakim yang menjalankan perbicaraan … mempunyai sebab mensyaki bahawa tertuduh tidak sempurna akalnya’, dan dalam kes ini, tiada langsung material di hadapan hakim bagi membangkitkan keraguan munasabah tentang kewarasan minda tertuduh pertama. Peguam yang membuat permohonan supaya kliennya dihantar ke hospital wajib mengambil tindakan susulan atas perkara ini, dan selepas tiada apa-apa tindakan pada pihaknya, hakim berhak menganggap bahawa perkara itu tidak lagi diteruskan selanjutnya. Jawapan yang diberikan oleh tertuduh pertama dalam pemeriksaan balasnya serta dalam pernyataan beramaran melepasi sebarang keraguan atas ketiadaan penyakit mental pada pihaknya. Tertuduh mempunyai beban membuktikan pembelaan hilang akal dan mereka telah gagal untuk berbuat demikian.

Bagi isu kedua pula, mahkamah memutuskan, Hakim tidak menyalah arah juri tentang undang-undang niat bersama. Malah arahan atas hujah ini keseluruhannya memadai dalam keadaan-keadaan kes.

Secara keseluruhan, rayuan perayu-perayu ditolak oleh mahkamah.

ANALISIS

Sikap berwaspada mestilah diamalkan dalam menerimapakai amalan Inggeris terhadap perbicaraan juri di negara ini. Ini adalah disebabkan adalah penting untuk mengingati bahawa juri di Mahkamah Jenayah Utama atau di mana-mana assizes Inggeris mungkin tidak boleh disamakan dengan tujuh orang yang bersidang di kandang juri di Mahkamah Tinggi Temerloh. Adalah menjadi tugas hakim perbicaraan yang arif, yang menghadapi kesulitan tertentu, untuk menguruskannya dalam cara bagi memastikan bahawa tertuduh menerima perbicaraan yang adil dan bahawa keadilan adalah tercapai. Bagaimana ini hendak dilakukan dalam mana-mana kes yang diberikan adalah perkara untuk diputuskan oleh hakim perbicaraan. Dan mahkamah ini haruslah berhati-hati dalam mengganggu keputusan beliau pada perkara sebegitu melainkan ia ditunjukkan bahawa jalan tertentu yang digunakan oleh hakim perbicaraan telah menyebabkan salah lak-sana keadilan. Isu yang timbul dalam kes ini adalah perbuatan atau tingkahlaku hakim bicara seperti sewaktu perbicaraan hakim hilang sabar, kerap mengganggu prosiding dengan memberikan kritikan kelakuan, dan mengerutkan muka hinggakan kelakuan beliau melucutkan tiga pihak tertuduh daripada perbicaraan yang adil adalah tidak wajar ekoran daripada sebagai seorang hakim, sikap profesional yang tinggi haruslah ditunjukkan kepada masyarakat agar masyarakat memandang tinggi terhadap institusi kehakiman. Pada pandangan saya, teguran harus diberikan kepada hakim-hakim agar tidak terllau beremosi dalam membicarakan sesuatu kes. Secara keseluruhan, keputusan yang dikenakan oleh hakim bicara dan dipersetujui oleh mahkamah rayuan adalah wajar dijatuhkan terhadap tertuduh. Alasan gangguan sihir bukanlah satu alasan yang waras untuk dikemukakan di mahkamah sehingga isu sihir diperundangkan.

Image

BIBLIOGRAFI

1)            Siti Zaharah & Datin Nor Aini, (2010), “Undang-Undang Jenayah Di Malaysia”, Universiti               Malaya, Kuala Lumpur.


[1] Siti Zaharah & Datin Nor Aini, (2010), “Undang-Undang Jenayah Di Malaysia”, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, hlm. 87

[2] Ibid hlm. 87.

