Posted in master, OUM, peguam, peguamsyarie, pentadbiran undang-undang islam di malaysia, syariah, Uncategorized

Polemik Isu Anak Tak Sah Taraf

  1. PENGENALAN

Penggubalan undang-undang keluarga Islam oleh setiap negeri di Malaysia adalah antara lain bertujuan bagi memelihara kesucian institusi perkahwinan dan umat Islam di negara ini. Sebagai contoh prosedur kebenaran berkahwin, prosedur berpoligami, pembubaran perkahwinan dan penalti bagi yang melanggar peruntukan-peruntukan di dalam undang-undang tersebut.

Baru-baru ini negara kita digemparkan dengan keputusan Mahkamah Rayuan pada Julai 2017 yang membenarkan permohonan anak tidak sah taraf untuk dibinkan atau dibintikan kepada bapa biologinya yang mana kanak-kanak tersebut dilahirkan selepas 5 bulan 24 hari (atau 5 bulan 27 hari menurut kalendar Qamariah) selepas ibu bapanya bernikah. Ini secara jelas menjadikan keputusan tersebut adalah tidak selari dengan keputusan majlis Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia berkaitan dengan anak tak sah taraf dengan menyatakan fatwa tersebut adalah tidak mempunyai kuasa undang-undang. Keputusan ini telah menjadi polemik dalam kalangan masyarakat termasuklah golongan akademik dan pengamal undang-undang. Namun setakat status terkini, keputusan kes ini telah dirayu oleh kerajaan persekutuan melalui peguam negara ke Mahkamah Persekutuan dan masih dalam prosiding.

Polemik dalam isu anak tak sah taraf ini bukanlah satu isu baru dalam negara kita. Malah perkara ini juga telah wujud sejak zaman jahiliah yang mana berkaitan dengan anak-anak hasil zina. Islam telah mendepani isu ini secara duniawi dan ukhrawi melalui wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah S.A.W. Sebelum ini disebut sebagai ‘Anak Zina’, kemudian dilunakkan panggilan dengan ‘Anak Luar Nikah’ dan seterusnya dilunakkan sebagai ‘Anak Tak Sah Taraf’. Apa juga gelaran yang diberikan, ia adalah golongan yang sama namun dilihat dari perspektif atau persekitaran yang berbeza.

Tugasan ini adalah bertujuan bagi menganalisis polemik yang berlaku dalam masyarakat berkenaan dengan isu ini dari sudut undang-undang khususnya undang-undang Islam yang berkuatkuasa di Malaysia selain daripada turut mengenalpasti bidangkuasa mahkamah syariah dalam isu anak tak sah taraf.

Perbincangan ini dibahagikan kepada lima bahagian iaitu pengenalan yang menjelaskan secara ringkas namun padat berkenaan dengan anak tak sah rataf dan statistik kepada keberadaan anak tak sah taraf tersebut saban tahun selain daripada menyatakan objektif kepada tugasan ini. Bahagian kedua pula berkenaan dengan kedudukan anak tak sah taraf menurut hukum syara’ antaranya melalui pandangan mazhab dan fuqaha’ serta melalui pandangan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan. Bahagian ketiga adalah berkaitan dengan peranan dan bidangkuasa mahkamah syariah bersangkutan dengan isu anak tak sah taraf antara lain dari sudut perwalian, pewarisan dan nasab keturunan. Bahagian keempat akan membincangkan berkenaan dengan cadangan dalam mengharmonikan isu anak tak sah taraf dengan masyarakat Malaysia yang terdiri dari pelbagai bidang dan disiplin ilmu malah sehingga ke masyarakat awam. Bahagian terakhir dalam perbincangan ini adalah rumusan dan kesimpulan secara keseluruhan berkenaan dengan anak tak sah taraf serta perkaitan menurut undang-undang Islam yang terpakai di Malaysia dan kesan kepada undang-undang tersebut.

  1. KONSEP ANAK TAK SAH TARAF

2.1       HUKUM SYARA’

Mengikut syariat Islam, konsep sah taraf merujuk kepada perakuan yang diperolehi oleh anak berkenaan sebagai anak yang sah kepada bapa berkenaan.  (Ismail, 2013) Anak tak sah taraf disebut sebagai walad al-zina yang bermaksud anak zina atau anak luar nikah. Zina dari sudut istilah ialah antaranya bererti seseorang lelaki menyetubuhi seorang perempuan pada qubul (qubul bukan dimaksudkan persetubuhan di dalam dubur pada lelaki atau perempuan. Perbuatan ini tidak dinamakan zina di sisi Imam Abu Hanifah tetapi zina di sisi Muhammad dan Abu Yusuf, ulama Syafi’i, Hanbali dan Maliki), bukan yang dimiliki dan syubhah. Seseorang anak dihukumkan sebagai anak zina jika kelahirannya melalui persetubuhan tanpa pernikahan yang sah dan dinasabkan kepada ibunya bukan kepada lelaki yang menyetubuhi ibunya. (Ahmad & Md. Dahlan, 2016)

Para fuqaha bersepakat bahawa seseorang anak hanya boleh dinasabkan kepada lelaki dan perempuan yang melakukan persetubuhan, jika perkahwinan mereka sah di sisi hukum syarak, pemilikan atau syubhah. Sekiranya anak tersebut dilahirkan melalui perzinaan, maka anak itu tidak boleh dinasabkan kepada penzina lelaki dan tidak boleh mewarisi hartanya. Oleh itu, kesahtarafan seseorang anak merujuk perkahwinan yang sah antara kedua-dua ibu bapanya. Rasulullah S.A.W bersabda yang diriwayatkan oleh Imam Muslim  di dalam Sahih Muslim bab al-Waladu lil firash kitab al-Radha’ yang bermaksud:

‘Anak adalah hak pemilik hamparan (al-firash) sedangkan orang orang yang berzina (al-‘ahir) haknya adalah batu’

Menurut al-Nawawi, lilwalid lilfirash bermaksud seseorang lelaki yang mempunyai isteri atau hamba perempuan yang dimilik akan menjadi firash  baginya jika lahir anak dalam jangka masa enam bulan dari waktu persetubuhan, maka lelaki tersebut akan menjadi bapa kepada anak tersebut dan kedua-duanya berhak mewarisi mengikut hukum perwarisan.

Imam Maliki dan Syafi’i serta ulama lain mensyaratkan bahawa anak akan dinasabkan kepada lelaki yang menyetubuhi seseorang isteri atau hamba perempuan yang dimiliki dan menjadi firash dari waktu persetubuhan.

Manakala Abu Hanifah pula tidak mensyaratkan dari waktu persetubuhan melainkan

memadai dengan adanya akad. Kalimah al-‘Aahir bermaksud “penzina”, manakala al-hijr bermaksud “menyekat seseorang anak daripada memanggilnya”. Menurut al-Qurtubi, kedua-dua perkataan tersebut bermaksud merejam dengan batu kepada penzina yang muhsan.

Menurut hukum syarak, kelahiran seseorang anak sama ada secara sah taraf atau tidak sah taraf dinasabkan kepada ibunya. Pensabitan nasab seseorang anak kepada bapanya hendaklah dilihat sama ada sesuatu perkahwinan itu sah, fasid atau syubhah. Oleh itu, seseorang anak boleh dinasabkan kepada bapanya berdasarkan tiga kaedah, iaitu:-

  1. firash (hamparan);
  2. bayyinah (keterangan); dan
  3. iqrar (pengakuan).

Kaedah Hamparan (firash)

Firash ialah perempuan yang dijadikan hamparan lelaki dan bersedap-sedapan dengannya. Firash juga merujuk seorang wanita yang ditentukan untuk melahirkan anak bagi individu tertentu. Firash terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu:-

  1. firash isteri;
  2. firash hamba perempuan; dan
  3. shibhu al-firash.

Firash Isteri

Menurut fuqaha, seseorang isteri yang melahirkan anak melalui perkahwinan yang sah atau fasid hendaklah dinasabkan kepada suaminya. Pandangan fuqaha adalah berdasarkan hadis yang bermaksud “Seorang anak adalah milik tuan firash”. Sekiranya berlaku perceraian bagi perkahwinan fasid sebelum tamat tempoh hamil maksimum dari tarikh perceraian dan genap enam bulan atau lebih dari waktu persetubuhan hendaklah dinasabkan kepada lelaki tersebut. Pensabitan nasab secara firash ini hendaklah memenuhi tiga syarat, iaitu:-

  1. Suami mampu menghamilkan isterinya setelah baligh menurut mazhab Hanafi, Maliki dan Syafi’i atau hampir baligh (murahiq) menurut mazhab Hanbali. Suami juga mempunyai alat kelamin yang sempurna, tidak cacat dan berupaya menyetubuhi isterinya.
  2. Suami dan isteri mempunyai keadaan tertentu yang membolehkan mereka bersetubuh selepas diakadkan.
  3. Anak tersebut dilahirkan selepas enam bulan dari tarikh akad menurut mazhab Hanafi dan jumhur ulama mensyaratkan anak tersebut lahir setelah mencapai usia enam bulan dari waktu bersetubuh.

Firash Hamba Perempuan

Menurut mazhab Hanafi, firash hamba tidak boleh dinasabkan, kecuali ada pengakuan tuannya bahawa anak tersebut ialah anaknya. Jika tuannya menafikan, maka anak tersebut tidak boleh dinasabkan kepadanya. Menurut jumhur ulama, selain Hanafi, seorang hamba perempuan akan menjadi firash kepada tuannya apabila tuannya mengaku telah menyetubuhi hambanya itu. Hadis Rasulullah SAW di dalam Fath al-Bari Syarah Sahih al-Bukhari kitab al-Buyu’ dalam bab Syira’ al-Mamluk min al-Harabiyy wa Hibatihi wa ‘Itaqihi yang bermaksud:

“Saad bin Abi Waqqas telah bertelingkah dengan Abd. bin Zamaah tentang seorang budak. Saad berkata, “Wahai Rasulullah, budak ini ialah anak kepada saudaraku, Utbah bin Abi Waqqas yang mengaku kepadaku bahawa budak itu ialah anaknya. Cuba kamu lihat persamaannya.” Kata Abd. bin Zamaah pula, “Budak ini ialah saudaraku wahai Rasulullah, dia dilahirkan oleh hamba perempuan bapaku.” Rasulullah melihat wajahnya dan mendapati sangat mirip dengan Utbah. Baginda bersabda, “Dia ialah hak kamu wahai Abd., seorang anak adalah bagi tuan firash. Wahai Sawdah binti Zamaah hendaklah kamu berhijab daripadanya.” Kata Aishah, “Dia (budak itu) tidak pernah melihat Sawdah langsung.”

Oleh itu, anak yang dilahirkan selepas enam bulan atau lebih, anak tersebut dinasabkan kepada tuannya walaupun dinafikannya. Sekiranya hamba perempuan telah suci rahimnya daripada benih tuannya, anak yang lahir selepas enam bulan atau lebih dari waktu istibra (pembersihan rahim) tidak boleh dinasabkan kepada tuannya.

 Shibhu al-Firash

 Shibhu al-firash ialah sabitan nasab melalui persetubuhan syubhah yang terbahagi kepada tiga jenis, iaitu:-

  1. Syubhah milik seperti bapa menyetubuhi hamba perempuan anaknya kerana beranggapan hamba itu halal baginya;
  2. Syubhah pada akad seperti suami telah menyetubuhi isterinya, namun mendapati isterinya ialah saudara perempuan sesusuannya yang haram dikahwini; dan
  3. Syubah dalam perbuatan seperti seorang lelaki telah menyetubuhi seorang perempuan yang disangka isterinya tetapi perempuan itu bukan isterinya. (Muhammad & Ibnu, 1386H)

Oleh itu, seseorang anak lahir setelah genap usia enam bulan atau lebih daripada persetubuhan syubhah, maka anak itu dinasabkan kepada lelaki yang menyetubuhi ibunya. Sekiranya seseorang anak lahir sebelum genap usia enam bulan dari tarikh persetubuhan syubhah, maka anak itu tidak boleh dinasabkan kepada lelaki yang menyetubuhi ibunya, kecuali lelaki tersebut mendakwa anak itu daripada benihnya.

Kaedah Keterangan (Bayyinah)

 Bayyinah ialah keterangan yang melibatkan orang yang didakwa bersama-sama pihak lain. Ulama berbeza pendapat tentang bilangan saksi untuk memberikan keterangan. Menurut Imam Maliki, hanya dua orang saksi lelaki sahaja. Menurut Abu Hanifah dan Muhammad, dua orang saksi lelaki atau seorang saksi lelaki bersama-sama dua orang saksi perempuan. Menurut Imam Shafi’i, Imam Hanbali dan Abu Yusuf, kesaksian semua ahli waris sama ada lelaki atau perempuan dibuat berdasarkan khabar yang didengar (tasamu’), iaitu berita yang tersebar luas dan masyhur dalam kalangan orang ramai. Para ulama empat mazhab sepakat mengatakan nasab boleh disabitkan dengan kesaksian berdasarkan berita yang didengar. Abu Hanifah berpendapat tasamu’ ialah berita yang didengar dengan bilangan mutawatir agar dapat diyakini. Menurut Abu Yusuf dan Muhammad, saksi hendaklah mendengar berita yang disaksikan oleh dua orang lelaki atau seorang lelaki bersama-sama dua orang perempuan yang adil. Menurut Maliki, berita itu hendaklah didengar daripada bilangan yang dapat ditentukan kadarnya dan tersebar luas dalam kalangan orang ramai yang adil atau tidak dengan disyaratkan supaya saksi berkata, “kami mendengar sedemikian”. Menurut Imam Shafi’i yang paling rajih, saksi tersebut hendaklah mendengar daripada bilangan yang ramai dan diyakini bahawa mereka tidak berpakat melakukan pendustaan. Pendengaran itu hendaklah memberikan keyakinan atau hampir yakin (al-Zann al-Qawiy) dan saksi berkata “Aku menyaksikan bahawa dia ialah kepunyaannya atau anaknya”.

Kesaksian juga boleh berdasarkan kesan persamaan atau perbezaan (qiyafah). Qiyafah ialah kemahiran suatu golongan bangsa Arab yang dikenali sebagai al-Qafah untuk mengecam keturunan seseorang berdasarkan ciri fizikal seperti kesan tapak kaki, wajah, perwatakan, dan sebagainya. Jumhur ulama (Imam Malik, Imam Shafi’i, Imam Ahmad, Abu Thawr dan Al-Auza’ie) berpendapat qiyafah boleh digunakan untuk menentukan nasab seseorang anak. Pandangan mereka bersandarkan hadis Rasulullah SAW di dalam Sahih Bukhari Bab al-Waladu lil Firash kitab al-Faraid bermaksud:

“Rasulullah SAW telah masuk menemuiku dalam keadaan gembira, wajahnya berseri-seri, baginda terus bersabda, “Tidakkah kamu ketahui bahawa sebentar tadi Mujazziz telah melihat Zaid bin Harithah dan Usamah bin Zaid lalu dia berkata, ‘Sesungguhnya sebahagian tapak kaki ini adalah kepunyaan orang yang sama (keturunan)’”.

Imam Shafi’i mensyaratkan qiyafah boleh diterima sekurang-kurangnya oleh dua orang qaif. Menurut Imam Malik pula, terdapat dua riwayat yang berkait dengan pandangannya, iaitu pertama, menyamai pendapat Imam Shafii dan kedua, memadai seorang qaif sahaja. Selaras dengan perkembangan sains dan teknologi, satu kaedah baru ditemui iaitu Asid Deoksiribonukleik (DNA) sebagai ujian klinikal yang digunakan untuk mengenal pasti keturunan. Tamadun Islam mengiktiraf penggunaan sains dan teknologi kerana mampu menyelesaikan masalah manusia. Pihak yang mempunyai kerjaya dalam bidang ini dianggap pakar kerana pandangan mereka diterima dan diiktiraf oleh mahkamah sebagai al-bayyinah.

Kaedah Pengakuan (Iqrar)

Jika pengakuan nasab dilakukan oleh pengaku sendiri seperti seseorang bapa mengaku bahawa seseorang anak itu ialah anaknya atau seseorang anak mengaku bahawa seseorang itu ialah bapanya. Seseorang bapa yang mengaku bahawa seseorang anak itu ialah anaknya hendaklah memenuhi syarat berikut:-

  1. Seseorang yang diakui sebagai anak itu tidak diketahui nasabnya. Hal ini bererti anak itu tidak mempunyai bapa selain orang yang membuat pengakuan.
  2. Pengakuan itu munasabah dari segi fakta. Misalnya, terdapat jurang perbezaan umur yang munasabah yang menunjukkan antara mereka ada pertalian keluarga.
  3. Pengakuan itu hendaklah diterima oleh orang yang diakui sebagai anak, jika dia telah baligh. Jika belum baligh atau gila, maka pengakuannya tidak diperlukan.
  4. Pengakuan itu tidak melibatkan orang lain. Misalnya pengakuan isteri atau bekas isteri (dalam iddah) bahawa seseorang itu sebagai anaknya, maka pengakuannya hendaklah ditolak kecuali diakui oleh suaminya atau disokong oleh keterangan lain. Keterangan seseorang wanita tidak cukup untuk menasabkan anak kepada suaminya.

