Doli incapax -one of exception in criminal cases-

1.0       PENDAHULUAN

            Jenayah merupakan suatu perbuatan jika mana seseorang yang melakukannya boleh menyebabkan pelaku tersebut didakwa oleh pihak berkuasa dan dikenakan hukuman oleh pihak berkuasa.Apa yang pasti, perbuatan salah yang tidak diterima oleh semua ahli masyarakat menjadi suatu kesalahan jenayah. Contohnya, kehidupan normal manusia tidak membenarkan masyarakat menerima perbuatan membunuh sebagai satu perbuatan yang boleh diterima. Setiap daripada ahli dalam kalangan masyarakat sudah pasti akan mengutuk perbuatan tersebut. semua pihak berpandangan bahawa perbuatan itu salah di sisi agama dan moral kerana pada dasarnya tiada seorang pun yang berhak mengambil nyawa orang lain atas apa tujuan sekalipun. Dalam keadaan ini, maka perbuatan membunuh menjadi satu perbuatan jenayah bukan hanya di negara kita, malah terpakai di seluruh dunia.

            Walaubagaimanapun, dalam persoalan jenayah terdapat beberapa dalihan am yang boleh diguna pakai sebagai satu perlindungan kepada pelaku jenayah. Dalihan-dalihan am ini menunjukkan perbuatan tertuduh mempunyai suatu sebab atau alasan kepada perbuatannya itu. Tertudu tidak bersalah kerana ada sesuatu pada dirinya yang menyebabkan dia tidak boleh dipersalahkan, misalnya jika dia tidak sempurna akal, atau melakukan sesuatu dalam keadaan mabuk, atau tertuduh merupakan seorang kanak-kanak yang belum mencapai umur tertentu ataupun jika telah mencapai umur, belum mempunyai kematangan dalam berfikir dan tindakannya.[1]

            Tugasan yang diamanahkan kepada kami pada kali ini adalah berkaitan perbuatan kanak-kanak di bawah umur yang juga termasuk dalam salah satu dalihan am. Mengikut doktrin Inggeris melalui istilah yang diperkenalkan iaitu doli incapax menganggap bahawa kanak-kanak di bawah umur tujuh tahun adalah tidak berkemampuan untuk melakukan jenayah.Kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan 7 hingga 14 tahun juga terpakai bagi dalihan ini dengan syarat mereka belum cukup akalnya dan tidak tahu membezakan di antara baik dan buruk.[2]

Namun begitu, terdapat perbezaan di antara konsep doli incapax yang diguna pakai di negara Barat dengan negara kita. Perbezaan ini akan kami terangkan di Bahagian Pemakaian dan Kerelevenan dalam tugasan kami ini.

            Di Malaysia, peruntukkan tentang kesalahan-kesalahan jenayah seperti membunuh, merogol, mencuri dan sebagainya terdapat dalam Kanun Keseksaan. Melalui Kanun Keseksaan juga ada menyebut tentang jenayah atau kesalahan yang dilakukan oleh kanak-kanak.Seksyen 82 dan 83 Kanun Keseksaan menyentuh tentang hal ini. Apa yang dapat difahami, dalihan kanak-kanak ini dalam Kanun Keseksaan terbahagi kepada dua bahagian iaitu ‘Perbuatan Kanak-Kanak yang Berumur Kurang Daripada 10 Tahun’ dan ‘Perbuatan Kanak-Kanak yang Berumur Lebih Daripada 10 Tahun tetapi Kurang Daripada 12 Tahun yang Belum Cukup Akal’.Lebih mudah dikatakan bahawa mana-mana pesalah yang melakukan perbuatan jenayah dan berusia 12 tahun ketika mana perbuatan tersebut dilakukan, maka dia boleh dikategorikan sebagai kanak-kanak. Cumanya, bagi mereka yang berusia 10 tahun sehingga 12 tahun akan dinilai sama ada bahawa mereka telahpun cukup akal atau tidak untuk melakukan sesuatu jenayah itu.