[3] opcit, hlm. 91

[4] ibid, hlm. 48

[5] Ibid, hlm. 49

[6] [1983] 2 MLJ 232

Posted in Uncategorized

Doli incapax -one of exception in criminal cases-

1.0       PENDAHULUAN

            Jenayah merupakan suatu perbuatan jika mana seseorang yang melakukannya boleh menyebabkan pelaku tersebut didakwa oleh pihak berkuasa dan dikenakan hukuman oleh pihak berkuasa.Apa yang pasti, perbuatan salah yang tidak diterima oleh semua ahli masyarakat menjadi suatu kesalahan jenayah. Contohnya, kehidupan normal manusia tidak membenarkan masyarakat menerima perbuatan membunuh sebagai satu perbuatan yang boleh diterima. Setiap daripada ahli dalam kalangan masyarakat sudah pasti akan mengutuk perbuatan tersebut. semua pihak berpandangan bahawa perbuatan itu salah di sisi agama dan moral kerana pada dasarnya tiada seorang pun yang berhak mengambil nyawa orang lain atas apa tujuan sekalipun. Dalam keadaan ini, maka perbuatan membunuh menjadi satu perbuatan jenayah bukan hanya di negara kita, malah terpakai di seluruh dunia.

            Walaubagaimanapun, dalam persoalan jenayah terdapat beberapa dalihan am yang boleh diguna pakai sebagai satu perlindungan kepada pelaku jenayah. Dalihan-dalihan am ini menunjukkan perbuatan tertuduh mempunyai suatu sebab atau alasan kepada perbuatannya itu. Tertudu tidak bersalah kerana ada sesuatu pada dirinya yang menyebabkan dia tidak boleh dipersalahkan, misalnya jika dia tidak sempurna akal, atau melakukan sesuatu dalam keadaan mabuk, atau tertuduh merupakan seorang kanak-kanak yang belum mencapai umur tertentu ataupun jika telah mencapai umur, belum mempunyai kematangan dalam berfikir dan tindakannya.[1]

            Tugasan yang diamanahkan kepada kami pada kali ini adalah berkaitan perbuatan kanak-kanak di bawah umur yang juga termasuk dalam salah satu dalihan am. Mengikut doktrin Inggeris melalui istilah yang diperkenalkan iaitu doli incapax menganggap bahawa kanak-kanak di bawah umur tujuh tahun adalah tidak berkemampuan untuk melakukan jenayah.Kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan 7 hingga 14 tahun juga terpakai bagi dalihan ini dengan syarat mereka belum cukup akalnya dan tidak tahu membezakan di antara baik dan buruk.[2]

Namun begitu, terdapat perbezaan di antara konsep doli incapax yang diguna pakai di negara Barat dengan negara kita. Perbezaan ini akan kami terangkan di Bahagian Pemakaian dan Kerelevenan dalam tugasan kami ini.

            Di Malaysia, peruntukkan tentang kesalahan-kesalahan jenayah seperti membunuh, merogol, mencuri dan sebagainya terdapat dalam Kanun Keseksaan. Melalui Kanun Keseksaan juga ada menyebut tentang jenayah atau kesalahan yang dilakukan oleh kanak-kanak.Seksyen 82 dan 83 Kanun Keseksaan menyentuh tentang hal ini. Apa yang dapat difahami, dalihan kanak-kanak ini dalam Kanun Keseksaan terbahagi kepada dua bahagian iaitu ‘Perbuatan Kanak-Kanak yang Berumur Kurang Daripada 10 Tahun’ dan ‘Perbuatan Kanak-Kanak yang Berumur Lebih Daripada 10 Tahun tetapi Kurang Daripada 12 Tahun yang Belum Cukup Akal’.Lebih mudah dikatakan bahawa mana-mana pesalah yang melakukan perbuatan jenayah dan berusia 12 tahun ketika mana perbuatan tersebut dilakukan, maka dia boleh dikategorikan sebagai kanak-kanak. Cumanya, bagi mereka yang berusia 10 tahun sehingga 12 tahun akan dinilai sama ada bahawa mereka telahpun cukup akal atau tidak untuk melakukan sesuatu jenayah itu.