Jika pengakuan nasab dibuat oleh orang lain seperti seseorang telah mengaku bahawa individu lain ialah saudara kandungnya yang membuktikan bahawa seorang itu ialah anak bapanya. Pengakuan seperti ini sah jika memenuhi tiga syarat, iaitu syarat (1), (2) dan (3), serta ditambah satu syarat lagi, iaitu pengakuan tersebut mestilah disokong oleh keterangan lain atau diperakukan oleh orang yang terlibat dengan pengakuan ini. Sekiranya tidak ada keterangan lain yang dapat dibuktikan atau orang yang terlibat tidak mengesahkannya, maka pengakuan tersebut akan hanya melibatkan diri pengaku sahaja. Imam Shafi’i, Imam Hanbali dan Abu Yusuf mensyaratkan pengakuan itu hendaklah diperakukan oleh ahli waris sama ada lelaki atau perempuan. (Al-Syarbini, 1371H)

2.2       PANDANGAN JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam berhubung dengan kedudukan anak tak sah taraf ini yang diadakan pada 1981 membuat keputusan seperti berikut:-

“ Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam kali ke 1 yang bersidang pada 28-29 Januari 1981 telah membincangkan penamaan Anak Tak Sah Taraf (Anak Luar Nikah). Muzakarah telah memutuskan bahawa anak zina atau anak luar nikah (anak tak sah taraf) samada diikuti dengan perkahwinan kedua pasangan ibu bapanya atau tidak hendaklah dibin atau dibintikan kepada Abdullah.”

Berdasarkan kepada muzakarah tersebut, 8 negeri iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, Melaka, Sarawak, Negeri Sembilan, Terengganu, Selangor dan Pulau Pinang telah mengadaptasikan dan telah memperjelaskan lagi intipati keputusan itu dalam fatwa di negeri masing-masing walaupun dengan menggunakan pelbagai perkataan (sighah) yang berbeza. Malah lima daripada negeri-negeri tersebut, iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan, Terengganu dan Selangor telah mewartakan fatwa berkenaan.

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang bermuzakarah pada 10 Jun 2003 bersetuju mendefinisikan anak tak sah taraf seperti berikut:-

  1. Anak yang dilahirkan di luar nikah sama ada akibat zina atau rogol dan dia bukan daripada persetubuhan syubhah.
  2. Anak dilahirkan kurang dari 6 bulan 2 lahzah (saat) mengikut taqwim qamariah daripada tarikh akad nikah.

Walau bagaimanapun, Jawatankuasa Fatwa berkenaan dalam mesyuaratnya pada 27 Julai 2004 telah mengubah ayat “daripada tarikh akad nikah” dihujung parenggan dua menjadi “daripada tarikh tamkin” (setubuh) dengan tujuan untuk memperjelaskan lagi bahawa tempoh 6 bulan 2 saat (lahzah) yang dimaksudkan dalam fatwa sebelumnya tidak bermula pada waktu akad nikah dilakukan tetapi sebaliknya bermula pada ketika terbuka kemungkinan berlaku persetubuhan antara suami isteri berkenaan. Sebagai contoh, perkahwinan berlaku antara wanita tempatan dan lelaki negara lain melalui wakil atau persidangan video, maka masa 6 bulan 2 lahzah itu tidak akan dikira bermula dari tarikh itu tetapi sebaliknya bermula dari tarikh mula-mula lelaki berkenaan sampai di Malaysia. Kerana pada waktu itu barulah persetubuhan mungkin berlaku. (Ismail, 2013)

Terdapat garis panduan penamaann dan kedudkan anak tak sah taraf dari segi hukum syara’ yang dikeluarkan oleh  Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI Kali ke-44 pada 25 Jun 1998 yang dijadikan asas rujukan berkaitan dengan penamaan anak tak sah taraf. Antara lain pada para bahagian penamaan di dalam fatwa tersebut menyatakan bahawa jika seorang perempuan melayu Islam bersekedudukan tanpa nikah samada dengan lelaki Islam atau lelaki bukan Islam dan melahirkan anak, maka anak itu hendaklah dibin atau dibintikan Abdulah atau lain-lain nama ‘Asma al-Husna’ berpangkalkan Abdul.

Pandangan ini kemudiannya telah diterima oleh negeri untuk diwartakan dan seterusnya menjadi fatwa rasmi di negeri masing-masing walaupun terdapat beberapa perbezaan dari segi perkataan namun secara umum, tempoh tersebut adalah sama. Terkini pada 1 Ogos 2017 Mufti Wilayah Persekutuan telah menyatakan bahawa haram menasbakan dengan bin/ binti anak tak sah taraf kepada bapa biologinya.

  1. PERANAN DAN BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH BERKAITAN ANAK TAK SAH TARAF

Bagi melihat kedudukan anak tak sah taraf dalam kerangka peranan dan bidangkuasa di mahkamah syariah, undang-undang di peringkat negeri perlulah diteliti memandangkan bidangkuasa mahkamah syariah adalah tertakluk di bawah kerajaan negeri masing-masing. Model undang-undang peringkat Negeri Selangor digunakan dalam tugasan ini memandangkan Selangor adalah negeri yang dihadapan dalam pindaan dan pemerkasaan undang-undang syariah. Antara dua enakmen yang penting yang dirujuk ialah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 dan Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor. Walaubagaimanpun penelitian dalam tugasan ini diberikan secara lebih terperinci di dalam enakmen undang-undang keluarga memandangkan peruntukan ini adalah antara lain menjelaskan berkenaan dengan penasaban anak tak sah taraf, nafkah anak tak sah taraf dan hak hadhanah bagi anak tak sah taraf. Manakala peruntukan di dalam enakmen jenayah adalah berkenaan dengan hukuman kepada ke arah kewujudan anak tak sah taraf antara lain melalui sumbang mahram, zina dan persetubuhan luar nikah. (Mat Rashid & Abdul Hamid, 2014)

Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003

Tafsiran Anak Tak Sah Taraf

Seksyen 2 memberikan tafsiran bahawa anak tak sah taraf merujuk kepada anak yang dilahirkan di luar nikah dan bukan anak dari persetubuhan syubhah. Peruntukan ini tidak mencakupi anak tak sahtaraf yang dilahirkan melalui teknologi yang tidak mematuhi syarak sepeti penghasilan bayi tabung uji yang tidak menggunakan benih yang sah.

Penasaban Anak Tak Sah Taraf

Seksyen 111 sehingga Seksyen 120 menerangkan berkenaan dengan kesahtarafan anak. Tugasan ini merujuk kepada peruntukan yang sering digunakan dalam mahkamah syariah bagi mengesahtarafkan anak tersebut.

Seksyen 111 memperuntukan bahawa jika seseorang perempuan yang berkahwin dengan seseorang lelaki melahirkan seorang anak lebih daripada enam bulan qamariah dari tarikh perkahwinannya itu atau dalam masa empat tahun qamariah selepas perkahwinannya itu dibubarkan sama ada oleh sebab kematian lelaki itu atau oleh sebab perceraian, dan perempuan itu pula tidak berkahwin semula, maka lelaki itu hendaklah disifatkan sebagai bapa anak itu, tetapi lelaki itu boleh, dengan cara lia’n atau kutukan, menafikan anak itu sebagai anaknya di hadapan mahkamah. Menurut peruntukan ini, seorang lelaki yang dikahwini seorang perempuan hendaklah disifatkan sebagai bapa sekiranya perempuan itu melahirkan seorang anak dalam tempoh yang telah dinyatakan.

Seksyen 115 memperuntukan bahawa jika seseorang lelaki mengaku seorang lain, sama ada dengan nyata atau dengan tersirat, sebagai anaknya yang sah, lelaki itu hendaklah disifatkan sebagai bapa anak itu jika, syarat-syarat yang berikut dipenuhi, iaitu:-

(a) tiada seseorang lain disifatkan sebagai bapa anak itu;

(b) perbezaan antara umur lelaki itu dengan umur anak itu memunasabahkan   pertalian antara mereka sebagai bapa dan anak;

(c) jika anak itu telah akil baligh, di mana dia boleh membuat keputusan, anak itu telah mempersetujui tentang dia diakui sebagai anak;

(d) lelaki dan ibu anak itu mungkin boleh disatukan dengan sah dalam perkahwinan pada masa pembenihan;

(e) pengakuan itu bukannya cuma mengakui anak itu sebagai anaknya, bahkan mengakui anak itu sebagai anak sahtarafnya;

(f) lelaki itu adalah berkeupayaan membuat kontrak;

(g) pengakuan itu dibuat dengan tujuan semata-mata untuk memberi taraf kesahtarafan; atau

(h) pengakuan itu adalah jelas maksudnya dan anak itu adalah diakui sebagai anak kandungnya.

Seksyen 116 adalah berkaitan anggapan yang berbangkit dari pengakuan yang dibuat oleh seseorang bahawa dia adalah bapa kepada seseorang yang diakuinya sebagai anak boleh dipatahkan hanya dengan –

(a) penolakan di pihak orang yang telah diakui sebagai anak itu;

(b) bukti bahawa perbezaan umur antara pihak yang mengaku dan pihak yang diakui adalah sebegitu kecil, atau bahawa umur pihak yang diakui adalah sebegitu tinggi, hingga menyebabkan pertalian yang dikatakan itu mustahil dari segi fizikal;

(c) bukti bahawa pihak yang diakui itu adalah sebenarnya anak seorang lain; atau

(d) bukti bahawa ibu anak itu tidak mungkin menjadi isteri yang sah kepada pihak yang mengaku pada masa percantuman benih anak itu.

Seksyen 120 berhubung pengakuan yang tidak boleh dibatalkan yang mana sesudah sahaja pengakuan atau pengesahan dibuat tentang pertalian sebagai bapa dan anak atau tentang perkeluargaan atau persaudaraan, maka pengakuan atau pengesahan tersebut tidak boleh dibatalkan.

 Nafkah Anak

Secara jelas nafkah anak tak sah taraf ialah oleh ibu yang melahirkan atau waris ibu. Seksyen 81 memperuntukkan bahawa kewajipan menanggung nafkah anak-anak tak sahtaraf adalah tertakluk sebagaimana berikut:-

(1) Jika seseorang perempuan cuai atau enggan menanggung nafkah seseorang anaknya yang tak sahtaraf yang tidak berupaya menanggung nafkah dirinya, melainkan seorang anak yang dilahirkan akibat rogol, Mahkamah boleh, apabila hal itu dibuktikan dengan sewajarnya, memerintahkan perempuan itu memberi apa-apa elaun bulanan yang difikirkan munasabah oleh Mahkamah.

(2) Elaun bulanan di bawah seksyen ini hendaklah kena dibayar dari tarikh bermulanya kecuaian atau keengganan menanggung nafkah itu atau dari sesuatu tarikh yang kemudian mengikut sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu.

Hadhanah

Seksyen 86, Penjagaan kanak-kanak tak sah taraf adalah semata-mata pada ibu dan saudara mara ibu. Ini bermaksud pengjagaan anak tak sah taraf adalah bukan kepada bapa biologinya.

Selain daripada enakmen-enakmen negeri, fatwa negeri-negeri yang digazetkan juga adalah merupakan bentuk undang-undang yang digunakan dalam penentuan isu anak tak sah taraf. Fatwa negeri adalah berasaskan kepada hukum syara’ dan pandangan fuqaha’ yang mana hukum syara’ juga adalah merupakan rujukan yang perlu dibuat sekiranya terdapat lakuna dalam enakmen negeri-negeri. Ini jelas diperuntukan di dalam Seksyen 245 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah Negeri Selangor 2003 serta turut juga diperuntukan di dalam enakmen yang sama di negeri-negeri lain.

Berdasarkan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI Kali Ke-44 juga menyatakan bahawa anak tak sah taraf tidak boleh dinasabkan kepada lelaki yang menyebabkan kelahirannya atau kepada sesiapa yang mengaku menjadi bapa kepada anak tersebut. Oleh itu mereka tidak boleh pusaka mempusakai, tidak menjadi mahram dan tidak boleh menjadi wali.  Fatwa ini juga menjelaskan berkenaan dengan anak tak sah taraf  antara lain ialah:-

  1. Pusaka

Anak tak sah taraf tidak terputus hubungan keturunan dengan ibunya. Oleh itu kedua-duanya boleh mewarisi pusaka antara satu sama lain.  Jika ibu meninggal dunia, maka dia berhak mewarisi pusaka ibunya bersama-sama ahli waris yang lain. Begitu juga sekiranya anak tak sah taraf itu meninggal dunia terlebih dahulu, ibunya berhak mewarisi pusakanya. Seseorang anak tak sah taraf adalah terputus hubungan daripada sei pusaka dengan bapanya tak sah taraf dan dia tidak menjadi ahli waris dan tidak berhak mewarisi pusaka bapanya dan sebaliknya.

  1. Perwalian

Hak perwalian diri anak tak sah taraf sebenarnya terletak kepada ibunya. Walaubagimanapun, perwalian perkahwinan seseorang anak tak sah taraf dipegang oleh wali hakim. Ini adalah kerana seseorang perempuan itu tidak sah menjadi wali di dalam apa juga perkahwinan. Lelaki yang menyetubuhi ibunya tanpa akan nikah sah, sama dia berkahwin atau tidak dengan ibunya selepas itu, tidak sah menjadi walinya. 

  1. CADANGAN BAGI PENGHARMONIAN ISU ANAK TAK SAH TARAF DALAM KONTEKS MASYARAKAT MALAYSIA

Dari sudut sosiologi dan kemasyarakatan, menurut kajian Abd. Ghani Ahmad dan Nuarrul Hilal Md. Dahlan dalam ‘Kewajipan Menanggung Nafkah Anak Tak Sah taraf: Satu Kajian Kes di Negeri Kedah’, gejala kelahiran anak luar nikah atau anak tak sah taraf kini sudah menjadi isu besar kepada negara dan sangat membimbangkan masyarakat pada hari ini. Kisah pembunuhan dan pembuangan bayi sentiasa didedahkan oleh media, manakala jumlah wanita hamil luar nikah yang ditempatkan di pusat pemulihan semakin meningkat dari semasa ke semasa. Kebanyakan mereka terdiri daripada orang Melayu yang beragama Islam. Pelbagai pendekatan dan kaedah pelaksanaan, serta penguatkuasaan telah diperkenalkan oleh pihak berkuasa untuk mengurangkan kelahiran anak tak sah taraf tetapi masih tidak membuahkan hasil yang memberangsangkan. Menurut YB Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Timbalan Menteri Dalam Negeri dalam Persidangan Parlimen Malaysia yang bertarikh 18 Mac 2014 dan 19 Mac 2014 tentang kelahiran anak luar nikah oleh gadis bawah umur (16 tahun ke bawah), perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada tahun 2012–2013 mendapati jumlah anak luar nikah bagi gadis bawah umur yang melibatkan bangsa Melayu ialah seramai 1490 orang, manakala gadis bukan Melayu adalah seramai 1836 orang. Kes rogol gadis bawah umur yang dilaporkan kepada polis yang melibatkan bangsa Melayu pula ialah seramai 2390 orang, manakala yang melibatkan gadis bukan Melayu ialah seramai 584 orang. Sementara itu, kes rogol gadis bawah umur yang melibatkan gadis bukan Melayu yang tidak dilaporkan kepada polis berjumlah 1252 orang. (Ahmad & Md. Dahlan, 2016)

Merujuk kepada kenyataan Sahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri pada 1 Ogos 2017 melalui slot Bayan Linnas Siri Ke-106 : Isu Penamaan “Bin/Binti Abdullah” Kepada Anak Tidak Sah Taraf Oleh Mahkamah Rayuan, anak yang tidak sah taraf bukanlah hina dan tiadalah ia berdosa kerana kesilapan yang dilakukan oleh kedua orang tuanya. Ini kerana prinsip Islam, seseorang tidak menanggung dosa orang lain. Justeru, hendaklah kita menghormati hak dan privasinya kerana dia tetap manusia yang kemuliaan di sisi Allah berasaskan siapa yang paling bertakwa antara kita.

Perhatikan bagaimana Allah SWT menyuruh kita berkelaku dengan orang yang tidak diketahui bapanya dalam Surah al-Ahzab aayat 5 yang bermaksud:

“Dalam pada itu, jika kamu tidak mengetahui bapa-bapa mereka, maka panggilah mereka sebagai saudara-saudara kamu yang seugama.”

Bagi mengharmonikan isu ini dalam kalangan masyarakat Malaysia selari dengan ayat al-Qur’an, hadis, pandangan jumhur, hukum syara’ dan peruntukan undang-undang dan menolak stigma negetif masyarakat berkenaan kedudukan anak tak sah taraf, adalah antaranya melalui beberapa cadangan berikut:-

  1. Menisbahkan anak tak dah taraf kepada Abdullah atau mana-mana nama yang dimulakan dengan Abdul seperti ‘bin Abdul Ghani’, ‘bin Abdul Rahman’, ‘bin Abdul Latif’ atau mana-mana Asma ul-Husna.
  2. Mensabitkan nasab anak kepada ibunya dalam semua kelahiran samada kelahiran syar’ie atau tidak seperti ‘Isa bin Maryam,
  3. Menisbahkan nasab anak tak sah taraf kepada ayahnya seperti ‘Ziyad bin Abihi’

Jadikanlah anak-anak tidak taraf ini sebagai warga istimewa dalam masyarakat dengan memberikan pendidikan yang cukup, nafkah dan memberdayakan mereka supaya mereka tidak terkesan dengan tragedi menimpa diri mereka kerana mereka dianggap sebagai keluarga oleh masyarakat Islam.