Terdapat beberapa kes-kes berkaitan yang akan kami kaji dan kami bentangkan dalam tugasan pada kali ini. Secara konsepnya, tugasan bagi Subjek Undang-Undang Jenayah berkaitan persoalan doli incapax ini kami bahagikan kepada enam bahagian. Bermula dengan bahagian Pendahuluan yang akan menyentuh tentang pengenalan kepada konsep doli incapax itu sendiri, kemudian diikuti dengan bahagian Pemakaian dan Kerelevenan yang memperlihatkan tentang bagaimana konsep ini diguna pakai di negara kita serta relevan atau tidak. Seterusnya, kami akan menyentuh serba sedikit berkaitan kes-kes yang berlaku yang membabitkan kanak-kanak sama ada dalam negara ataupun di luar negara. kami turut mengadakan bahagian Analisis dan Diskusi yang mana melalui bahagian ini kami akan timbulkan beberapa persoalan dan isu serta pandangan terhadap konsep doli incapax.Pada akhir tugasan, iaitu dalam bahagian Kesimpulan, kami akan cuba untuk merumuskan secara keseluruhan tentang konsep dalihan am kanak-kanak ini diikuti dengan bahagian Bibiliografi yang akan memperlihatkan senarai rujukan kami sepanjang kami menyelesaikan tugasan ini.

            Apa yang pasti, kami amat berharap tugasan yang diberikan ini dapat kami selesaikan sebaik mungkin dan semoga hasil kajian kami dapat memberi manfaat kepada semua pihak khususnya bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang konsep doli incapax ini.

2.0       PEMAKAIAN DAN KERELEVENAN

Peruntukkan ini adalah berdasarkan prinsip undang-undang Inggeris yang di dikenali sebagai doli incapax bermaksud ketidakupayaan seseorang melakukan jenayah.Menurut prinsip ini, kanak-kanak yang berumur kurang daripada 10 tahun adalah tidak mampu untuk memahami sifat dan akibatsesuatu perbuatan seperti orang dewasa. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak yang berumur sepuluh tahun ke bawah tidak boleh dikenakan sabitan atau tanggungan jenayah kerana Seksyen 82 telah memberi perlindungan mutlak kepada kanak-kanak yang berusia 10 tahun ke bawah tahap mengira darjah kematangan mereka. Namun begitu, Seksyen 83 Kanun Keseksaan pula memperuntukkan bahawa turut tidak menjadi kesalahan bagi kanak-kanak yang berumur lebih dari 10 tahun tetapi kurang daripada 12 tahun yang belum cukup akal untuk menimbangkan keadaan dan akibat perbuatan jenayahnya padamasa tersebut. Seksyen ini memberi perlindungan bersyarat kepada kanak-kanak yang berumur 10 tahun ke atas tetapi kurang daripada 12 tahun yang telah melakukan perbuatan jenayah.Maka jelaslah di sini bahawa, kanak-kanak yang melakukan jenayah boleh di sabitkan kesalahan dan di hukum sekiranya berusia 10 – 18 tahun mengikut Akta tersebut.

Dalihan am bagi konsep doli incapax ini adalah sepertimana yang disebut dalam Seksyen 82 dan 83[3]. Seksyen 82 menegaskan bahawa :

Tidaklah menjadi kesalahan apa-apa jua yang dilakukan oleh kanak-kanak yang berumur kurang daripada sepuluh tahun.

Seksyen 83 pula menyatakan:

Tidaklah menjadi kesalahan apa-apa jua yang dilakukan oleh kanak-kanak yang berumur lebih daripada sepuluh tahun tetapi kurang daripada dua belas tahun yang belum cukup akal untuk menimbangkan keadaan dan akibat perbuatannya pada masa itu.

Tiada sebarang catatan ataupun rekod yang mengindikasikan kewujudan pengecualian bersyarat mahupun pengecualian mutlak di Malaysia pada awal zaman pemerintahan Parameswara sehinggalah berkuat kuasanya Akta Undang-Undang Sivil 1956.

Dikatakan tidak wujudnya sebarang undang-undang tempatan yang mengawal dan menyelia kelakuan kanak-kanak adalah kerana jenayah yang dilakukan oleh kanak-kanak pada masa itu tidaklah dianggap berat hingga memerlukan satu sistem penyeliaan yang khusus.