Terdapat beberapa kes-kes berkaitan yang akan kami kaji dan kami bentangkan dalam tugasan pada kali ini. Secara konsepnya, tugasan bagi Subjek Undang-Undang Jenayah berkaitan persoalan doli incapax ini kami bahagikan kepada enam bahagian. Bermula dengan bahagian Pendahuluan yang akan menyentuh tentang pengenalan kepada konsep doli incapax itu sendiri, kemudian diikuti dengan bahagian Pemakaian dan Kerelevenan yang memperlihatkan tentang bagaimana konsep ini diguna pakai di negara kita serta relevan atau tidak. Seterusnya, kami akan menyentuh serba sedikit berkaitan kes-kes yang berlaku yang membabitkan kanak-kanak sama ada dalam negara ataupun di luar negara. kami turut mengadakan bahagian Analisis dan Diskusi yang mana melalui bahagian ini kami akan timbulkan beberapa persoalan dan isu serta pandangan terhadap konsep doli incapax.Pada akhir tugasan, iaitu dalam bahagian Kesimpulan, kami akan cuba untuk merumuskan secara keseluruhan tentang konsep dalihan am kanak-kanak ini diikuti dengan bahagian Bibiliografi yang akan memperlihatkan senarai rujukan kami sepanjang kami menyelesaikan tugasan ini.

            Apa yang pasti, kami amat berharap tugasan yang diberikan ini dapat kami selesaikan sebaik mungkin dan semoga hasil kajian kami dapat memberi manfaat kepada semua pihak khususnya bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang konsep doli incapax ini.

2.0       PEMAKAIAN DAN KERELEVENAN

Peruntukkan ini adalah berdasarkan prinsip undang-undang Inggeris yang di dikenali sebagai doli incapax bermaksud ketidakupayaan seseorang melakukan jenayah.Menurut prinsip ini, kanak-kanak yang berumur kurang daripada 10 tahun adalah tidak mampu untuk memahami sifat dan akibatsesuatu perbuatan seperti orang dewasa. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak yang berumur sepuluh tahun ke bawah tidak boleh dikenakan sabitan atau tanggungan jenayah kerana Seksyen 82 telah memberi perlindungan mutlak kepada kanak-kanak yang berusia 10 tahun ke bawah tahap mengira darjah kematangan mereka. Namun begitu, Seksyen 83 Kanun Keseksaan pula memperuntukkan bahawa turut tidak menjadi kesalahan bagi kanak-kanak yang berumur lebih dari 10 tahun tetapi kurang daripada 12 tahun yang belum cukup akal untuk menimbangkan keadaan dan akibat perbuatan jenayahnya padamasa tersebut. Seksyen ini memberi perlindungan bersyarat kepada kanak-kanak yang berumur 10 tahun ke atas tetapi kurang daripada 12 tahun yang telah melakukan perbuatan jenayah.Maka jelaslah di sini bahawa, kanak-kanak yang melakukan jenayah boleh di sabitkan kesalahan dan di hukum sekiranya berusia 10 – 18 tahun mengikut Akta tersebut.

Dalihan am bagi konsep doli incapax ini adalah sepertimana yang disebut dalam Seksyen 82 dan 83[3]. Seksyen 82 menegaskan bahawa :

Tidaklah menjadi kesalahan apa-apa jua yang dilakukan oleh kanak-kanak yang berumur kurang daripada sepuluh tahun.

Seksyen 83 pula menyatakan:

Tidaklah menjadi kesalahan apa-apa jua yang dilakukan oleh kanak-kanak yang berumur lebih daripada sepuluh tahun tetapi kurang daripada dua belas tahun yang belum cukup akal untuk menimbangkan keadaan dan akibat perbuatannya pada masa itu.

Tiada sebarang catatan ataupun rekod yang mengindikasikan kewujudan pengecualian bersyarat mahupun pengecualian mutlak di Malaysia pada awal zaman pemerintahan Parameswara sehinggalah berkuat kuasanya Akta Undang-Undang Sivil 1956.

Dikatakan tidak wujudnya sebarang undang-undang tempatan yang mengawal dan menyelia kelakuan kanak-kanak adalah kerana jenayah yang dilakukan oleh kanak-kanak pada masa itu tidaklah dianggap berat hingga memerlukan satu sistem penyeliaan yang khusus.