  1. KESIMPULAN

 Perlu ditegaskan bahawa kedudukan anak tak sah taraf sama sekali tidak menjejaskan hak-hak kemanusiaan seperti manusia yang lain dalam politik, sosial dan ekomoni seperti keagamaan, kewarganegaraan, pendidikan, perjawatan awam kerajaan, biasiswa dan lain-lain. Anak tak sah taraf tetap mulia dan disanjung jika berilmu, profesional dan bertaqwa.

Anak tak sah taraf diberikan kepercayaan dan kedudukan yang tinggi tanpa pilih kasih menurut kemampuannya. Mereka berhak diberikan peluang yang sama dan adil dengan anak sah taraf untuk memberi sumbangan dalam negara. Ini dapat dilihat tindakan Umar R.A yang memilih Ziyad sebagai pemimpin menenangkan kekacauan di Yaman dan sahabat-sahabat memberikan pengiktirafan kepada beliau tanpa mempersoalkan keturunannya.

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang bersidang pada 31 Julai 2017 telah memutuskan bahawa anak yang tidak sah taraf tidak boleh dibinkan atau dibintikan kepada ayah biologinya, seperti mana yang diputuskan oleh Jumhur ulama. Sehubungan dengan itu, hendaklah dinasabkan kepada Abdullah atau kepada nama-nama Allah yang mulia atau seperti cadangan yang dinyatakan di atas. Mesyuarat juga bersetuju bahawa asas yang digunapakai ialah maslahah umum (iaituß implikasi zina yang merosakkan masyarakat dan sistem keluarga secara keseluruhan) lebih utama dijaga berbanding maslahah khusus (yakni aib yang mungkin dialami oleh anak zina). Ini bertepatan dengan maqasid al-syariah yang meletakkan pemeliharaan nasab sebagai dharuriyyah (kepentingan yang sangat penting) di dalam Islam.

Pengecualian juga wajar diberikan kepada keluarga yang memeluk Islam dengan perkahwinan yang diiktiraf oleh undang-undang sivil atau undang-undang adat kerana dikiaskan dengan zaman jahiliyyah, maka anak yang dianggap sah taraf dalam perkahwinan sivil atau adat itu dianggap sah taraf juga di dalam Islam.

BIBLIOGRAFI

 Al-Quran al-Karim

Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003

Al-Syarbini, & Al-Khatib, S. A.-D. M. (1371M). Mughni Al-Muhtaj (3rd ed.). Kaherah: Sharikat Wa Katbat Wa Matba’at Mustafa Al-Babiyy Al-Halabiyy Wa Awladuh.

Ibnu, A., & Muhammad, A. (1386H). Mughni Al-Muhtaj (3rd ed.). Kaherah: Maktabah Al-Jumhuriyyah Al-Arabiyah.

Mat Rashid, A., & Abdul Hamid, N. ’Adha. (2014). Kajian Awal Kerangka Undang-Undang Sedia Ada Bagi Anak Tak Sah Taraf. E-Jurnal Penyelidikan Dan Inovasi, 1(2), 84–99.

Hj. Ismail, P. (2013). Anak Tak Sah Taraf Dari Perspektif Syariah Dan Perundangan Islam Di Malaysia. Jurnal Fiqh, 10, 77–90.

Ahmad, A. G., & Md. Dahlan, N. H. (2016). Kewajipan Menanggung Nafkah Anak Tak Sah Taraf: Satu Kajian Kes Di Negeri Kedah. Jurnal Kanun, 2(28), 214 –241.

Portal Rasmi Fatwa Malaysia. (1988). GARIS PANDUAN PENAMAAN DAN KEDUDUKAN ANAK TAK SAH TARAF DARI SEGI SYARAK. Retrieved November 1, 2017 from http://www.e-fatwa.gov.my/sites/default/files/garis_panduan_penamaan_dan_kedudukan_anak_tak_sah_taraf_dari_segi_syarak.pdf

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. (2017). BAYAN LINNAS SIRI KE-106: ISU PENAMAAN “BIN/BINTI ABDULLAH” KEPADA ANAK TIDAK SAH TARAF OLEH MAHKAMAH RAYUAN. Retrieved November 1, 2017, from http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/bayan-linnas/1714-bayan-linnas-siri-ke-106-isu-penamaan-bin-binti-abdullah-kepada-anak-tidak-sah-taraf-oleh-mahkamah-rayuan

Advertisements
Posted in master, OUM, Uncategorized

Sekularisme : Pertentangan Dengan Keilmuan Islam

  1. PENGENALAN

Dalam pemikiran sekularisme Barat sekular, agama dianggap sebagai satu budaya. Ia dicipta oleh manusia purba. Pencipta alam tidak wujud dan tidak mewahyukan sebarang hukum hakam kepada manusia. Pemikiran sekularisme kini menjadi masalah global kerana hampir semua negara di seluruh dunia melaksanakan sistem sekularisme iaitu memisahkan hal ehwal negara daripada nilai-nilai yang ditetapkan oleh Allah, tuhan semesta alam. Sekularisme kini menjadi penghalang besar kepada manusia jelata untuk mendapat manfaat yang banyak daripada keadilan dan kesempurnaan hukum hakam dan perundangan Allah S.W.T. Islam mampu untuk menyelesaikan masalah sosial yang menjadi-jadi. Islam mempunyai formula yang berkesan untuk menyatupadukan pelbagai bangsa, budaya dan bahasa. Pengkaji-pengkaji di Barat mendapati bahawa ada kuasa pemodal elit antarabngsa ‘Illmuniati’ yang mendapat manfaat daripada keruntuhan moral, keluarga, dan perpecahan di antara satu bangsa dengan bangsa lain malah antara satu kelas dengan kelas yang lain. Sekularisme sebagai suatu fahaman induk melahirkan fahaman materealisme, emfermisme dan humanisme.  (Nordin, 2001)

Menurut Sulaiman Nordin, sekularisme adalah satu konsep yang amat asing dan bertentangan dengan Islam. Islam mencakupi semua aspek kegiatan manusia. Segala gerak laku Muslim sentiasa terikat dalam lingkungan bidangkuasa syariah. Semua bidang aktiviti seorang muslim boleh dianggap ibadah jika ia dilaksanakan menurut perintah-perintah Allah S.W.T. Dunia ini adalah kebun untuk akhirat. Beriman dan berbuat baik di muka bumi adalah bertujuan mencari kerdheaan Allah S.W.T di dunia dan akhirat. Oleh itu, tidak ada sebab mengapa umat Islam perlu meniru gerakan pembebasan (liberal) daripada kokongan agama seperti yang terjadi di Eropah dan dunia barat.

Pada masa kini, fenomena yang berkaitan tentang kerosakan akidah sering kali didengari. Kewujudannya merentasi masa, tempat dan keadaan sama ada di zaman awal peradaban Islam mahupun di zaman ini malah terus berkembang. Memandangkan isu ini berkait rapat dengan agama, maka perhatian berat terhadapnya harus diberikan.

Dapat dilihat kini umat Islam dimunculkan dengan longokan fahaman-fahaman yang dibawa oleh Barat seperti fahaman liberalisme, pluralisme, dan sekularisme yang rata-ratanya adalah sangat menyeleweng dari ajaran Islam sebenar. Jika ajaran atau fahaman sebegini tidak dibendung dengan segera maka akan memberi impak jelas kepada masyarakat Islam masa kini dalam pelbagai isu akidah, akhlak, falsafah dan sebagainya.

Tugasan ini adalah bertujuan bagi menganalisis fahaman sekularisme yang bertentangan dengan kelimuan Islam. Perbincangan ini dibahagikan kepada lima bahagian iaitu pengenalan yang menjelaskan secara ringkas berkenaan dengan fahaman sekularisme yang diwujudkan oleh agenda barat yang mana jelas bertentangan dengan agama Islam. Bahagian kedua pula menjleaskan berkenaan dengan latar belakang dan sejarah kewujudan fahaman sekularisme sehingga menjadikan hampir semua negara di seluruh dunia seolah-olah mengiktiraf fahaman ini dan perlu untuk mengadapatasikan fahaman ini dalam kalangan masyarakat. Bahagian ketiga adalah menyatakan berkenaan dengan bentuk penyelewengan fahaman sekularisme beserta penghujahan dalam menafikan dakwaan tersebut. Bahagian keempat akan. membincangkan berkenaan dengan implikasi fahaman sekularisme terhadap pemikiran masyarakat Malaysia. Bahagian terakhir dalam perbincangan ini adalah rumusan dan kesimpulan secara keseluruhan berkenaan dengan fahaman sekularisme yang tidak wajar untuk diadaptasikan dalam masyarakat kita pada hari ini.

  1. LATAR BELAKANG KEMUNCULAN FAHAMAN SEKULARISME

 Masalah sekularisme adalah masalah kebudayaan barat yang menular dalam pemikiran dan budaya umat Islam dewasa ini. Ia merujuk kepada sifat keduniaan dan tidak berhubung dengan alam rohani atau akhirat. Istilah ini timbul di Eropah pada zaman Renaissance abad 14M-17M yang bererti sekular merujuk kepada yang tidak di bawah pengaruh dan naungan institusi Gereja Katolik Rom. Secara teori ringkas, sekularisme pada zaman itu ialah fahaman falsafah yang memisahkan urusan-urusan agama. Ia meninggalkan peranan agama (Kristian) dan tuhan dari segala urusan kehidupan manusia. Sekularisme juga memisahkan secara mutlak antara ilmu pengetahuan dari pengaruh dan tuntutan institusi Gereja Katolik Rom.

Mengapakah timbulnya pemisah di antara urusan-urusan kehidupan dan agama yang dibawa oleh gereja di Eropah? Dari sudut sejarah, sekularisme adalah merupakan suatu gerakan pembebasan di barat untuk menentang kezaliman yang dilakukan oleh institusi Gereja Katolik Rom di Eropah pada zaman Renaissance. Perlu dibezakan di sini di antara ajaran Kristian (sepertimana di dalam Bible) dan ajaran institusi Gereja Katolik Rom dan amalannya yang telah membuat tambahan-tambahan dalam acara (ritual) tertentu yang tidak mengikut ajaran terkandung di dalam Bible sendiri. (Nordin, 2001)

Beberapa perkara telah menyebabkan timbulnya fahaman sekularisme di Eropah antaranya adalah perbuatan-perbuatan angkuh Institusi Gereja Katolik Rom yang menyelewangkan ajaran Nabi Isa A.S yang asli seperti:-

(a)       Keangkuhan Ruhiyah

Pihak institusi Gereja Katolik mendakwa bahawa paderi-paderi gereja mempunya hubungan batin kepada Allah. Oleh itu mereka mempunyai hubungan batin dengan tuhan. Oleh itu mereka mempunyai kuasa rohain atas manusia kerana mereka menjadi perantara manusia umum dan tuham. Umapnya meminta keselamatan (salvation), dan pengampuan dari dosa kecil atau besar hanya boleh dibuat melalui cara pengakuan (confession) kepada seorang paderi (priest). Paderi setelah mendengar serta menyoal untuk mendapat detail kesalahan itu, barula boleh memberi pengampunan. Juga mengikut Gereja Rom digalakkan untuk meminta sesuatu kepada ibu Nabi Isa A.S bernama ‘St. Mary’ kerana institusi gereja percaya bahawa permintaan Ibu (Maryam) kepada anak (Nabi Isa A.S) sebagai tuhan tidak akan ditolak. Pihak gereja telah menjual sijil pengampunan serta menjamin syurga yang istimewa bagi mereka yang membuat bayaran yang tinggi.

(b)       Keangkuhan Ilmiyah

Pihak gereja menganggap kejahilan itu petua iman dan ilmu membawa kekafiran. Pada masa sebelum zaman Renaissance, pihak gereja menganggap ilmu pengetahuan yang datang dari sumber selain dari mereka adalah berbahaya. Oleh itu mereka memisahkan agama dari ilmu. Pada kebetulannya ada dua sebab yang lain yang mendorong pihak gereja berbuat kemudian. Pertama, ilmu yang membawa kemajuan datang dari orang-orang Islam di universiti-universiti di Andalus (Sepanyol Muslim dan Portugal). Oleh kerana itu ilmu itu akan membawa bersamanya perkembangan Islam dan pemusnahan pengaruh gereja. Kedua, kebanyakan murid-murid dari Eropah yang hendak belajar ilmu hanya didapati di Universiti Islam di Sepanyol. Mereka belajar perubatan, kejuruteraan, matematik, astronomi kimia dan fizik dari ulama’-ulama’ Islam. Maka kesannya pihak gereja sangat marah kepada cendekiawan Eropah yang balik membawa ilmu dari orang Islam dan suka pula bertutur dengan bahasa arab antara mereka. Gereja telah menganggap bahawa bahasa arab adalah bahasa orang kafir.

Oleh itu pihak gereja telah berusaha untuk menentang Islam dan ilmu sekaligus. Maka wujudlah tiga Mahkamah Penyiasatan (Inquisition Court) dari tahun 1481M hingga 1801M untuk menyiasat dan menghukum mereka yang disyaki menjadi pembangkang Gereja Katolik, orang sihir, orang jampi menjampi dan orang-orang ilmuan yang tidak sependapat dengan ajaran gereja dan orang Islam. Seramai 340,000 orang telah dihukum mati dan hampir 32,000 telah dibakar hidup-hidup termasuk ahli sains termasyhur seperti Jurdano Branos yang kesalahannya ialah kerana mengajar bahawa selain dari bumi ini ada planet-planet yang lain. Galileo yang merupakan ahli fizik dihukum mati dalam penjara kerana kepercayaanya bahawa planet bumi ini beredar mengelilingi matahari, satu pendapat yang bertentangan dengan apa yang diutarakan oleh gereja. Galileo telah menyelamatkan dirinya dengan menarik balik pendapatnya. Ahli sains, Corpenicus telah mati sebelum dapat ditangkap oleh mahkamah pengadilan.  Galileo dan Brunos telah mendapat pelajaran sains mereka dari tulisan-tulisan ulama’ di Andalus. (Nordin, 2001)

(c)        Kesilapan Gereja Besar Eropah

 Kesilapan besar Gereja Katolik Rom adalah memusuhi ilmu dan membuat kezaliman dalam ibadah dan tidak mengikut ajaran sebenar Bible. Ilmu dan ibadah kedua-duanya mempunyai kedua-duanya mempunyai kaitan yang rapat dengan fitrah manusia. Fitrah semulajadi manusia suka pada ilmu dan suka membuat ibadah. (Nordin, 2001). Firman Allah S.W.T di dalam surah al-A’raaf ayat 172 yang bermaksud:

“Dan (ingatlah) ketika tuhanmun mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Alah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (kemudian berfirman): ‘Bukankah Aku ini tuhanmun?’. Mereka menjawab. ‘Betul, (engkau tuhan kami), kami menjadi saksi”

Allah S.W.T juga kemudiannya telah berfirman di dalam surah al-Baqarah ayat 13 yang bermaksud:

“Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya”

 Allah S.W.T turut berfirman di dalam surah al-Alaq ayat 3 – 5 yang bermaksud:

“Bacalah dan Tuhanmulah yang paling pemurah, yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya”

 Secara teori ahli teologi, terdapat beberapa pandangan dalam mengistilahkan sekularisme. Antaranya ialah:-

David Marten menyatakan istilah sekularisme berasal dari bahasa Latin saeculum iaitu secular yang mempunyai banyak dan luas pengertiannya seperti juga perkataan ‘religion’. Manakala Michael Hill pula menyatakan bahawa sekularisme ini adalah merujuk kepada masa dan tempat. (Mohd Aizam, 2012). Syed Muhammad Naguib al-Attas menghuraikan maksud masa ialah masa sekarang yang bersifat kekinian dan tempat pula ialah dunia yang bersifat keduniaan.

Prof. Dr. H.M. Rashidi menyatakan sekularisme adalah sistem etika dan falsafah yang bertujuan memberi interpretasi atau pengaturan kepada kehidupan manusia tanpa kepercayaan kepada Tuhan dan Kitab Suci atau kehidupan di kemudian hari. (H.M, 1972)

Shiner dalam jurnalnya, The Concept of Secularization in Empirical Research menghuraikan pengertian sekularisme ini kepada enam. Iaitu kemerosotan agama, pemindahan orientasi perhatian manusia dari dunia lain kepada dunia ini, kerenggangan masyarakat daripada agama, peralihan kepercayaan dan aktiviti suci kepada sekular semata-mata, dunia secara beransur-ansur akan hilang ciri-ciri sakralnya di mana akhirnya manusia tidak percaya kepada kekuasaan Tuhan (Humanisme) dan pembaharuan masyarakat kudus kepada masyarakat sekular. (Mohd Aizam, 2012)

Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka perkataan sekular ini diertikan sebagai “duniawi”. Manakala kamus Oxford pula ialah keduniaan dan kebendaan tanpa keagamaan dan kerohanian.