Walaubagaimanapun, dengan kuat kuasanya Akta Undang-Undang Sivil 1956, pengecualian bersyarat telah diterimapakai melalui Seksyen 83 Kanun Keseksaan.Pada asalnya, umur yang diletakkan di bawah Seskyen 83 adalah antara tujuh tahun dan 12 tahun.Namun, peruntukan ini bersama Seksyen 82 (pengecualian mutlak) telah dipinda pada tahun 1976 dengan meningkatkan tahap umur tersebut dari tujuh tahun kepada sepuluh tahun.Alasan yang dikemukakan adalah tanggungan jenayah kanak-kanak itu tidak harus diukur dari segi umur semata-mata, tetapi faktor-faktor lain seperti perkembangan sosial, emosi juga haruslah diambil kira.

Sepertimana yang dikatakan, doktrin pengecualian bersyarat telah dimansuhkan melalui ‘Crime and Disorder Act’ 1998.Namun, undang-undang Malaysia masih mengekalkan seksyen 83 yang berteraskan prinsip pengecualian bersyarat tersebut sehingga hari ini.Ini juga bermakna kanak-kanak di Malaysia yang berumur antara sepuluh tahun dan 12 tahun adalah masih dilindungi di bawah seksyen tersebut. Persoalan telah timbul bahawa sama ada Malaysia harus mengekalkan peruntukan tersebut sedangkan England telah memansuhkan doktrin ini? Adakah kanak-kanak di Malaysia berbeza tahap kematangan mereka dengan kanak-kanak di negara lain? Sama ada perlindungan ini adalah satu cara yang sebenar-benarnya memulihkan akhlak kanak-kanak.


3.0       ANALISIS KES

Kes yang menjadi rujukan utama dalam doktrin Inggeris doli incapax ialah keputusan mahkamah dalam kes R v CRH di North Sales Wales. Dalam kes Ula Mahaptara[4], tertuduh berusia lebih daripada sebelas tahun telah berlari ke arah mangsa dengan sebilah pisau, dengan cara yang mengancam, sambil berkata bahawa dia akan memotong mangsa kecil-kecil dan dia kemudiannya telah memotong mangsa. Dia disabitkan kerana keseluruhan perbuatannya dan kata-katanya menunjukkan bahawa dia melakukan apa yang hendak dilakukannya. Persoalan yang timbul disini ialah adakah tertuduh boleh menggunakan Seksyen 83 atau tidak.Mahkamah memutuskan tertuduh tidak boleh menggunakan seksyen tersebut kerana tertuduh mengetahui bahawa serangan dengan menggunakan pisau itu boleh membawa kepada kematian.

Sekiranya peguam bela mahu menggunakan dalihan ini, adalah penting untuk dihujahkan bahawa seorang kanak-kanak yang berumur lebih dari 10 tahun dan kurang dari 12 tahun belum cukup akal untuk menimbangkan keadaan dan akibat perbuatannya pada masa perbuatan itu dilakukan. Mahkamah akan menimbangkan dengan melihat kepada perbuatan kanak-kanak itu. Kemampuan kanak-kanak itu untuk mempunyai niat buruk boleh juga digunakan untuk menunjukkan keadaan ini.Dalam kes IPH v The Chief Constable of South Wales[5] seorang kanak-kanak berusia sebelas tahun telah disabitkan untuk satu kesalahan jenayah. Tertuduh bersama beberapa orang yang lain telah memecahkan tingkap sebuah kereta, mengikis cat di kereta itu dan menolaknya hingga terlanggar tiang. Tertuduh mengakui perbuatannya menolak kereta tersebut dan menerima hakikat bahawa perbuatannya itu akan menyebabkan kerosakan. Pengakuan ini dibuat kepada seorang pegawai polis semasa disoal. Semasa rayuan, mahkamah memutuskan bahawa sebelum mendapati tetuduh bersalah, mestilah dibuktikan bahawa tertuduh mengetahui apa yang dilakukannya adalah salah, tidak cukup hanya untuk membuktikan bahawa perbuatan itu dilakukan kerana dia seorang yang nakal.  Lord Lowry, dalam C v DPP menyatakan tidak cukup hanya melihat kepada kenakalan kanak-kanak dalam menentukan tertuduh benar-benar melakukan kesalahan sebaliknya perlulah dibuktikan bahawa tertuduh mengetahui apa yang dilakukan itu adalah salah.