Walaubagaimanapun, dengan kuat kuasanya Akta Undang-Undang Sivil 1956, pengecualian bersyarat telah diterimapakai melalui Seksyen 83 Kanun Keseksaan.Pada asalnya, umur yang diletakkan di bawah Seskyen 83 adalah antara tujuh tahun dan 12 tahun.Namun, peruntukan ini bersama Seksyen 82 (pengecualian mutlak) telah dipinda pada tahun 1976 dengan meningkatkan tahap umur tersebut dari tujuh tahun kepada sepuluh tahun.Alasan yang dikemukakan adalah tanggungan jenayah kanak-kanak itu tidak harus diukur dari segi umur semata-mata, tetapi faktor-faktor lain seperti perkembangan sosial, emosi juga haruslah diambil kira.

Sepertimana yang dikatakan, doktrin pengecualian bersyarat telah dimansuhkan melalui ‘Crime and Disorder Act’ 1998.Namun, undang-undang Malaysia masih mengekalkan seksyen 83 yang berteraskan prinsip pengecualian bersyarat tersebut sehingga hari ini.Ini juga bermakna kanak-kanak di Malaysia yang berumur antara sepuluh tahun dan 12 tahun adalah masih dilindungi di bawah seksyen tersebut. Persoalan telah timbul bahawa sama ada Malaysia harus mengekalkan peruntukan tersebut sedangkan England telah memansuhkan doktrin ini? Adakah kanak-kanak di Malaysia berbeza tahap kematangan mereka dengan kanak-kanak di negara lain? Sama ada perlindungan ini adalah satu cara yang sebenar-benarnya memulihkan akhlak kanak-kanak.


3.0       ANALISIS KES

Kes yang menjadi rujukan utama dalam doktrin Inggeris doli incapax ialah keputusan mahkamah dalam kes R v CRH di North Sales Wales. Dalam kes Ula Mahaptara[4], tertuduh berusia lebih daripada sebelas tahun telah berlari ke arah mangsa dengan sebilah pisau, dengan cara yang mengancam, sambil berkata bahawa dia akan memotong mangsa kecil-kecil dan dia kemudiannya telah memotong mangsa. Dia disabitkan kerana keseluruhan perbuatannya dan kata-katanya menunjukkan bahawa dia melakukan apa yang hendak dilakukannya. Persoalan yang timbul disini ialah adakah tertuduh boleh menggunakan Seksyen 83 atau tidak.Mahkamah memutuskan tertuduh tidak boleh menggunakan seksyen tersebut kerana tertuduh mengetahui bahawa serangan dengan menggunakan pisau itu boleh membawa kepada kematian.

Sekiranya peguam bela mahu menggunakan dalihan ini, adalah penting untuk dihujahkan bahawa seorang kanak-kanak yang berumur lebih dari 10 tahun dan kurang dari 12 tahun belum cukup akal untuk menimbangkan keadaan dan akibat perbuatannya pada masa perbuatan itu dilakukan. Mahkamah akan menimbangkan dengan melihat kepada perbuatan kanak-kanak itu. Kemampuan kanak-kanak itu untuk mempunyai niat buruk boleh juga digunakan untuk menunjukkan keadaan ini.Dalam kes IPH v The Chief Constable of South Wales[5] seorang kanak-kanak berusia sebelas tahun telah disabitkan untuk satu kesalahan jenayah. Tertuduh bersama beberapa orang yang lain telah memecahkan tingkap sebuah kereta, mengikis cat di kereta itu dan menolaknya hingga terlanggar tiang. Tertuduh mengakui perbuatannya menolak kereta tersebut dan menerima hakikat bahawa perbuatannya itu akan menyebabkan kerosakan. Pengakuan ini dibuat kepada seorang pegawai polis semasa disoal. Semasa rayuan, mahkamah memutuskan bahawa sebelum mendapati tetuduh bersalah, mestilah dibuktikan bahawa tertuduh mengetahui apa yang dilakukannya adalah salah, tidak cukup hanya untuk membuktikan bahawa perbuatan itu dilakukan kerana dia seorang yang nakal.  Lord Lowry, dalam C v DPP menyatakan tidak cukup hanya melihat kepada kenakalan kanak-kanak dalam menentukan tertuduh benar-benar melakukan kesalahan sebaliknya perlulah dibuktikan bahawa tertuduh mengetahui apa yang dilakukan itu adalah salah.