George Holyoake menggunakan istilah sekularisme untuk menjelaskan pandangannya bahawa kehidupan sosial adalah terpisah daripada agama, tetapi tidak bermakna ia merendahkan atau mengkritik sebuah kepercayaan beragama. Sebagai seorang agnostik, Holyoake berpendapat bahawa, sekularisme bukanlah menentang Kristian (agama) namun ia adalah sesuatu yang terpisah. (Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), 2015)

Sekularisme yang berasal dari Eropah ini turut diperkukuhkan dengan pemikiran golongan ahli falsafah seperti Machiaveli dan Michael Mountaigne yang mengingkari keberadaan Tuhan atau menolak hegemoni agama dan gereja Katolik. Mereka mengambil jalan tengah iaitu tetap mengakui agama tetapi berpendapat ia tidak seharusnya campur tangan dalam pengaturan urusan masyarakat. Justeru, bagi golongan ini agama tetap diakui kewujudannya tetapi hanya terbatas pada perkara-perkara yang berkaitan dengan hubungan manusia dengan Tuhan (seperti akidah, ibadah ritual dan akhlak). Menurut mereka, agama tidak mengatur urusan masyarakat seperti politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. (Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), 2015)

Dalam konteks keagamaan, masyarakat khususnya di barat pada umumnya dianggap sebagai sekular. Hal ini disebabkan kebebasan beragama diamalkan secara meluas dan penerimaan mereka terhadap konsep sekular itu sendiri iaitu agama tidak seharusnya menentukan keputusan politik atau pemerintahan sesebuah negara. Agama tidak dianggap sebagai fungsi penting mengurus kehidupan manusia dan dunia. Justeru, pada tanggapan golongan berfahaman sekular, agama tidak seharusnya mencampuri urusan serta permasalahan pemerintahan. (Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), 2015)

Menurut kajian Haslinda Hasan (2000), di Malaysia, sekularisme telah dibawa masuk menerusi tahap tahap sejarah tertentu antaranya ialah melalui penjajahan, kemerdekaan dan pemodenan. Tiga tahap sejarah ini adalah alat atau mekanisme utama sekularisme di Malaysia.

Secara ringkas sekularisme adalah fahaman yang mengasingkan urusan keduniaan seperti pentadbiran, ekonomi, politik dan sebagainya daripada bercampur dengan urusan keagamaan atau ketuhanan. Atau ringkasnya, fahaman yang ingin membebaskan din daripada cengkaman atau peraturan agama dalam kehidupan.

  1. BENTUK PENYELEWENGAN FAHAMAN SEKULARISME

Sekular boleh menerima agama sebagai anutan umat semata-mata dan tidak lebih daripada itu. Oleh itu, sekular tetap menolak Islam kerana syariah dan akidah Islam dijadikan sebagai asas dalam kehidupan ini. Ini adalah satu kongkongan dan batasan bagi mereka. Islam hanya diterima sebagai ibadat dan upacara sahaja manakala pengamalannya bergantung kepada individu. Akhlak dan adab Islam diterima tetapi bukan bermaksud mereka terikat dengannya. Semua perkara halal dan haram bergantung kepada individu atau masyarakat, bukannya agama. Sekular hanya akan mengambil perkara tertentu daripada Islam sekiranya ia menepati dan bersesuaian dengan kehendak mereka. Oleh itu, dalam kebanyakan perkara, sekular telah mengisytiharkan perang terhadap Islam. Golongan sekular berpada sekadar mendirikan syiar Islam seperti solat, puasa, haji dan umrah. Tetapi mereka musykil dan tidak memahami Islam secara tepat. Dalam hal ini, mereka juga tidak menjadikan ulama dan pemikir Islam yang dipercayai (thiqah) sebagai rujukan.

Syariah ialah musuh utama sekularis. Ini adalah lanjutan daripada penentangan mereka terhadap agama dan akidah. Syariah Islam banyak bertentangan dengan undang-undang dan falsafah perundangan mereka. Misalnya, pengharaman riba, judi, arak, zina dan sebagainya. Bagi mereka, Allah diakui sebagai pencipta alam sahaja bukan pemerintah seluruh alam. Mereka beranggapan bahawa perundangan dan pemerintahan adalah hak mutlak mereka. Oleh itu, mereka boleh melakukan sesuatu mengikut kehendak dan kemahuan mereka tanpa batasan atau ikatan agama.Mereka ingin membebaskan diri mereka daripada ikatan agama.

Gerakan Kamalisme di Turki adalah merupakan manifestasi terpenting menunjukkan realiti ini. Gerakan ini berdasarkan sekularisme, materialisme, nasionalisme, peoplisme, republikanisme, revolusi dan menjuruskan kepada de-Islamisme. Gerakan ini melakukan pembaharuan undang-undang iaitu undang-undang Barat menggantikan al-Quran dan al-Sunnah. Undang-undang sivil dan Itali, undang-undang perniagaan dan Jerman manakala undang-undang jenayah dari Swiss. (Che Mamat, 1988)

Malah seorang pemimpin politik beraliran Islam di Turki, Reccep Tayyip Erdogan pernah dihukum penjara selama empat bulan dan tidak boleh menjawat apa-apa jawatan dalam tempoh tersebut oleh Mahkamah Perlembagaan Turki atas dakwaan cubaan menghapuskan sistem sekular Turki. Manakala speaker Turki, Bulent Arinc telah dikecam kerana isterinya, Munevver memakai tudung ketika menghadiri satu majlis rasmi. Cara Munevver telah dianggap mencabar prinsip asas negara itu iaitu sekular.

Oleh yang demikian, kelangsungan sekularisme terus menerus berlaku dalam masyarakat Islam. Perasaan ingin maju dan rasa hormat terhadap budaya sekular ini telah menyebabkan masyarakat Islam cuba membebaskan diri daripada pegangan agama sebaliknya menyesuaikan diri dengan nilai-nilai sekular. Ini bukan sahaja berlaku di Turki tetapi telah menular sehingga negara-negara lain seperti Iran, Iraq, Mesir, Algeria, Syria, Tunisia dan lain-lain termasuk Malaysia. (Mohd Aizam, 2012)

Sekularisme adalah satu sistem falsafah politik yang menolak segala bentuk kepercayaan agama dan dalam konteks bernegara, ia mengambil pendekatan memisahkan politik dengan agama. Sekularisme turut meresap masuk ke dalam masyarakat dan negara Islam. Pada era ledakan globalisasi, pengaruhnya semakin kuat sehingga ciri-ciri golongan Muslim yang berpegang pada fahaman sekularisme dapat dikesan menerusi ciri-ciri berikut (Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), 2015):-

  1. Mempunyai perasaan sangsi terhadap kebenaran Islam, al-Qur’an, al-Hadis dan para anbiya’.
  2. Menganggap Islam sekadar sebuah agama dan terbatas pada urusan ibadah serta untuk memenuhi tuntutan kerohanian peribadi dan tiada mempunyai kaitan dengan urusan politik atau pemerintahan.
  3. Mempersoalkan hukum fiqh.
  4. Merendah-rendahkan martabat Islam dengan menganggapnya sebagai satu agama yang mundur, terkebelakang dan jahil.
  5. Membebaskan golongan wanita daripada lingkungan peraturan agama dan adat atas alasan kebebasan individu.
  6. Memandang rendah sejarah modenisasi dan pembangunan serta ilmu pengetahuan Islam.
  7. Menubuh dan menggerakkan pertubuhan-pertubuhan kononya sebagai simbol pembaharuan sejarah, kebudayaan dan peradaban Islam dengan membelakangkan sejarah, adat dan ajaran Islam.
  8. Menerapkan cara hidup barat dalam institusi keluarga, masyarakat dan negara.
  9. Menjauhkan masyarakat dan generasi baharu daripada pendidikan dan nilai-nilai agama.

Fahaman sekularisme merupakan satu ancaman kepada umat Islam. Antaranya termasuklah  (Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), 2015):-

  1. Menolak peraturan yang ditetapkan oleh Allah SWT dan menjauhkan umat daripada syariat Islam dalam segenap aspek kehidupan kaum Muslimin.
  2. Mengguna pakai undang-undang ciptaan manusia yang bersumberkan daripada golongan kuffar berbanding dengan undang-undang yang berasaskan wahyu daripada Allah SWT dan sunnah Rasulullah SAW.
  3. Memberi gambaran yang salah mengenai imej Islam sebagai agama dan umat yang cenderung pada kekacauan dan keganasan dengan memutarbelitkan sejarah keemasan Islam yang berjaya meluaskan penaklukan serta menyebarluaskan ajaran Islam ke seluruh pelusuk dunia.
  4. Menjadikan pendidikan sebagai alat menyebarkan pemikiran sekular.
  5. Menyamaratakan semua agama dengan alasan semua ajaran agama adalah benar dan baik.
  6. Meruntuhkan institusi keluarga yang merupakan asas utama dalam pembinaan masyrakat melalui multimedia (cetak dan elektronik) berhubung kebabsan hidup (agama, cara hidup, gender dan seksualiti) yang akhirnya mengundang kerosakan dari sudut akidah dan akhlak
  7. Mengekang usaha dan aktiviti dakwah Islamiyyah.

 Fahaman sekuralisme ini telah memberi kesan yang sangat mendalam terhadap kedudukan amal perbuatan di sisi iman. Ini kerana sekularisme cuba memisahkan agama daripada segenap bidang kehidupan termasuk politik atau pentadbiran negara, sosial dan ekonomi. Sebaliknya sekularisme menjadikan agama hanya bagi amalan-amalan ritual semata-mata. Fahaman seumpama ini jelas bertentangan dengan ajaran Islam kerana Islam adalah ad-din yang merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia. Ia terangkum dalam firman Allah S.W.T di dalam surah alAn’am ayat 162 yang bermaksud:

“Katakanlah : Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam”.

Menurut Ibn al-Jawzi (w. 597h), “dan hidupku” dalam ayat ini bermaksud seluruh kehidupanku dalam ketaatan kerana Allah S.W.T Oleh yang demikian menjadi suatu kewajipan bagi seorang muslim mentaati syariah dan titah perintah Allah S.W.T dalam seluruh aspek kehidupannya termasuk politik, sosial dan ekonomi. Sedia maklum bahawa perihal politik, sosial dan ekonomi adalah termasuk dalam hukum hakam syariah yang melibatkan amal perbuatan zahir manusia. Jika hukum hakam syariah ditolak, ini bermakna Islam hanya akan tinggal di hati dan di bibir semata-mata. Hal ini adalah bersamaan dengan slogan golongan Murji’ah yang mengatakan, “kemaksiatan tidak memudaratkan dengan keimanan sebagaimana ketaatan tidak bermanfaat bersama-sama dengan kekufuran”. (Che Mamat, 1988)

Sesungguhnya pemisahan agama daripada politik dan pemerintahan hanya mengundang seribu satu masalah dan bencana. Ini kerana kehadiran agama adalah untuk mengatur dan menegakkan keadilan dalam kalangan rakyat dan persamaan, bukan sebaliknya. Terdapat banyak nas al-Qur’an, hadis dan pandangan-pandangan ulama’ yang menerangkan bahawa syariah Islam adalah satu-satunya ketuanan yang sebenar di dalam kehidupan manusia. Ia tidak boleh ditinggalkan atau dipisahkan daripada mana-mana aspek kehidupan terutama politik. Antaranya ialah:-

  1. Surah An-Nisa’ ayat 59 yang bermaksud:

“Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul(nya) dan pemerintah di kalangan kamu. Jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu maka kembalikan ia kepada Allah (al-Qur’an) dan Rasul (sunnahNya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya”

Di dalam ayat ini ialah Allah S.W.T menyeru umat Islam (rakyat) supaya mentaati para pemerintah apabila pemerintah itu terlebih dahulu mentaati Allah S.W.T dan Rasulnya iaitu al-Qur’an dan al-Hadis. Manakala ketaatan kepada Allah tidak akan terjadi kecuali dengan melaksanakan segala suruhanNya dan menjauhi segala laranganNya. Oleh kerana itu, sebagai manifestasi kepada ketaatan ini, syariah Islam hendaklah dijadikan panduan utama di dalam kehidupan umat Islam dan bukan selain daripadanya. Sebaliknya di dalam sistem politik sekular, hukum tertinggi adalah perlembagaan buatan manusia yang dilandaskan kepada rasional akal yang singkat. Syariah Allah S.W.T secara terang-terangan dipinggirkan daripada pentadbiran kecuali di dalam hal-hal yang tertentu dan terhad sahaja. (Salleh, 1999)

  1. Hadis sahih di dalam Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari yang bermaksud:

Daripada Aisyah R.A berkata, Sabda Rasulullah S.A.W: “Barangsiapa yang mengada-adakan di dalam urusan kami ini (Islam) sesuatu yang baru maka ia tertolak”

Hadis ini menerangkan tentang kewajipan umat Islam membebaskan diri daripada segala sesuatu yang bukan berasal daripada akidah Islam. Maka demikianlah juga terhadap segala fahaman atau ideologi yang ada masa kini seperti sekularisme, sosialisme, kapitalisme dan isme-isme yang lain yang bertentangan dengan prinsip syariat. Oleh itu, apa sahaja yang tidak diasaskan di atas dasar akidah Islam maka ia adalah kufur dan wajib ditolak dan umat Islam perlu berlpas diri darinya. (Salleh, 1999)

  1. Pandangan Ibnu Khaldun di dalam kitabnya yang terkenal, al-Muqaddimah:

Beliau membuat perbezaan di antara masyarakat yang tunduk dibawah undang-undang ciptaan manusia dengan masyrakat yang tunduk dibawah perundangan Islam, beliau berkata yang bermaksud:

“Kalaulah undang-undang ini digubal oleh ahli-ahli akal dan pembesar-pembesar negara serta pakar-pakarnya maka itu adalah siyasah (politik) akal. Tetapi kalaulah undang-undang ini diwajibkan oleh Allah, diakui dan disyaratkan maka ianya adalah siyasah agama yang memberi manfaat kepada kehidupan dunia dan akhirat. Ini keran akejadian makhluk bukan sahaja bermaksud untuk kebaikan dunia mereka, kebaikan dunia semata-mata itu sia-sia dan batal kerana kesudahannya mati dan binasa”

Apabila kita meneliti pandangan ini, jelas menunjukkan bahawa segala peraturan yang lain daripada syariah Islam hanyalah peraturan akal yang tidak dapat membantu manusia untuk memperolehi kebaikan khususnya kebaikan di akhirat. Apatah lagi sekiranya peraturan itu meminggirkan sama sekali peranan Allah S.W.T dalam kehidupan seperti politik sekularisme, sudah tentu ia termasuk dalam politik akal yang amat bercanggah dengan syariah Islam. (Salleh, 1999)

  1. IMPLIKASI PENYELEWENGAN FAHAMAN SEKULARISME TERHADAP PEMIKIRAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA

Agama Islam merangkumi akidah, akhlak dan syariat. Ajaran Islam tersebar luas keseluruh pelusuk dunia melalui jalan dakwah dan penyebaran ilmu pengetahuan. Kejayaan ini telah menarik minat Barat untuk mengambil ilmu tersebut dan mereka membawa balik untuk di kembangkan di dunia Eropah. Sementara itu, ajaran Kristian pula banyak berlaku pertembungan tidak sihat sehingga melahirkan berbagai-bagai ideologi yang mempertikaikan kesahihannya. (Ismail, 2010)

Ideologi yang terdapat unsur ajaran menyeleweng ini dibawa masuk ke dalam pemikiran masyarakat Islam sama ada secara sedar atau tidak sedar. Kesannya ia dapat menjauhkan mereka yang kurang mendalami ajaran Islam untuk menolak Islam dengan mudah. Contoh, seperti golongan muktazilah, golongan wahabi dan sebagainya berjaya memecah belahkan umat Islam. Mereka saling mempertahankan ideologi masing-masing dengan pelbagai alasan dan hujah. (Ismail, 2010)

Ideologi ini terbahagi kepada tiga kategori. Pertama, mereka yang mengkaji dan mengamalkan Islam. Kedua, mereka yang tidak faham langsung dan jahil tentang Islam, dan ketiga, mereka yang jahil murakkab (tidak sedar dirinya jahil) tetapi mahu bercakap mengenai Islam. Terhadap golongan kedua dan ketiga, kesan pemikiran dan ideologi amat merbahaya untuk masyarakat Islam. Mereka seringkali dilihat sebagai golongan perosak agama serta memecah belahkan umat Islam kerana jahil murakkab yang menebal. Selain itu, kesan daripada ideologi sesat ini meresap masuk ke dalam urusan kehidupan umat Islam seharian. Antara kesan yang nyata ialah mereka membahagikan urusan keduniaan dan urusan ibadah secara berasingan. Urusan pentadbiran dipisahkan dalam Islam. Sepatutnya, Islam itu satu cara hidup yang lengkap dalam seluruh aspek kehidupan manusia. (Ismail, 2010)

Selain dari itu, terdapat juga ideologi yang giat mengembangkan pengaruh dalam masyarakat. Antaranya ideologi Lions Club berfahaman seperti freemason. Mereka berselindung di sebalik nama persaudaraan, keamanan dan sebagainya. Ideologi freemason dipelopori oleh bangsa Yahudi bertujuan untuk menguasai bangsa lain. (Ismail, 2010)

Kesan fahaman sekularisme secara jelas adalah antara lain ia telah secara jelas memisahkan Islam dan politik. Fahaman ini mendakwa mendakwa bahawa Islam adalah agama yang bersih dan politik adalah kotor. Kerana itu, Islam dan politik tidak boleh dicampurkan kedua-duanya sekali dalam satu masa. Dari pandangan Islam, Islam membentuk politik menjadi bersih kerana Islam sukakan bersih, cekap, amanah, toleransi, telus dan bertanggungjawab terhadap kepimpinannya. Islam menentang kekotoran, penindasan dan sebarang bentuk penipuan.