Dalam kes Baba Sain menyatakan tidak ada undang-undang yang melarang kanak-kanak memiliki kenderaan berdaftar. Seorang kanak-kanak berusia lima tahun telah dituduh menjalankan perniagaan bas tanpa permit. Mahkamah memutuskan kanak-kanak itu tidak boleh disabitkan dengan kesalagan tersebut kerana berumur kurang dari sepuluh tahun. Manakala dalam kes Emperor v Wali Muhammad dua orang kanak-kanak lelaki berumur dua tahun dan lima tahun melempar batu kepada keretapi yang sedang lalu. Di bawah Seksyen 177 Akta Keretapi, ia adalah merupakan satu kesalahan. Namun, di bawah Seksyen 83 Kanun Keseksaan perlindungan penuh diperolehi kerana mereka masih di bawah umur.

Berdasarkan kes yang dinyatakan di atas jelas menunjukkan bahawa doktrin doli incapax berasal dari ‘common law’ Inggeris dan Malaysia menggunapakai doktrin ini bagi membuktikan bahawa hak kanak-kanak adalah terlindung jika disabitkan kesalahan oleh kerana ketidakmampuan kanak-kanak tersebut dalam melakukan perbuatan salah. Kes di atas juga menunjukkan keadaan kanak-kanak yang nakal semata-mata tidak cukup untuk membuktikan bahawa tertuduh adalah bersalah sebaliknya perlulah dibuktikan bahawa tertuduh benar-benar mengetahui akan perbuatan yang dilakukan itu adalah bersalahan di sisi undang-undang.

4.0       ANALISIS KESELURUHAN & DISKUSI

Seksyen 83 Kanun Keseksaan haruslah dimansuhkan. Ini adalah kerana, Seksyen 83 Kanun Keseksaan adalah amat mengelirukan dari segi terma ‘belum cukup akal’, sama ada terma ini merujuk kepada kematangan seorang kanak-kanak atau pemahaman seorang kanak-kanak terhadap keadaan fizikal dan akibat fizikal perbua-tannya itu. Sebenarnya, adalah amat sukar untuk mengaplikasikan satu peruntukan undang-undang yang mengelirukan dan juga tiada sebarang interpretasi ataupun panduan.Ujian untuk menguji samada seseorang kanak-kanak itu sudah cukup akal atau tidak haruslah dijalankan bagi mensabitkan tertuduh (kanak-kanak) dalam sesuatu kesalahan jenayah.

Selain itu, kematangan kanak-kanak pada masa sekarang adalah jauh berbeza dengan kematangan kanak-kanak pada masa dahulu. Menurut Prof Madya Dr Khaidzir Hj Ismail, kanak-kanak sekarang seme-mangnya cukup matang dalam memahami perbuatan itu adalah bahaya, tidak bermoral dan juga memahami akibat perbuatannya itu. Oleh itu, kanak-kanak yang berumur di antara sepuluh hingga 12 tahun tidak harus diberikan perlindungan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Seksyen 83 Kanun Keseksaan Malaysia. Sememangnya ia adalah amat ketat pada zahirnya, tetapi, cadangan ini adalah salah satu cara untuk menunjukkan keseriusan badan perundangan dalam menangani jenayah kanak-kanak dalam masyarakat. Tidak harus lagi masyarakat mengambil sikap yang sambil lewa dan tidak mempendulikan sikap dan delinkuensi kanak-kanak itu kerana ia akan mempengaruhi masa depan negara.

Bukan itu sahaja, konsep perlindungan yang diamalkan oleh undang-undang jenayah di bawah Seksyen 83 Kanun Keseksaan itu tidak masuk akal (dengan andaian bahawa perlindungan harus diberikan kepada kanak-kanak yang kurang matang).Ini kerana perlindungan ini hanya diberikan kepada kanak-kanak berumur antara sepuluh ke 12 tahun sahaja.Perlindungan yang diberikan kepada kanak-kanak berumur antara sepuluh dan 12 tahun oleh anggapan doli incapax ini dibuat berdasarkan persepsi bahawa kanak-kanak dalam lingkungan umur tersebut tidak mempunyai tumbesaran dan perkembangan mental yang konsisten.Tidakkah ada di kalangan kanak-kanak berumur lebih dari 12 tahun itu juga mengalami perkembangan mental yang tidak konsisten?Oleh itu, seksyen ini seolah-olahnya mementingkan tahap umur berbanding tahap kematangan pesalah kanak-kanak itu.