Dalam kes Baba Sain menyatakan tidak ada undang-undang yang melarang kanak-kanak memiliki kenderaan berdaftar. Seorang kanak-kanak berusia lima tahun telah dituduh menjalankan perniagaan bas tanpa permit. Mahkamah memutuskan kanak-kanak itu tidak boleh disabitkan dengan kesalagan tersebut kerana berumur kurang dari sepuluh tahun. Manakala dalam kes Emperor v Wali Muhammad dua orang kanak-kanak lelaki berumur dua tahun dan lima tahun melempar batu kepada keretapi yang sedang lalu. Di bawah Seksyen 177 Akta Keretapi, ia adalah merupakan satu kesalahan. Namun, di bawah Seksyen 83 Kanun Keseksaan perlindungan penuh diperolehi kerana mereka masih di bawah umur.

Berdasarkan kes yang dinyatakan di atas jelas menunjukkan bahawa doktrin doli incapax berasal dari ‘common law’ Inggeris dan Malaysia menggunapakai doktrin ini bagi membuktikan bahawa hak kanak-kanak adalah terlindung jika disabitkan kesalahan oleh kerana ketidakmampuan kanak-kanak tersebut dalam melakukan perbuatan salah. Kes di atas juga menunjukkan keadaan kanak-kanak yang nakal semata-mata tidak cukup untuk membuktikan bahawa tertuduh adalah bersalah sebaliknya perlulah dibuktikan bahawa tertuduh benar-benar mengetahui akan perbuatan yang dilakukan itu adalah bersalahan di sisi undang-undang.

4.0       ANALISIS KESELURUHAN & DISKUSI

Seksyen 83 Kanun Keseksaan haruslah dimansuhkan. Ini adalah kerana, Seksyen 83 Kanun Keseksaan adalah amat mengelirukan dari segi terma ‘belum cukup akal’, sama ada terma ini merujuk kepada kematangan seorang kanak-kanak atau pemahaman seorang kanak-kanak terhadap keadaan fizikal dan akibat fizikal perbua-tannya itu. Sebenarnya, adalah amat sukar untuk mengaplikasikan satu peruntukan undang-undang yang mengelirukan dan juga tiada sebarang interpretasi ataupun panduan.Ujian untuk menguji samada seseorang kanak-kanak itu sudah cukup akal atau tidak haruslah dijalankan bagi mensabitkan tertuduh (kanak-kanak) dalam sesuatu kesalahan jenayah.

Selain itu, kematangan kanak-kanak pada masa sekarang adalah jauh berbeza dengan kematangan kanak-kanak pada masa dahulu. Menurut Prof Madya Dr Khaidzir Hj Ismail, kanak-kanak sekarang seme-mangnya cukup matang dalam memahami perbuatan itu adalah bahaya, tidak bermoral dan juga memahami akibat perbuatannya itu. Oleh itu, kanak-kanak yang berumur di antara sepuluh hingga 12 tahun tidak harus diberikan perlindungan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Seksyen 83 Kanun Keseksaan Malaysia. Sememangnya ia adalah amat ketat pada zahirnya, tetapi, cadangan ini adalah salah satu cara untuk menunjukkan keseriusan badan perundangan dalam menangani jenayah kanak-kanak dalam masyarakat. Tidak harus lagi masyarakat mengambil sikap yang sambil lewa dan tidak mempendulikan sikap dan delinkuensi kanak-kanak itu kerana ia akan mempengaruhi masa depan negara.

Bukan itu sahaja, konsep perlindungan yang diamalkan oleh undang-undang jenayah di bawah Seksyen 83 Kanun Keseksaan itu tidak masuk akal (dengan andaian bahawa perlindungan harus diberikan kepada kanak-kanak yang kurang matang).Ini kerana perlindungan ini hanya diberikan kepada kanak-kanak berumur antara sepuluh ke 12 tahun sahaja.Perlindungan yang diberikan kepada kanak-kanak berumur antara sepuluh dan 12 tahun oleh anggapan doli incapax ini dibuat berdasarkan persepsi bahawa kanak-kanak dalam lingkungan umur tersebut tidak mempunyai tumbesaran dan perkembangan mental yang konsisten.Tidakkah ada di kalangan kanak-kanak berumur lebih dari 12 tahun itu juga mengalami perkembangan mental yang tidak konsisten?Oleh itu, seksyen ini seolah-olahnya mementingkan tahap umur berbanding tahap kematangan pesalah kanak-kanak itu.