Sekularisme juga menghalang perlaksanaan hukum-hukum perundangan Islam atau syarie dengan alasan tidak sesuai pada masa kini. Agama hanyalah untuk penjagaan diri masing-masing. Pemikiran ini juga memfitnahkan umat Islam dengan pelbagai supaya pemikiran umat Islam dibayangi ketakutan. Golongan ini juga berusaha menakutkan masyarakat bukan Islam dengan pelbagai agenda bertujuan untuk menjauhkan daripada mendapat maklumat tentang Islam yang sebenar. Cara hidup juga diubah supaya bertentangan dengan Islam seperti mendedahkan aurat, seks bebas dan pesta-pesta yang membawa kepada keruntuhan akhlak serta menghidupkan semula amalan-amalan jahiliyyah seperti minum arak, pesta sosial oleh golongan remaja secara bebas dan membunuh anak. (Ismail, 2010)

  1. KESIMPULAN

 Fahaman sekularisme yang menguasai sebahagian besar umat Islam pada hari ini menyebabkan akal fikiran mereka menjadi kabur dan hilang pertimbangan untuk menerima hukum hakam Allah S.W.T sebagai sistem kehidupan yang sempurna. Mereka dikuasai oleh hawa nafsu dan fikiran bebas yang tidak diasaskan kepada hukum dan peraturan Allah S.W.T.

Di dalam politik, golongan ini merasakan diri mereka lebih berhak untuk mentadbir negara dengan menjalankan perlembagaan atau undang-undang ciptaan sendiri. Syariah Islam dianggap sudah tidak releven lagi untuk dipraktikkan di dalam zaman globalisasi kini. Kadangkala kemajmukan anggota masyarakat dijadikan alasan tegar untuk tidak melaksanakan hukum Islam. Sesungguhnya sikap dan anggapan sebegini amat sesat dan hanya menurut pandangan nafsu semata.

Walaubagaimanapun, bahaya paling besar yang dicetuskan daripada fahaman sekulrisme ini ailah dari sudut akal pemikiran manusia dan masyarakat yang boleh membawa kepada keruntuhan akhlak, akidah dan sosial masyarakat. Malah, ia boleh membawa masyarakat kepada gejala keluar daripada agama Islam apabila fahaman ini menolak perlaksanaan syariah dengan menggunakan pelbagai alasan dan hujah batil. Justeru itu umat Islam perlu kembali kepada ajaran Islam yang sebenar dan berusaha memahamai tasawwur Islam (world view) yang syumul bahawa Islam itu adalah ad-din dan bukan sekadar agama semata.

Setiap individu muslim, masyarakat setempat, media masa, kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan serta pemerintahan perlulah mengambil pelbagai langkah dalam memastikan penular sekularisme ini berleluasa dan tersebar luas secara terbuka walaupun perlembagaan kita sendiri adalah berbentuk sekular. Masyrakat Islam itu sendiri pelru bekerjasama untuk mendaulatkan daulah Islamiyah di Malaysia. Oleh itu mereka perlu saling membantu, menyokong dan mendokong golongan Islam yang menegakkan syariat Islam di dalam pemerintahan dan pada masa yang sama tidak boleh bersekongkol dengan golongan yang sekular yang mengabaikan syariat Islam.

BIBLIOGRAFI

 Al-Quran al-Karim

Hassan, H. (2000). Sekularisme: Sejarah Kelahiran Dan Kesannya Terhadap Peradaban Islam Dengan Penumpuan Terhadap Serangan Pemikiran. Universiti Malaya.

Salleh, M. A. (1999). Sekularisme Dalam Politik: Satu Kajian Menurut Perspektif Islam. Universiti Malaya.

Rashidi, H. . (1972). Sekularisme Dalam Persoalan Lagi. Jakarta: Yayasan Bangkit.

Al-Attas, S. N. (1977). Islam, Faham Agama dan Asas Akhlak. Kuala Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Ismail, D. A. M., & Haidar, M. (2010). Serapan Ideologi dan Pemikiran Asing: Pengaruh dan Kesannya Terhadap Masyarakat Islam. Selangor. Retrieved from http://www.jais.gov.my/sites/default/files/artikel_asas/rnd/2010/ogos/SerapanIdeologiAsing.pdf

Che Mamat, C. Y. (1988). Sekularisme Perkembangan Dalam Masyarakat Musim. Kuala Lumpur: al-Rahmaniah.

Nordin, S. (2001). Sejarah Pemikiran 1: Sumber Ilmu, Perbandingan Ideologi dan ’Orde Baru Dunia (Edisi Febr). Bangi: Pusat Pengajian Umum Universiti Kebangsaan Malaysia.

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). (2015). Gejala Agnostik Satu Ancaman Akidah. (Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Ed.) (Cetakan Pe). Shah Alam: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Masod, M. A. (2012). Serangan Ideologi Barat Terhadap Pemikiran Umat Islam dan Implikasinya Kepada Iman. Jurnal Penyelidikan Islam, 25, 100–116.

Mohd. Salleh, N., Ismail, A. M., Mohd. Haridi, N. H., & Daud, Z. (2015). Pemikiran Tidak Beragama Dalam Kalangan Belia Islam Di Malaysia. Satu Kajian Rintis. Jurnal Islam Dan Masyarakat Kontemporari, 11, 40–51.

 

Posted in peguam, peguamsyarie, Uncategorized, undang-undang

Berbaloi lantik Peguam?

Saya sedang menyiapkan saman dan penyata tuntutan untuk beberapa tuntutan kes di Mahkamah Syariah dan Sivil yang telah tertangguh agak lama sejak dari anakguam membuat bayaran dan menyediakan dokumen lengkap kepada saya. (Ya, diakui ada sedikit kegagalan dalam pengurusan masa saya).

Namun, saya terpanggil untuk membuat suatu entri berkenaan dengan lantikan seseorang yang ahli berkenaan dengan undang-undang (Peguam) dalam membantu orang awam untuk membuat tuntutan di mahkamah selepas membaca beberapa entri di blog berkenaan dengan keberbaloian lantikan seseorang peguam.

Nak ketawa, tapi apakan daya, proses pembelajaran 4 tahun degree dan 2 tahun asasi di Universiti Malaya mungkin adalah satu proses singkat yang orang awam rasa dan menjadikan mereka merasakan bahawa melantik peguam adalah merugikan dengan caj yang tinggi sedangkan orang awam tersebut sendiri boleh melakukan urusan di mahkamah secara sendiri.

Pada saya terdapat 3 keadaan yang memungkinkan lantikan peguam tidak perlu dilakukan iaitu:-

  1. Anda tahu segala bentuk prosedur undang-undang termasuk seksyen berkaitan yang akan digunakan dalam tuntutan anda;
  2. Anda tahu dengan jelas tuntutan yang perlu anda buat beserta dengan fakta kes dan bahan bukti serta keterangan pada perbicaraan kelak; dan
  3. Anda tahu bagaimana untuk mempastikan perintah Mahkamah yang diperolehi akan berjaya untuk dilaksanakan oleh pihak satu lagi.

Secara umum ia adalah soal, pra bicara, bicara dan selepas bicara.

Jadi jika anda tahu semua ini, berlapang dadalah untuk tidak perlu melantik mana-mana peguam dalam tuntutan anda di mahkamah.

Suka untuk saya kongsi satu analogi:-

Kita mempunyai pelbagai keinginan dalam membeli sebuah kereta. Berdasarkan kehendak, kita ingin memiliki sebuah kereta import berbanding kereta tempatan.

Namun kita memutuskan untuk mahukan kereta import dengan harga tempatan. Kita masih dapat kereta import, namun dengan harga tempatan, ia bukanlah sebuah kereta yang mampu digunakan tanpa sebarang kerosakan dalam tempoh 1 ke 2 tahun.

Lantas akhirnya, setelah baikpulih demi baikpulih yang dilakukan menyamai malah lebih murah harga kereta tempatan yang juga berstatus tempatan, kita menyesali keputusan kita terdahulu.

Lantikan peguam bukan soal caj fee yang dikenakan (sekiranya berkemampuan), ia soal pengetahun tentang undang-undang seseorang peguam tersebut serta peratusan permohonan seseorang akan diluluskan oleh Mahkamah atau sebaliknya.

Jadi, berbaloi ke lantik peguam?
TEPUK DADA,TANYA SELERA.

Posted in BACKPACK, kasih sayang, penang, Secret Garden Avatar, TRAVEL

Trip to Penang Day 1

Penang?
I enjoyed myself during in Penang. Cuma ada beberapa perkara perlu dinilai semula. eh. HAHA

Untuk bajet trip kali ni, banyak pada transport je instead of makan kot. HAHA.

Since kami (Aku dengan partner trip aku; Ain), decided untuk naik public, so bajet lebih murah (kot) banding dengan drive sendiri.

Jumaat malam (21/7/2017) aku gerak dari Kuantan ke TBS, by bus. Dari Kuantan jam 8.00 malam sampai dalam 11.00 malam macam tu la. So sampai TBS, solat isyak and makan dekat Nasi Kandar (lapo plak), then tunggu bas ke Butterworth jam 1.30 pagi.

HARI PERTAMA
Bas Billion Stars dari TBS ke Butterworth gerak around 1.45 pagi, sampai Penang Sentral, Butterworth dalam pukul 6.30 pagi. Bapak ah jauh gila pulak aku rasa Penang ni. HAHA. Dah puas aku tidur-bangun-tidur-bangun baru sampai.

Sampai Penang Sentral kitaorang pergi cari surau and solat subuh. dalam 7.15 pagi gerak ke Jeti. Dekat Penang Sentral ni sangat all akses. Kat sini ada rapid, ada feri ke georgetown ada KTM (ets). So menapak dalam 15-20 minit dari surau ke terminal jeti. Turun naik tangga (haram penat siak pagi dah jalan) HAHA. Akhirnya naiklah feri ke Georgetown dalam pukul 7.40 pagi gitu. Kekdah nak tengok sunrise dari atas feri tapi sedih sunrise ntah ke mana. HAHA.

Sampai Terminal Tun Raja Uda (ni nama singkatan je aku bagi, malas nak google nama penuh dia apa, tak silap aku betul la nama dia), kitaorang nak ke Jalan Transfer sebab nak makan roti bakar yang kekdahnya glamer tu. So naik bas rapid yang ada tulis CAT. CAT ni bas free intercity. Ada beberapa jalan memang dia lalu and pusing pusing beroperasi sampai pukul 11.00 malam. So untuk ke Jalan Transfer memang one of route yang dilalui. Sampai Jalan Transfer pergh makan roti bakar dia gilabakhangsiak memang sedap! HAHA. memang food street tepi jalan gitu je.

Lepas breakfast kami decide nak ke Bukit Bendera, tapi jeng sebab taktahu nak naik bas mana haha. So silapnya kami bermula disini apabila tak ambil routemap masa mula-mula turun dekat terminal tun raja uda tadi. So macam blur gila nak jalan ke mana tunggu bas segala ni oi. Baca thru google before ni cakap nak ke Bukit Bendera naik bas 204 ke berapa ntah. So, kami tunggu je bas dekat bas yang turunkan kami tadi and bila lalu je bas kami tahan HAHA. Oh silap, akak driver tu cakap nak ke Bukit Bendera by bas kalau dari Jalan Transfer tu, kami kena berjalan sikit ke station Chowrasta and tunggu bas Bukit Bendera yang 204 *tak silap aku ni nombornya*. Kalau tak ingat nombor, tengok dekat LED atas bas tu ada tulis lokasi dorang. So disebabkan oleh macam tak konfiden ke mana hala Chowrasta tu, kami decide balik terminal semula and ambil bas ke Bukit Bendera. HAHA. Ini macam kerja sia sia la juga. Padahal rasanya aku boleh google map ke by walk untuk tahu jalan nak ke Chowrasta tu. Okay abaikan. HAHA

Sampai terminal tunggu bas ke Bukit Bendera, dalam jam 10.00 pagi macam tu, kami naik bas ke bukit bendera. Bas rapid penang, yang ni tak free ya, yang ni berbayar. Sampai Bukit Bendera, beli tiket dapat harga RM5 untuk normal lane. HAHAHA. KAMI KAN STUDENT! So, dapat student price! yahuuu! Bawa kad matrik masing-masing ye and present with ic.

Naik atas tu lepak-lepak, kami jalan kaki nak ke skyview ke apa ntah tapi rupanya nak skyview kena bayar RM50. So kami cari view sendiri dengan berjalan kaki. Ada bungee yang tunggu kalau nak bawa naik ke atas tu, (Start dari love lock tu), tapi RM30. So kami decide jalan je. Hehe. Best sebab walaupun panas tapi berangin and sejuk! Worth to try!Cuma view macam agak hazy. huhu. Dah tengahari sikit macam baru ok sikit.

Around pukul 1 kami turun ke bawah and tunggu bas untuk balik ke bandar georgetown. Nak makan tengahari lapar! HAHA. Actually ke Penang memang nak makan je kerjanya. So sampai dekat Jalan Transfer kami turun (sebab situ je kami tahu haha), jalan agak menapak juga sikit, kami jumpa kedai nama Nasi Masakan Padang! Okay kedai ni yang glamer juga serius lauk lunch dia bapak sedapgila ya Allah!. Aku makan ayam goreng masak cili gila serius sedap! Member aku makan dengan ikan masin pun macam sedap gak! HAHA. Lepas dah makan and check google baru tahu tu kedai yang antara wajib pergi. HAHA. nasib baik pergi. Memang lunch hour ramai. Aku pelik orang Penang memang jenis makan dekat kedai ke walaupun hari cuti. huhu.

So lepas makan barulah nak menggelabah nak cari hotel HAHA. Masuk 2 3 hotel juga tapi sebab macam tak kena dengan harga. haha. So jalan lagi area jalan transfer tu jumpa hotel yang kami stay, Hotel Regal Malaysia. Hotel nice, dua katil. And include breakfast. (Harga semua aku cerita lepas habis entry)

Dah breakfast berhenti penat segala upload gambar and video, then solat zohor jamak, petang tu kami ke Batu Feringghi, sebab nak tengok sunset and nak makan segala mak nenek! HAHA. Kami ke Terminal and naik bas 101 tak silapnya, sampai Batu Feringghi makan ha amekkkau semua nak order tapi sebab sampai dah dalam jam 6.30 petang plus-plus so banyak yang dah habis. So kami order rojak buah, laksa penang, and kelapa pandan. Pasemboqqqq dah habis oi! Cha kuetiaw pun!

Sambil makan sambil layan sunset. Pheww. Sebenarnya indah ciptaan Allah ni.

Jam didinding terus berdetak akkk. Eh salah, jam menunjukkan pukul 7.15 malam tapi tak gelap lagi, so kami bayar makanan and amik mana-mana bas je cakap nak ke tanjung tokong. Sebab nak pergi cari secret garden avatar penang! haha.

So dalam bas ni lah baru idea google maps by walk aku timbul. Makanya, aku google maps dekat simpang mana patut kami turun untuk paling dekat dengan simpang nak masuk ke area secret garden tu.

So landmark nya gais, kalau nak pi sini, hang cari satu kawasan rumah flat warna oren, rumah tu belah pantai, bukan belah hutan, hang turun situ, jalan kaki masuk dalam around 400-500 meter then hang nampak signboard temple. There you go! Dalam tu secret garden nya!

Kami sampai secret garden tu around jam 8.15 malam, ppppperghhhhhh memang gila doh! tempat dia aku boleh cakap ‘macam mana orang yang buat ni ada idea nak buat?’ ‘kenapa dekat temple?’ is it represent sesuatu? tapi apapun sebab nya, memang boleh kata lawa!

Kami tak lama sangat atas tu dalam 30 minit, sebab nak kejar bas kan. So, lepas layan view tu, kami gerak menapak lagi sampai jumpa stesen bas. Jumpanya agak jauh, depan Tesco. HAHAHA. Oh tadi lupa nak cerita masa dah turun dari secret garden tu lalu depan kawasan rumah-rumah Chinese and Malay, ada pulak depa ni bergaduh siap pegang parang dan aku tak nampak parang tu, aku lalu slumber je tengah-tengah. Rupanya kawan aku kata ada dalam pergaduhan tu yang pegang parang. HAHAHA. okay tak kelakar. Apa gaduh-gaduh ni, kita satu negara maaa 😉

So balik semula kepada cerita tunggu bas depan tesco tu, lalu bas yang tulis Jeti, kami tahan, bas 102 tak silapnya. So cakap nak turun dekat Little India sebab nak pekena makanan dekat Restoran Kapitan Kling. Dia cakap boleh, sekali haram sampai terminal. HAHA. Dah mana aku tahu dekat dia ada turunkan orang tu adalah area little india. Harrey betul! Makanya kami tanya dekat driver tu semula kami nak ke Little India Restoran Kapitan, dia cakap naik CAT, turun dekat RHB, jalan sikit nanti nampak. Choi naik semula bas! HAHAHA.

Sampai RHB, kami turun dari CAT, and dengan google maps, kami menapak lagi. Tak jauh dalam 7 minit, jumpalah restoran tu so kami makan Cheese Nan dan ayam Tandoriiiii! HAHAHA. tengah tengah malam around pukul 10 tu makan cheese nan kau rasa?? HAHA. sedap ALhamdulillah.