Seksyen ini menjadi semakin tidak boleh diterima apabila unsur kematangan ini dijadikan kayu ukur untuk melepaskan kanak-kanak tersebut daripada tanggungan jenayah walhal unsur ‘kematangan’ itu seharusnya dijadikan satu faktor mitigasi tanggungan jenayah tersebut. Ini kerana unsur kematangan bukanlah faktor utama bagi menafikan unsur mens rea jenayah secara langsung.Tambahan pula, hukuman yang diberikan oleh undang-undang jenayah terhadap seorang kanak-kanak adalah bertujuan untuk memu-lihkan akhlak mereka, tidak untuk menyiksa mereka.Maka, tiada sebarang keganasan dan kezaliman dari segi hukuman yang diberikan kepada kanak-kanak.

5.0       KESIMPULAN

Masalah juvana bukan lagi satu masalah yang tidak serius.Ia bukan lagi satu isu yang kata atas angin. Masalah ini telah semakin berkembang, akan mempengaruhi masa depan sesebuah negara mahupun dunia. Masyarakat tidak harus kekal bersikap sambil lewa ke atas delinkuensi kanak-kanak pada masa sekarang.Walaupun negara kita telah menyediakan pelbagai program kebajikan yang bertujuan untuk membina semula akhlak kanak-kanak pada masa sekarang. Akan tetapi ia tidak memberikan impak yang besar dalam usaha negara membina akhlak kanak-kanak. Perkembangan semasa haruslah diambilkira dalam usaha membina akhlak kanak-kanak, badan perundangan Malaysia juga haruslah mengambil iktibar dari negara England dan berusaha untuk menghasilkan satu kerangka undang-undang yang berupaya menyelesaikan masalah jenayah juvana pada masa kini.Ini kerana undang-undang itu sendiri merupakan satu institusi sosial yang digunakan untuk mengawal kelakuan manusia.

Oleh yang sedemikian, peruntukan Seksyen 83 yang memberikan perlindungan kepada kanak-kanak yang berumur di antara sepuluh tahun dan 12 tahun harus dimansuhkan, agar tindak-tanduk juvana yang semakin tidak terkawal zaman sekarang dapat dikawalkan. Ia juga berkemungkinan merupakan satu langkah positif yang dapat mencegah masalah juvana. Selagi pemansuhan ini tidak bertentangan dengan norma masyarakat, polisi awam dan juga polisi di bawah konvensyen antarabangsa maka, ia adalah sesuai untuk diaplikasikan untuk menjaga dan sebenar-benarnya melindungi kanak-kanak pada masa sekarang.

Image

6.0       BIBILIOGRAFI

1.         Kanun Keseksaan (Akta574), International Law Book Services, Selangor Darul Ehsan

2.         Stanley Yeo, 2005, Criminal Defences In Malaysia &Singapore :Comparing the Code       Provisions with the English Presumptions, Lexis Nexis.

3.         Siti Zaharah, Datin Nor Aini, 2010, Undang-Undang Jenayah Di Malaysia: Dalihan-         Dalihan Am, MDC Publishers, Kuala Lumpur


[1] Siti Zaharah, Datin Nor Aini, 2010, Undang-Undang Jenayah Di Malaysia: Dalihan-Dalihan Am, MDC Publishers, Kuala Lumpur, hlm. 84

[2] Stanley Yeo, 2005, Criminal Defences In Malaysia &Singapore :Comparing the Code Provisions with the English Presumptions, Lexis Nexis, hlm. 256

[3]Lihat Kanun Keseksaan (Akta 574)

[4]Stanley Yeo, 2005, op. cit., hlm. 259

[5]Siti Zaharah, Datin Nor Aini, 2010, op. cit., hlm. 87

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s