Seksyen ini menjadi semakin tidak boleh diterima apabila unsur kematangan ini dijadikan kayu ukur untuk melepaskan kanak-kanak tersebut daripada tanggungan jenayah walhal unsur ‘kematangan’ itu seharusnya dijadikan satu faktor mitigasi tanggungan jenayah tersebut. Ini kerana unsur kematangan bukanlah faktor utama bagi menafikan unsur mens rea jenayah secara langsung.Tambahan pula, hukuman yang diberikan oleh undang-undang jenayah terhadap seorang kanak-kanak adalah bertujuan untuk memu-lihkan akhlak mereka, tidak untuk menyiksa mereka.Maka, tiada sebarang keganasan dan kezaliman dari segi hukuman yang diberikan kepada kanak-kanak.

5.0       KESIMPULAN

Masalah juvana bukan lagi satu masalah yang tidak serius.Ia bukan lagi satu isu yang kata atas angin. Masalah ini telah semakin berkembang, akan mempengaruhi masa depan sesebuah negara mahupun dunia. Masyarakat tidak harus kekal bersikap sambil lewa ke atas delinkuensi kanak-kanak pada masa sekarang.Walaupun negara kita telah menyediakan pelbagai program kebajikan yang bertujuan untuk membina semula akhlak kanak-kanak pada masa sekarang. Akan tetapi ia tidak memberikan impak yang besar dalam usaha negara membina akhlak kanak-kanak. Perkembangan semasa haruslah diambilkira dalam usaha membina akhlak kanak-kanak, badan perundangan Malaysia juga haruslah mengambil iktibar dari negara England dan berusaha untuk menghasilkan satu kerangka undang-undang yang berupaya menyelesaikan masalah jenayah juvana pada masa kini.Ini kerana undang-undang itu sendiri merupakan satu institusi sosial yang digunakan untuk mengawal kelakuan manusia.

Oleh yang sedemikian, peruntukan Seksyen 83 yang memberikan perlindungan kepada kanak-kanak yang berumur di antara sepuluh tahun dan 12 tahun harus dimansuhkan, agar tindak-tanduk juvana yang semakin tidak terkawal zaman sekarang dapat dikawalkan. Ia juga berkemungkinan merupakan satu langkah positif yang dapat mencegah masalah juvana. Selagi pemansuhan ini tidak bertentangan dengan norma masyarakat, polisi awam dan juga polisi di bawah konvensyen antarabangsa maka, ia adalah sesuai untuk diaplikasikan untuk menjaga dan sebenar-benarnya melindungi kanak-kanak pada masa sekarang.

Image

6.0       BIBILIOGRAFI

1.         Kanun Keseksaan (Akta574), International Law Book Services, Selangor Darul Ehsan

2.         Stanley Yeo, 2005, Criminal Defences In Malaysia &Singapore :Comparing the Code       Provisions with the English Presumptions, Lexis Nexis.

3.         Siti Zaharah, Datin Nor Aini, 2010, Undang-Undang Jenayah Di Malaysia: Dalihan-         Dalihan Am, MDC Publishers, Kuala Lumpur


[1] Siti Zaharah, Datin Nor Aini, 2010, Undang-Undang Jenayah Di Malaysia: Dalihan-Dalihan Am, MDC Publishers, Kuala Lumpur, hlm. 84

[2] Stanley Yeo, 2005, Criminal Defences In Malaysia &Singapore :Comparing the Code Provisions with the English Presumptions, Lexis Nexis, hlm. 256

[3]Lihat Kanun Keseksaan (Akta 574)

[4]Stanley Yeo, 2005, op. cit., hlm. 259

[5]Siti Zaharah, Datin Nor Aini, 2010, op. cit., hlm. 87