Setel makan, dengan google maps lagi kami menapak balik ke hotel. Around 15 minit juga berjalan. HAHA. Kat sinilah tengok orang clubbing, sapkoklu, mabuk-mabuk bla bla bla. Tidak dilupa juga pada jalan dan lorong-lorong sunyi. HAHA. kalau siapa view instagram aku, ada gambar yang Jalan Sri Bahari tu, itu sebenarnya lorong sunyi yang aku beranikan diri untuk ambil gambar sambil baca alfatihah. HAHAHA. Bak kata Ain, takpe, aku ada ko, ko ada aku. choi!

Sampai hotel dah nak dekat pukul 12, so rehat!

Perbelanjaan Day 1 per head

Tiket Bas KTN-KL (Trans) = RM22.10
Makan TBS = RM6.00
Tiket Bas KL-Butterworth = RM48.00
Feri Butterworth-Georgetown sehala sahaja bayaq = RM1.20
Roti Bakaq Jalan Transfer + Nasi Lemak Udang + Neskepe O = RM6.50
Tiket Rapid Jeti ke Bukit Bendera = RM2.80
Mineral Water = RM1.50
Tiket Bukit Bendera = RM5.00
Tiket Rapid Bukit Bendera ke Jeti = RM2.80
Lunch Restoran Masakan Padang Jalan Transfer = RM6.00
Hotel per night = RM51.00
Tiket Rapid Jeti ke Batu Feringghi = RM2.40
Rojak Buah+Kelapa Pandan+Laksa Penang Batu Feringgi = RM11.00
Tiket Rapid Batu Feringghi ke Tg Tokong = RM2.00
Tiket Rapid Tesco Tg Tokong *kot* ke Little India tetibe sampai Jeti = RM2.00
Cheese Nan + Chicken Tandoori + Teh 0 = RM13.00 *tak silap aku ni harga dia*
Jumlah = RM173.30

Day 2 aku sambung kemudian lah pulak. Kering idea pulak nak menulis. Lagipun aku dekat office nih. hehe. 
Tak banyak gambar aku share, lambat doh nak upload. Untuk gambar dekat Secret Garden Avatar tu, view dekat IG je lah. Gambar captured by SJCAM. 

CAMERA
Ataih Feri dari Penang Sentral ke Goergotown
CAMERA
Love Lock Penang Hill
CAMERA
View Penang from Path B (ni kena menapak sikit)
CAMERA
Gigih menapak nak jimat punya pasal dari naik bungee.
CAMERA
Hotel Regal. Very recommended by tripadvisor 

 

Bakal Bersambung tapi taktau bila. 😀

Posted in BACKPACK, TRAVEL

Roadtrip Cherating

Eh lately rajin pulak nak update blog. HAHA. Tengok lah dua tiga bulan lagi dah malas semula. HAHA. Jadi time rajin kita update lah apa yang patut.

So? Nak cerita apa this time?

CHERATING!!! HAHA. Kira roadtrip ke apa ni? Macam tak tapi takpelah.

Orang beraya kami pergi beraya juga. Tapi beraya dekat Cherating. Kenapa Cherating? Sebab time Romadon aku duk repeat Teman Lelaki Upahan. HAHA. Dalam cerita tu EL kalau stress je gi holiday, Cherating. HAHA.

Apa best Cherating?

Banyak activities boleh boleh buat dekat Cherating ni. Ni pun first time yang aku pergi yang aku hargai. HAHA.

Antaranya;
1) Kelip-kelip trip
2) Release Baby turtle
3) Mangrove River Cruise
4) Kayak
5) Snorkeling Snake Island
6) Turtle lying eggs
… DLL.. sightseeing jangan lupa! Kampung dia lawa oi!

Roadtrip ni namanya roadtrip jimat. HAHA. Rabu (Raya Keempat) tengahari kitaorg pergi around pukul 10 ke 11 ntah, sampai dalam pukul 12. Cari-cari chalet jimat nak stay. Jumpa yang harga RM80 semalaman, Okay laa. Nice chalet nya. Siap aku pinjam paip air chalet tu basuh tahi beruk dekat cermin kereta HAHA. Teruk betul beruk Cherating berak rata-rata!

Ada je harga RM50 semalaman tapi macam nazak sikit la chalet nya. Kitaorg stay dekat Chalet Clean area Kampong Lama Cherating. Memang betul-betul area kawasan pantai Cherating yang lawa-lawa tu. Sumpah lawa scenery sini!

Lepas check in chalet RM80 semalaman tu, petang tu lepas solat, kitaorg turun Kemaman, makan A&W. HAHA. Cherating ke Kemaman around 20-30 mins je. Otw balik chalet, singgah beli keropok! HAHA.

Sampai semula area pantai dah around 5.30 pm. So sightseeing area pantai ya Allah indahnya ciptaan mu. gituh! (nanti last aku payung gambar okay!)

Lepas jalan-jalan pantai, otw balik ke chalet untuk rehat malam singgah kedai batik beli sevinour! Baju labuh RM10. HAHAHA. Cool gila! 3 aku beli!

Malam takde aktiviti tido sejuk gila bakhang! Kalau ikutkan nak tengok kelip-kelip. Tapi cuaca tak mengizinkan. Sobs. Kelip-kelip RM35 if im not mistaken.

Esok tu hari Khamis pagi around 10.00 am gerak balik Kuantan. hehe.

(sebenarnya pergi Cherating aku nak rilekskan kepala otak sebelum prepare buat assignment and presentation! and it works yunoooo)

IMG_0695
Chalet Clean.
IMG_0675
Angah Aku, Anak Sedara Aku, Aku ditepi pantaiii yang indah damai tenang
IMG_0654
Aku lagi di tepi pantai tunggu sunset
IMG_0647
Amacam?
IMG_0646
Hidup kita ada pilihan. Pilihlah untuk bahagia dengan apa adanya.

 

Gambar ini diambil dengan menggunakan … (tertinggal SJcam, jadi gambar aiphone saje)

Posted in kasih sayang

Happy Anniversary 6.0

Screen Shot 2017-07-13 at 7.46.57 AM
Nampak wordpress appreciate aku. Siap wish lagi!

Ive been used .blogspot before. Tapi entahlah. Tak best pun blogspot, pada aku dia tak formal. Terlalu kanak-kanak. Ceyyy, padahal dari situ aku kenal dunia blogging. HAHA. Dasar tak kenang budi.

6 years ago, aku jumpa benda ni. Actually masa tu tak lah glamer sangat wordpress since everyone guna blogspot or domain sendiri. WordPress tak berapa dikenali dalam dunia blogging rakyat Malaysia. Tapi dekat negara luar, wordpress didominasi. In fact member-member aku yang aktif berblogging juga tidak ramai menggunakan wordpress. Maybe sebab wordpress a bit skema kot. HAHA.

Anyway thanks wordpress for being an awesome blog! Happy Anni Sayang 😉

Posted in master, OUM, tafsir

Tafsir al-Quran Tempatan Serta Metodologi Penafsiran dan Penulisannya

  1. PENGENALAN

Terdapat pelbagai karya-karya utama mufassirin terdahulu antaranya ialah yang cukup dikenali dan tersohor dalam dunia Islam, kitab Jami’ al-Bayan ‘an Ta’wil Ayi al-Quran oleh Abu Ja’far Muhammad b. Jarir al-Tabari (m. 310H), Tafsir al-Qur’an al-‘Azim oleh Ibn Abi Hatim al-Razi (m. 327H) dan banyak lagi yang telah menjadi rujukan penting para ilmuwan Islam terkemudian. Kepentingan kitab-kitab tersebut terserlah apabila kitab-kitab tersebut turut menjadi sumber rujukan ulama’-ulama’ di Nusantara yang lahir selepas kedatangan Islam ke Kepulauan Melayu seawal abad ke-7 M dan berkembang ke Tanah Melayu melalui peranan mubaligh-mubaligh Islam yang datang berdagang dengan satu matlamat menyampaikan ilmu pengetahuan kepada masyarakat setempat.

Kemunculan ulama’-ulama’ Islam di Alam Melayu membuktikan keberkesanan terhadap penyampaian ilmu oleh para mubaligh Islam yang pada ketika itu adalah berbentuk lisan sahaja. Pembudayaan ilmu yang diterapkan ke dalam jiwa mereka menjadi pemangkin semangat mereka menimba ilmu ke Timur Tengah bagi mendalami pelbagai bidang keilmuan seperti fiqh, tauhid, tasawwuf, hadis dan tafsir yang seterusnya disampaikan dan disebarkan melalui hasil-hasil karya bahasa Melayu-Jawi yang amat bernilai bagi mengurangkan tahap kejahilan di kalangan masyarakat setempat. (Yahya, 2001)

Pengajian al-Quran dan tafsir di Malaysia sudah lama bermula sejak zaman dahulu, sama ada secara formal atau tidak formal. Pengajian bermula di rumah-rumah Tok Guru, surau, madrasah, masjid dan sebagainya yang merupakan pusat-pusat pengajian agama. Pengajian berkenaan dengan al-Quran lebih rasmi dan tersusun apabila sistem Pengajian Pondok diadakan di Malaysia dan dipelajari pula di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi. Penulisan kitab-kitab agama dalam bahasa Melayu telah berlaku lebih awal jika dibandingkan dengan penulisan kitab-kitab tafsir. Selepas tahun 1909 penulisan berkenaan dengan tafsir al-Quran berkembang lebih luas sehingga ke hari ini. (Yusoff, 1995)

Pada peringkat awal, pengajian tafsir di Malaysia berkembang dalam sistem pengajian pondok. Institusi pengajian ini menjadikan karya-karya tafsir klasik sebagai teks bagi para pelajar dengan huraian tekstual. Bagaimanapun orientasi pengajian tafsir al-Quran berubah menjadi sistem pengajian formal di peirngkat sekolah. Ini dapat dibuktikan dengan subjek tafsir dimasukkan dalam mata pelajaran di Sekolah Arab Maahad Muhammadi pada 1945. Beberapa tahun kemudian, ia dimasukkan ke dalam mata pelajaran Pendidikan Islam yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada 1959 bagi sekolah rendah dan menengah di Malaysia. Pada peringkat ini, para pelajar tidak hanya disajikan dengan karya-karya tafsir klasik, malah juga karya-karya tafsir moden dengan sajian metodologi pengajaran yang lebih efektif. Kepentingan menguasi ilmu tafsir untuk memahami al-Quran semakin mendesak, justeru pengajiannya diangkat ke peringkat lebih tinggi. Ini dapat dilihat apabila ilmu tafsir mula diajarkan kepada mahasiswa di Akademi Pengajian Islam, Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaya pada tahun 1959. Pengajian ilmu ini terus berkembang ketika subjek yang berkaitan dengan tafsir menjadi sebahagian dari silibus yang ditawarkan di institusi pengajian tinggi lain seperti di Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Sains Malaysia dan beberapa universiti lain dari semasa ke semasa. (Abdullah et al., 2009)

Tugasan ini adalah bertujuan bagi memperkenalkan di antara sebahagian daripada karya dan pengarang tafsir al-Quran tempatan di Malaysia khususnya dan di nusantara amnya serta metodologi penafsiran dan penulisannya. Tugasan ini dibahagikan kepada empat bahagian iaitu bahagian pertama akan memperkenalkan karya dan pengarang tafsir al-Quran tempatan yang terdapat di Malaysia antara lain menjelaskan secara umum berkenaan dengan nama karya tersebut, pengarang, penerbit, tahun terbitan, jumlah halaman, cetakan dan perkara berkaitan dengan intipati karya tersebut. Bahagian kedua di dalam tugasan ini pula akan menjelaskan secara lebih terperinci dua daripada karya-karya yang dinyatakan di bahagian pertama dengan menggunakan pendekatan ulasan kepada karya-karya tersebut secara kritis dan analitif dalam akademik atau ilmiah. Bahagian ketiga ialah bagi menjelaskan berkenaan dengan metodologi pentafsiran dan penulisan secara perbandingan dengan terperinci kepada dua buah karya yang telah dinyatakan di bahagian kedua. Bahagian terakhir tugasan ini pula akan membincangkan berkenaan dengan kekuatan dan kelemahan dengan lebih mendalam kepada kedua-dua buah karya tersebut dengan lengkap beserta dengan fakta-fakta yang releven.

  1. KARYA DAN PENGARANG TAFSIR AL-QURAN TEMPATAN

            Penulisan karya tafsir di Malaysia merupakan kesinambungan daripada pengajian tafsir yang diadakan di masjid, pondok, dan institusi pengajian formal. Muncul karya-karya tafsir setempat dengan berbagai aliran sesuai dengan latar belakang pendidikan tokoh lulusan Mekah, Madinah, Mesir, Pakistan dan India. Pengaruh dari institusi tersebut mewarnai aliran penafsiran yang dibawa oleh mereka seperti tradisional, islah dan al-Dihlawi. (Abdullah et al., 2009). Terdapat usaha dirintis oleh ‘Abd al-Ra’uf al-Sinkili (m.1695 M) dengan karyanya Tarjuman al-Mustafid di Indonesia. (Sulaiman, 2012). Merujuk kepada penulisan kitab-kitab tafsir di Malaysia, sepanjang yang dapat dikesan bahawa kitab tafsir dalam bahasa Melayu yang dicetak pada peringkat awal ialah Kitab Tafsir Nur al-Ihsan yang lengkap 30 juzu’ al-Quran yang dicetak kali pertama pada tahun 1934. (Yusoff, 1995). Keseluruhan kitab-kitab tafsir dapat dikategorikan kepada lima bentuk iaitu lengkap 30 juzu’, Tafsir Surah-surah tertentu sahaja, Tafsir juzu’-juzu’ sahaja, Tafsir Maudhui’ (bertajuk), dan tulisan di dalam bentuk manuskrip. Penulisan mengenai tafsir al-Quran di Malaysia ini terbahagi kepada dua bentuk iaitu pertama melalui karya asal dan kedua ialah melalui terjemahan.

            Antara karya asal dan terjemahan yang menjadi rujukan masyarakat di Malaysia ialah sebagaimana berikut:-

2.1       Karya Asal

 2.1.1    Tafsir Nur al-Ihsan

Kitab tafsir ini telah ditulis oleh Tuan Haji Muhamad Sa’id Bin Omar. Beliau lahir pada tahun 1854 di Kampung Kuar, Jerlun, Kedah Darul Aman. Beliau pernah mendapat pendidikan awal di Pattani dan Mekah dan beliau dikenali dengan panggilan Tok Lebai, penulis dan guru tafsir al-Aquran. Kitab tafsir yang ditulis oleh beliau ini adalah lengkap 30 juzu’ dan telah dicetak beberapa kali. Cetakan ketiga adalah pada tahun 1970 oleh Maktabah Dar al-Ma’arif, Pulau Pinang. Tafsiran di dalam karya ini adalah ringkas dan boleh difahami maksud ayat dan tidak diperluaskan perbahasan mengenai perbezaan pendapat dalam kalangan ahli-ahli tafsir. Bentuk penulisan di dalam karya ini adalah terikat dengan gaya bahasa melayu lama yang sebahagiannya agak sukar untuk difahami oleh generasi pada hari ini.

2.1.2    Tafsir Pimpinan Al-Rahman

Pengarang dan penterjemah bagi karya ini dikendalikan oleh dua tokoh mufassir iaitu Ustaz Faisal Hj. Othman yang menyiapkan 10 juzu’ pertama dan Tuan Sheikh Abdullah Basmeih yang menyiapkan 20 juzu’ yang berikutnya. Manakala penyemakkan terhadap karya ini ialah melalui Tuan Hj. Muhammad Noor Ibrahim yang merupakan mantan Mufti Kerajaan Negeri Kelantan. Karya ini lengkap 30 juzu’ al-Quran dan mula dicetak pada tahun 1980 Sehingga kini karya ini telah beberapa kali diulang cetak dan telah diulang cetak untuk kali ke sepuluh pada tahun 1990 yang mana telah dikeluarkan oleh Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri Malaysia (Pusat Islam, JPM). Cetakan kedua belas kitab ini juga diterbitkan oleh Darul Fikri, Kuala Lumpur pada tahun 2001. Kitab tafsir ini ringkas dan mudah difahami oleh setiap pembaca kerana cara terjemahan makna adalah dengan bahasa yang digunakan pada masa kini (pada ketika cetakan dibuat). Disamping itu, kitab ini juga dibuat penjelasan pada nota kaki bagi menjelaskan mana-mana ayat yang perlu diberi penjelasan. Walaubagaimanapun, kitab ini tidak dapat diperluaskan tafsirannya. Karya ini adalah antara karya yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia dan sewajarnya dijadikan rujukan oleh masyarakat kini.

            2.1.3    Khulasan al-Quran

Kitab ini adalah dari penyusunan semula oleh Ustaz Wan Ismail bin Wan Nawang daripada isi kuliah tafsir yang diberikan oleh Tuan Gurunya, Maulana Hj. Abdullah Awang Nuh. Kitab ini diterbitkan oleh Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Cetatakan pertama kitab ini adalah pada tahun 1982. Kitab ini adalah berlainan dengan kitab-kitab tafsir yang lain kerana tidak ditafsir keseluruhan ayat. Terjemah maksud dan tafsirnya adalah merupakan intisari dan hikmat al-Quran bagi setiap surah, sebagai satu kaedah untuk memahami isi kandungan al-Quran dengan mudah. Dari segi susunan, kitab ini amat menarik keana dimulakan dengan panduan petunjuk ayat, iaiatu dibuat bahagian-bahagian yang tertentu dengan disenaraikan ayat-ayat dan surah-surah mana untuk dirujuk atau dicari seperti bahagian iman, tauhid, syirik, nifaq, kafir dan sebagainya.

            2.1.4    Tafsir al-Quran al-Hakim

Ditulis oleh Mustafa bin Abdul Rahman yang berasal dari Perak yang dilahirkan pada tahun 1918 dan meninggal dunia pada tahun 1967. Beliau merupakan bekas penuntut Universiti Al-Azhar, Mesir dan Masjidil Haram Mekah selama 15 tahun. Kitab ini adalah di antara kitab tafsir yang besar bentuknya di dalam bahasa melayu. Pengarang hanya dapat menyiapkan sebanyak 27 juzu’ sahaja. Dicetak sebanyak lima kali, cetakan pertama ialah pada tahun 1949 manakala cetakan kelima adalah pada tahun 1959 oleh Persama Press Pulau Pinang. Tafsiran di dalam kitab ini sederhana, tidak terlalu ringkas dan tidak terlalu panjang. Terdapat juga keadaan di mana dibawa pendapat-pendapat dalam kalangan ahli-ahli tafsir pada sesetengah tempat. Bahasa yang digunakan di dalam karya ini juga mudah difahami oleh semua pringkat pembaca.

            2.1.5    Tafsir al-Rawi Juzu’ ‘Amma

Ditulis oleh Tuan Haji Yusoff bin Haji Abdullah bin Haji Nuruddin al-Rawi, dilahirkan pada 8 Mei 1922 dan berasal dari Pulau Pinang. Pengarang mendapat pendidikan di Maahad al-Falah Mekah dan mendapat Diploma al-Takhassus al-Dini. Terdapat sesetengah pandangan menyatakan bahawa cetakan pertama adalah pada tahun 1950 dan diterbitkan oleh Maktabah al-Haj Abdullah bin Muhammad Noordin al-Rawi, Pulau Pinang. (Abdullah et al., 2009). Tafsir al-Rawi ini hanya satu juzu’ sahaja iaitu juzu’ ‘Amma. Terdapat juga sesetengah pendapat menyatakan ianya dicetak pada tahun 1951 dan cetakan terakhir pada tahun 1975. (Yusoff, 1995). Walaupun tafsirannya ringkas, tetapi menarik, dibawa maksud ayat kemudian dibuat huraian dan kesimpulan dari ayat-ayat tersebut. Kitab tafsir ini mendapat pengikitirafan daripada Majlis Agama Islam dan Isitiadat Melayu Kelantan melalui surat perakuan bertarikh 2 Mac 1952. (Kadir & Mazlan, 2002)

            2.1.6    Tafsir Pedoman Muttaqin

Kitab Tafsir Pedoman Muttaqin adalah kitab tafsir yang dikarang oleh Dr. Abdul Hayei Abdul Sukor (Abdul Hayei A.S.) yang dilahirkan pada 6 November 1947 di Pasir Mas, Kelantan. seorang tokoh hadith yang mufassir terkemuka di Malaysia. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Pondok Pasir Tumboh, Kota Bharu, Sekolah Menengah Ma’had Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan sebelum melanjutkan pelajaran ke Dar al-Ulum, Deoband, India. Seterusnya beliau melanjutkan pendidikan ke Universiti al-Azhar, Mesir dan mendapat Ijazah master (S2) dalam bidang al-Qur’an dan al-Hadith. Kemudian pada tahun 1988 beliau mendapat Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Hadith dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia dengan tesis yang berjudul “Sumbangan Syah Waliyullah al-Dihlawi kepada Pengajian Hadith dan Pengaruhnya di Kelantan”.

Tafsir ini merupakan kesinambungan kepada Tafsir Pimpinan al-Rahman sebelumnya. Jika tafsir Pimpinan al-Rahman ditulis untuk memimpin masyarakat Islam memahami dan menghayati isi kandungan al-Qur’an, maka penulisan Tafsir Pedoman Muttaqin bertujuan untuk menjadi pedoman kepada orang-orang yang bertaqwa setelah mendapat pimpinan dan bimbingan. Kitab ini ditulis berdasarkan inisiatif dari Perdana Menteri Dato’ Seri ‘Abdullah Hj. Ahmad Badawi dalam pertemuan beliau dengan ulama’ yang diadakan di Bilik Mesyuarat Perdana, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, Malaysia pada 30 Oktober 2006. Perdana menteri pada saat itu memberikan pandangan dan menyarankan agar interpretasi terhadap isi kandungan al-Qur’an perlu sentiasa dinamik sejajar dengan keunggulan Islam. Berdasarkan inisiatif tersebut, kajian dan beberapa sesi perbincangan dilakukan dan akhirnya JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) memberikan mandat kepada Abdul Hayei A.S. untuk menyusun kitab tafsir sebagai pedoman kepada ummah dan demi ketinggian Islam di Malaysia. (Abdullah M. , 2009).

Kitab ini telah diterbitkan sebanyak 4 juzu’ iaitu juzu 1 yang dimulai dari Surah al-Fatihah hingga surah al-Baqarah ayat 141, dan juzu’ 2 mentafsirkan Surah al-Baqarah dari ayat 142 sehingga ayat 286 manakala juzu’ 28 dimulai dari Surah al-Mujadalah hingga Surah al-Tahrim dan juzu’ 29 mentafsirkan Surah al-Mulk sehingga Surah al-Mursalat. Juzu’ 3 dan 4 masih belum diterbitkan tetapi majlis pentashihannya telah diadakan pada 6 hingga 8 April 2009 di Sepang, Selangor. Manakala bagi juzu’ 5 dan 6 juga telah melalui pentashihan pada 22 sehingga 24 Jun 2010 di Bangi. (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)).

Penerbitan pertama tafsir ini bagi juzu’ 1 dan 2 adalah pada tahun 2008 oleh JAKIM, Kuala Lumpur dan terbitan keduanya pada tahun 2010 adalah melalui penerbit yang sama manakala juzu’ 28 dan 29 telah diterbitkan oleh Utusan Publication lebih awal sebelum penerbitan juzu’ 1 dan 2 iaitu pada tahun 2003. Tafsir ini akan disempurnakan di dalam 30 juzuk. Setiap juzuk tafsir ini mengandungi antara 750 hingga 800 halaman. Tafsir ini akan diterbitkan dalam dua juzuk setahun dan dijangka siap sepenuhnya dalam tahun 2020. (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM))

2.2       Terjemahan

            Kitab-kitab tafsir yang telah diterjemahkan adalah di antara kitab-kitab yang terkenal dalam kalangan umat Islam tempatan dan dunia Islam seluruhnya. Dalam tulisan ini, hanya beberapa buah kitab terjemahan yang disentuh antaranya ialah tafsir al-Jalalain dan Tafsir fi Dzilal al-Qur’an. (Yusoff, 1995)

            2.2.1    Tafsir al-Jalalain

Tafsir al-Jalalain yang dikarang asal dalam bahasa arab oleh dua orang ulama’ terkenal dari Mesir iaiatu Jalal al-Din al-Mahalli dan Jalal al-Din al-Sayuti. Kitab tafsir ini adalah di antara kiab tafsir di dalam bahasa arab yang ringkas, hanya ditafsir atau diberi penjelasan sahaja, iaitu pada ayat-ayat yang susah difahami. Tafssir ringkas begini lebih sesuai kepada orang-orang arab atau orang yang sudah memahami al-Quran. Kitab tafsir ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa melayu oleh al-Marhum Tuan Shaikh Othman Jalaluddin yang berasal dari Kampung Panjang, Daerah Sering, Kota Bharu, Kelantan. Beliau dilahirkan pada tahun 1880 dan meninggal dunia pada 1952. Beliau mendapat pendidikan awal di Pondok Tok Kenali, Kota Bharu Kelantan dan selepas itu beliau menyambung pengajian pondok di Bukit Mertajam, Seberang Perai.

                       2.2.2    Tafsir fi-Dzilal al-Qur’an

Karangan asal oleh Tuan Sayyid Qutb dari Mesir. Kitab tafsir ini antara yang terkenal di seluruh dunia Islam. Kitab ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa melayu oleh dua tokoh yang berlainan iaitu yang pertama oleh Ustaz Ismail bin Mohd Hassan, bekas Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Terengganu dan diterbitkan oleh Yayasan Islam Terengganu yang mana cetakan pertama adalah pada tahun 1986 yang dicetak oleh Syarikat Percetakan Yayasan Islam Negeri Terengganu, Gong Badak Kuala Terengganu. Terjemahannya hanya sempat untuk disiapkan pada satu juzu’ sahaja. Kedua, diterjemahkan oleh Ustaz Yusoff Zaki Yaakub yang berasal dari Kota Bharu Kelantan. Beliau dilahirkan pada tahun 1928 dan belajar di American Universiti, Cairo dalam bidang falsafah dan psikologi. Kitab terjemahan ini dicetak oleh Percetakan Darul Naim, Kelantan dan telah dicetak sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1989 dan 1990. Terjemahannya hampir siap 30 juzu’. (Yusoff, 1995)

  1. DUA KARYA BESERTA ULASAN KRITIS DAN ANALITIS

            Berdasarkan kepada sebahagian daripada karya-karya penulisan tafsir tersebut, perbincangan akan difokuskan kepada dua karya pilihan antaranya ialah Tafsir al-Rawi Juzu’ ‘Amma karya Haji Yusof bin Haji Abdullah al-Rawi (Haji Yusof Rawa) dan Tafsir Pedoman Muttaqin karya Dr. Abdul Hayei Abdul Sukor (Abdul Hayei A.S.).

            3.1       Tafsir Al-Rawi Juzu’ ‘Amma

Kitab yang dikarang oleh Haji Yusof Rawa dikenali dengan nama Tafsir al-Rawi Juzu’ ‘Amma yang ditulis dalam bahasa Arab di depan muka kulit kitab. Haji Yusof Rawa telah menamakan kitab penulisannya dengan nama al-Rawi, dinisbahkan kepada ketuninannya iaitu Rawa, tetapi dalam bahasa Arab dikenali sebagai al-Rawi. Di samping itu juga, beliau sendiri telah menggunakan nama pena dengan Ibn al-Rawi. Kitab ini dicetak oleh syarikat percetakan beliau sendiri yang diwarisi daripada bapa beliau iaitu Syarikat Haji Abdullah bin Muhamad Noordin al-Rawi yang merupakan kedai kitab yang terkenal bukan sahaja di Pulau Pinang, malah di seluruh tanah air. Syarikat percetakan ini didirikan pada tahun 1910, terletak berhampiran dengan Masjid Melayu, Pulau Pinang di No: 55, Lebuh Acheh, 10200 Pulau Pinang. Kitab tafsir ini mula dicetak pada 23 Zulkaedah 1369 atau tahun 1950 dan diulang cetak beberapa kali kemudiannya. Kitab Tafsir al-Rawi ini adalah sebuah kitab tafsir yang ringkas yang memuatkan tafsir surah-surah yang terkandung dalam juzu’ ‘Amma atau juzu’ 30. Tafsir ini telah dibahagikan kepada dua bahagian, bahagian satu dan bahagian dua. Ini adalah kerana Haji Yusof Rawa sendiri telah menyiapkan sebahagian surah-surah dalam juzu’ 30 dan dijadikan bahagian pertama pada tahun 1950 dan kemudiannya menyiapkan sebahagian surah-surah yang lain dan dijadikan bahagian kedua pada tahun berikutnya, iaitu tahun 1951. Di samping itu juga, kemungkinan bagi memudahkan orang atau pelajar membawa atau memilikinya di merata-rata tempat lebih-lebih lagi ke sekolah. Ia juga merupakan kitab yang mudah dan ringkas untuk difahami erti atau makna ayat-ayat daripada surah-surah yang lazim dihafaz dan dibaca di dalam solat. Kitab Tafsir al-Rawi ini mendapat pengiktirafan daripada Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan melalui surat perakuan yang terdapat di dalam kitab ini yang bertarikh pada 2 Mac 1952. Menurut surat perakuan tersebut kitab ini telah disemak dan diedarkan kepada Majlis Ulama’ serta disahkan bahawa kandungan kitab tafsir ini tidak mengandungi kesalahan dan penafsirannya adalah betul mengikut kehendak ayat-ayat yang ditafsirkan. Pengarang telah membahagikan kitab penulisan beliau kepada dua bahagian. Mengenai masa dan kadar yang diambil oleh pengarang untuk menyiapkan kitab ini adalah tidak dapat dikenalpasti. Namun begitu pengarang berjaya menyiapkan kitab ini pada bahagian yang pertama pada hari Khamis malam Jumaat iaitu pada 9 Jamadilawal 1370H dan disemak serta diperbetulkan bagi cetakan kedua pada 9 Ramadhan 1379H. Bahagian keduanya pula ialah pada 9 Zulkaedah 1370H dan disemak serta dibuat pembetulan untuk cetakan yang kedua pada 16 Rejab 1384H. Dalam bahagian pertama, pengarang telah mentafsirkan beberapa surah dan memberikan sedikit huraian tentang Bismillah. Bahagian pertama kitab ini telah menghuraikan surah-surah bermula dari surah al-Fatihah sehingga surah al-Duha, yang terkandung dalam 104 halaman bercetak. Dalam bahagian kedua kitab Tafsir ini, beliau menyambung surah yang seterusnya bermula dari surah al-Lail sehingga surah al-Naba’, yang terkandung di dalam 203 halaman yang bermula daripada mukasurat 105 hingga 203. Pengarang telah menggunakan beberapa kitab rujukan dalam menghasilkan karya beliau antaranya ialah Tafsir Juz’ ‘Amma-Imam Muhammad ‘Abduh, Hasyiah al-‘Allamah al-Sawi ‘ala Tafsir al-Jalalayn, Tafsir al-Maraghi-juzu’ 30, Tafsir al-Shawkani atau Fath al-Qadir, Tafsir al-Jawahir Li Faylasuf Tantawi Jawhari, The meaning of the Glorius Qur’an karya Marmudake Pickthall, Khazinah al-Ansar dan Tafsir Nur al-Ihsan. (Kadir & Mazlan, 2002).

            3.2       Tafsir Pedoman Muttaqin

Kitab Tafsir Pedoman Muttaqin adalah sebuah kitab tafsir kontemporari berbahasa Melayu ditulis oleh Dr. Abdul Hayei Abdul Sukor. Baliau ialah salah seorang cendikiawan muslim termuka di Malaysia. Tafsir ini ditulis sebagai kesinambungan kepada tafsir Pimpinan al-Rahman yang telah dirintis sebelumnya dan bertujuan untuk menjadi pedoman kepada umat Islam setelah mendapat bimbingan dari tafsir Pimpinan al-Rahman. Penulisan Tafsir Pedoman Muttaqin masih dalam peroses penyelesaian dan dijangka siap sekitar tahun 2020. Secara ringkasnya kitab ini telah diterbitkan sebanyak 4 juzu’ iaitu juzu 1 yang dimulai dari Surah al-Fatihah hingga surah al-Baqarah ayat 141, dan juzu’ 2 mentafsirkan Surah al-Baqarah dari ayat 142 sehingga ayat 286 manakala juzu’ 28 dimulai dari Surah al-Mujadalah hingga Surah al-Tahrim dan juzu’ 29 mentafsirkan Surah al-Mulk sehingga Surah al-Mursalat. Juzu’ 3 dan 4 masih belum diterbitkan tetapi majlis pentashihannya telah diadakan pada 6 hingga 8 April 2009 di Sepang, Selangor. Manakala bagi juzu’ 5 dan 6 juga telah melalui pentashihan pada 22 sehingga 24 Jun 2010 di Bangi. Penerbitan pertama tafsir ini bagi juzu’ 1 dan 2 adalah pada tahun 2008 oleh JAKIM, Kuala Lumpur dan terbitan keduanya pada tahun 2010 adalah melalui penerbit yang sama manakala juzu’ 28 dan 29 telah diterbitkan oleh Utusan Publication lebih awal sebelum penerbitan juzu’ 1 dan 2 iaitu pada tahun 2003. Tafsir ini akan disempurnakan di dalam 30 juzuk. Setiap juzuk tafsir ini mengandungi antara 750 hingga 800 halaman. (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)).

Untuk memudahkan para pembaca, pengarang meletakkan beberapa judul khusus berdasarkan kandungan ayat yang akan ditafsirkan. Kemudian mengemukakan fahrasat (daftar isi) Hadith, athar dan sya’ir yang dimasukkan dalam pentafsiran pada akhir kitab setiap juz. Inilah di antaranya keistimewaan Tafsir Pedoman Muttaqin dibandingkan dengan kitab tafsir lain. Kitab ini ditulis menggunakan bahasa melayu tulisan rumi dan pengarang mengemukakan sinopsis pada setiap surah yang ditafsirkan. Pengarang juga menggunakan pendekatan ma’thur dan ma’qul. (Sulaiman, 2012). Penjelasan secara terperinci akan dijelaskan di dalam perbahasan seterusnya berkenaan dengan perbanding metodologi yang digunakan oleh kedua-dua buah karya ini.

  1. PERBANDINGAN METODOLOGI PENAFSIRAN DAN PENULISAN TERHADAP TAFSIR AL-RAWI JUZU’ ‘AMMA DAN TAFSIR PEDOMAN MUTTAQIN

4.1       Metodologi Penafsiran Dan Penulisan Tafsir Al-Rawi Juzu’ ‘Amma

                        Cara atau metod penulisan yang digunakan secara umum oleh Haji Yusof Rawa dalam penyusunan tafsir beliau adalah lebih teratur dan kemas. Pada bahagian atas tafsir beliau dinyatakan nama surah yang akan ditafsir dalam bahasa Arab seperti biasa dalam mana-mana kitab-kitab tafsir. Kemudian beliau menjelaskan pula surah tersebut sama ada ayat Makkiyyah atau Madaniyyah. Seterusnya, dinyatakan bilangan ayat yang terkandung di dalam surah yang akan ditafsir yang mana ia juga di dalam bahasa Arab. Terdapat juga pada sesetengah surah dinyatakan bila surah tersebut diturunkan.

Beliau seterusnya menyatakan nas surah al-Qur’an yang hendak ditafsir sehingga selesai berserta dengan baris mengikut Rasm Uthmani. Haji Yusof Rawa kemudiannya menyatakan erti ayat Makkiyyah atau Madaniyyah dan bilangan ayat yang ditulis dalam bahasa Arab tadi serta nas surah ke dalam bahasa Melayu dengan tulisan jawi. Haji Yusof Rawa kemudiannya akan menyatakan huraian secara menyeluruh atau intisari umum terhadap sesetengah surah yang hendak ditafsir. Beliau seterusnya akan mentafsirkan ayat al-Qur’an berdasarkan ayat ke suatu ayat yang lain mengikut keadaan sesuatu ayat itu, ada yang huraiannya panjang dan ada yang pendek. Bagi surah yang panjang didatangkan hanya sebahagian ayat kemudiannya didatangkan huraian secara menyeluruh bagi sebahagian ayat tersebut dan seterusnya beliau mula mentafsir ayat ke ayat sehingga selesai potongan sebahagian ayat tersebut. Begitulah metod beliau bagi potongan ayat yang seterusnya.

Pada bahagian yang akhir sekali, dinyatakan tentang faedah-faedah dan hikmah yang terdapat pada surah tersebut.

Apabila kita memperkatakan tentang metod penulisan secara khusus apa yang kita sedia maklum metod terbaik dalam mentafsir al-Qur’an ialah menggunakan metod tafsir bi al-ma’thur, iaitu mentafsir al-Qur’an dengan al-Qur’an, mentafsir al-Qur’an dengan hadis dan mentafsir al-Qur’an dengan pendapat para sahabat dan pendapat yang disepakati oleh para tabi’in r.a, tetapi apabila kita melihat kepada metod yang digunakan oleh pengarang dalam menulis tafsiran beliau tersebut, hampir tidak didapati metod-metod tersebut digunakan di dalam tafsiran beliau. Beliau mungkin tidak memasukkan metod tersebut disebabkan beliau ingin mengemukakan kepada para pembaca satu bentuk tafsir yang ringkas yang mampu difahami oleh semua lapisan masyarakat dan pada waktu yang sama agar masyarakat mampu memahami tafsiran ayat-ayat lazim yang sentiasa dibaca sebagaimana yang telah diterangkan di dalam bahagian tujuan penulisan tafsir tersebut. (Kadir & Mazlan, 2002). Melalui penilaian antara metod khusus yang digunakan oleh pengarang dalam tafsiran beliau ialah didapati pengarang menekankan kepada tiga bentuk metod khusus sahaja iaitu pertamanya tentang aspek sejarah dan sebab turun ayat dan yang keduanya menyatakan faedah dari setiap surah yang ditafsirkan dan yang ketiganya ialah pengajaran yang dapat diambil dari ayat.

4.1.1    Penekanan Terhadap Aspek Sejarah dan Asbab al-Nuzul

Salah satu cara yang digunakan oleh al-Qur’an untuk memberi pengajaran kepada manusia adalah dengan menghuraikan tentang peristiwa-peristiwa masa lalu atau sejarah dalam bentuk kisah. Kisah-kisah tersebut ada yang disebut secara umum melalui beberapa perkataan atau ayat secara singkat dan kemudiannya dihuraikan secara terperinci. Kadangkala al-Qur’an hendak menyampaikan mesejnya kepada manusia menerusi kisah tertentu yang terdapat dalam sesuatu surah. Aspek sejarah ini menjadi penting kerana dengan mengetahuinya boleh mendapat pengajaran daripada kisah tersebut dan secara tidak langsung mengetahui cara terbaik untuk menyampaikan sesuatu pengajaran itu melalui kisah-kisah atau sejarah. Suatu kisah atau sejarah akan menimbulkan kesan yang mendalam bagi para pembaca dan pendengar. Namun begitu, sejarah tersebut mestilah tidak menyimpang dari maksud asal al-Qur’an dan tidak berlebihan sehingga menjauhkan kita daripada pengertian tafsir yang sebenarnya.

Haji Yusof Rawa dalam tafsirnya amat menekan aspek sejarah ini di samping menekan juga sejarah dalam aspek sebab nuzul sesuatu ayat atau surah yang diperbahaskan. Pengetahuan mengenai sebab turunnya sesuatu ayat atau surah sangat mustahak bagi membantu memahami maksud ayat al-Qur’an dan mengelak dari tersalah di dalam memahami maksud ayat yang sebenar. Bahkan kadangkala terdapat beberapa ayat yang tidak difahami maksudnya kecuali setelah mengetahui sebab nuzul ayat tersebut. Pada surah al-Naba’ diceritakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w diutuskan oleh Allah SWT ketika dunia berada di dalam kegelapan dan kesesatan, kerendahan budi pekerti, kebodohan dan pelbagai lagi keadaan-keadaan merosakan yang menyelubungi alam termasuk tanah Arab. Kedatangan Nabi Muhammad s.a.w dengan membawa agama Allah yang terkandung di dalamnya perintah-perintah yang berlawanan dengan suasana pada ketika itu, menyebabkan mereka merasa berat untuk menunaikannya. Lebih-lebih lagi terdapat perkara-perkara yang dianggap menakutkan seperti hari kiamat dan sebagainya yang sukar dipercayai. Kebanyakan orang-orang Quraisy langsung tidak mahu percaya kepada al-Qur’an yang dibawa oleh Nabi s.a.w.

Sesetengah mereka berasa syak dan ragu-ragu dan ada pula yang terus terang mendustakannya. Berita-berita yang diceritakan di dalam al-Qur’an menjadi tajuk perbualan dan bahan ajukan dan olok-olokan mereka. Pada ketika orang Quraisy heboh membincangkan berita tentang hari kiamat yang tidak lain dengan tujuan untuk mencabar kejujuran Nabi s.a.w yang membawa berita benar tersebut, Allah SWT menurunkan surah al-Naba’ ini. Penurunan surah ini adalah untuk membantah sikap orang-orang kafir tersebut, di samping memberikan bukti ke atas kebenaran al-Qur’an yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

4.1.2    Faedah dan Hikmah Beramal dengan Surah Tertentu

Di akhir hampir setiap surah perbahasan Tafsir al-Rawi ini dinyatakan beberapa faedah dan hikmah beramal dengan surah tertentu, melainkan hanya terdapat sebahagian kecil surah sahaja yang tidak dinyatakan faedah atau kelebihan sesuatu surah tersebut seperti surah al-Fajr dan surah al-Insyiqaq. Kitab yang menjadi rujukan utama dalam bahagian ini ialah kitab Khazinah al-Asrar dan kitab al-Dar Nazi’m fi Khawas al-Qur’an al-Azim. Metod ini adalah lebih kurang sama sebagaimana yang dilakukan oleh Zamakhshari dalam kitab tafsirnya al-Kasysyaf. Kebanyakan hadith tentang kelebihan surah-surah tertentu adalah merupakan hadith-hadith mawdu’ yang direka yang tidak diketahui sanadnya.

Haji Yusof Rawa menyatakan secara ringkas kelebihan atau faedah beramal dengan surah-surah tertentu yang mana sebahagiannya dinyatakan dari rujukannya dan sebahagian yang lain tidak dinyatakan. Di sini dibawa contoh surah yang dinyatakan di dalam tafsir al-Rawi tengah faedah atau hikmah bermal dengan surah tersebut. Di antara surah al-Ikhlas, al-Kauthar, dan surah ‘abasa.

Faedah membaca surah al-Ikhlas amatlah besar pahalanya dan terdapat beberapa hadith yang berkenaan dengannya. Ada hadith menyentuh tentang keistimewaan surah al-Ikhlas yang dianggap oleh Rasulullah sebagai satu pertiga daripada al-Qur’an. Hadith Nabi tersebut merupakan hadith sahih yang diriwayat oleh Imam Muslim yang bermaksud:-

“Tidak sanggupkah di kalangan kamu membaca satu pertiga al-Qur’an pada tiap-tiap malam, maka mereka berkata: Bagaimanakah membaca satu pertiga al-Qur’an, sabdanya: Baca olehmu “Qul hu wa Allah hu ahad” serupa dengan satu pertiga daripada al-Qur’an”

4.1.3    Menjelaskan Tentang Pengajaran Yang Terdapat Dalam Ayat

Haji Yusof Rawa menegaskan di dalam tafsirnya bahawa walaupun kebanyakan ayat-ayat ditujukan kepada Rasulullah s.a.w namun ia sebenarnya perlu diambil pengajaran bagi semua umat Islam. Beliau menggalakkan supaya umat Islam memerhati dengan teliti sesuatu tafsir itu supaya dapat difahami dengan baik sehingga dapat meningkatkan keimanan kita kepada Allah dan dapat beramal seperti mana yang disuruh oleh Allah dan meninggalkan segala larangan Allah SWT.

 Sesungguhnya usaha murni yang dilakukan oleh beliau yang cuba menutup kekurangan kitab-kitab tafsir dalam bahasa Melayu dan sekaligus membantu masyarakat Islam di Malaysia untuk memahami al-Qur’an serta tafsiranya adalah suatu usaha yang baik walaupun terdapat beberapa kekurangan di dalamnya tetapi ianya mampu diperbaiki dan oleh ulama’-ulama’ terkemudian untuk memastikan agar perkembangan kitab-kitab tafsir Melayu ini terus hidup dan menjadikan masyarakat Islam di Malaysia bukan sahaja celik al-Qur’an tetapi pada waktu yang sama juga adalah masyarakat yang tahu tentang tafsiran setiap daripada isi kandungan al-Qur’an tersebut. (Kadir & Mazlan, 2002) 

4.2       Metodologi Penafsiran Dan Penulisan Tafsir Pedoman Muttaqin

Kitab Tafsir Pedoman Muttaqin ditulis menggunakan bahasa Melayu tulisan rumi. Pengarang memulai tafsirannya dengan mengemukakan sinopsis setiap surah yang akan ditafsirkan. Pentafsiran terhadap surah biasanya dijelaskan nama surah, masa nuzulnya serta munasabah antara surah dengan surah sebelum maupun surah sesudahnya. Kemudian mengemukakan ikhtisar atau makna yang dikandung oleh setiap surah secara umum, dan pada akhir pentafsiran kelompok ayat yang ditafsirkan pengarang menyertakan saranan dan pengajaran sebagai intisari daripada ayat yang baru ditafsirkan. (Sulaiman, 2012)

Pengarang dalam mentafsirkan ayat-ayat al-Qur’an menggunakan pendekatan Ma’thur dan Ma’qul. Pendekatan Ma’thur bermaksud menjelaskan makna ayat al-Qur’an dan menguraikannya dengan ayat al-Qur’an, sunnah yang sahih, pendapat para sahabat dan tabi’in . Namun pentafsiran al-Qur’an berdasarkan pendapat tabi’in ulama berbeza pendapat. Sesetengah ulama mengatakan tidak termasuk dalam kategori Tafsir Bi al-Ma’thur tetapi ia digolongkan kepada Tafsir Bi al-Ra’y. Sedangkan Tafsir Bi al-Ra’y bermaksud usaha pentafsiran al-Qur’an secara rasional setelah mendalami bahasa Arab yang mesti diketahui oleh setiap mufassir sebelum menjelaskan maksud al-Qur’an . Seperti ilmu nahwu dan saraf, ilmu balaghah, ilmu qira’at, ilmu usul al-din, usul al-fiqh, dan lain sebagainya . Pentafsiran seperti ini juga digunakan oleh Abdul Hayei A.S. dalam Tafsir Pedoman Muttaqin. (Sulaiman, 2012)

Abdul Hayei A.S. dalam Tafsir Pedoman Muttaqin mentafsirkan ayat secara kelompok. Kemudian mentafsirkan ayat-ayat tersebut satu demi satu setelah mengemukakan munasabah dengan kelompok ayat sebelumnya dan mengemukakan sabab al-nuzul jika ada. Seterusnya, pada akhir pentafsiran pengarang mengemukakan saranan dan pengajaran sebagai intisari dari kandungan ayat yang baru ditafsirkan. Dalam menguraikan ayat pula pengarang mengutip pandangan para ulama silam dan kontemporer seperti Muhammad bin Jarir al-Tabari (w. 310 H), Sayyid Qutub (w. 1966 M), Wahbah al-Zuhayli, Sheikh Mutawalli al-Sha’rawi (w. 1998 M) dan lain-lain. Untuk memudahkan para pembaca, pengarang meletakkan beberapa judul khusus berdasarkan kandungan ayat yang akan ditafsirkan. Kemudian mengemukakan fahrasat (daftar isi) Hadith, athar dan sya’ir yang dimasukkan dalam pentafsiran pada akhir kitab setiap juz. Inilah di antaranya keistimewaan Tafsir Pedoman Muttaqin dibandingkan dengan kitab tafsir lain. (Sulaiman, 2012). Metod penafsiran beserta contoh akan dijelaskan secara terperinci satu persatu dibahagian seterusnya. (Sulaiman, 2012)

                        4.2.1    Mengemukakan Perkaitan atau Munasabah

            Munasabah ialah ilmu yang membicarakan tentang hubungan antara ayat dengan ayat atau antara surah dengan surah dalam al-Qur’an . Pengarang Tafsir Pedoman Muttaqin sebelum mentafsirkan ayat terlebih dahulu mengemukakan munasabah atau hubung kait antara surah dengan surah atau ayat dengan ayat yang akan ditafsirkan dengan ayat sebelumnya. Contoh munasabah antara surah dengan surah salah satunya dapat dilihat pada pentafsiran beliau ketika mentafsirkan Surah al-Baqarah. Menurut Abdul Hayei. A.S., hubung kait antara Surah al-Baqarah dengan Surah al-Fatihah ialah berkenaan dengan permasalahan hidayah yang telah dibincangkan pada ayat 6 daripada Surah al-Fatihah kemudian dinyatakan lagi pada ayat kedua dalam Surah al-Baqarah. Berkenaan dengan hal tersebut pengarang menyatakan :

“Dalam Surah al-Fatihah ada tersebut doa untuk mendapatkan hidayah. Doa itu dibaca sekurang-kurangnya 17 kali dalam solat lima waktu pada setiap hari iaitu :

Maksudnya : “Tunjukilah kami jalan yang lurus.”

Doa itu mendapat perkenan Allah swt lalu ditunjukkan kepada pemohonnya jalan untuk mendapatkan hidayah; hidayah perlu didapatkan menerusi al-Qur’an pada ayat ke-2 surah ini, firman Allah :

Maksudnya : “Kitab al-Qur’an itu tiada sebarang keraguan padanya. Ia memberi hidayah kepada para muttaqin” .

Sedangkan munasabah antara kelompok ayat yang akan ditafsirkan dengan kelompok ayat yang telah ditafsirkan sebelumnya dapat dilihat pada pernyataan beliau ketika mentafsirkan Surah al-Baqarah dari ayat 26 sampai ayat 29 berikut :

“Ayat ke-23 yang terdahulu menyatakan al-Qur’an adalah sebuah kitab yang benar datangnya daripada Allah. Sesiapa yang menyimpan keraguan terhadapnya, maka bawakanlah satu surah yang sebanding dengan al-Qur’an. Ayat ke-26 ini dan ayat-ayat berikutnya menyatakan bahawa Allah swt tidak segan untuk membuat perbandingan dengan nyamuk dan haiwan yang lebih kecil daripadanya. maksudnya perbandingan ini tidak menjejaskan kedudukan al-Qur’an sebagai wahyu yang benar” .

Munasabah dalam al-Qur’an terdiri daripada beberapa macam iaitu munasabah antara kata dengan kata dalam satu surah, munasabah antara ayat dengan ayat selepasnya dan munasabah antara surah dengan surah . Pada Surah al-Baqarah dalam Tafsir Pedoman Muttaqin Abdul Hayei A.S. mengemukakan munasabah hanya melalui dua bentuk yaitu munasabah antara surah dengan surah dan munasabah antara kelompok ayat yang akan ditafsirkan dengan kelompok ayat yang telah ditafsirkan sebelumnya. Sedangkan munasabah antara satu ayat dengan ayat sebelum atau sesudahnya dan munasabah antara kata dengan kata dalam satu surah tidak ditemukan pada Surah al-Baqarah dalam Tafsir Pedoman Muttaqin.

                        4.2.2    Mengemukakan Makna Mufradat

Dalam sebahagian ayat Abdul Hayei A.S. menjelaskan makna kalimat secara khusus yang disebut dengan makna mufradat. Penjelasan makna dilakukan bagi memudahkan pemahaman para pembaca. Sebagai contoh firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Baqarah ayat 22 :

Maksudnya : “Dia-lah Allah yang menciptakan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan dan langit sebagai bangunan dan Dia-lah menurunkan air hujan dari langit dan dengar air itu Dia mengeluarkan buah-buahan menjadi rezeki bagi kamu. Oleh itu, janganlah kamu mengadakan bagi Allah sebarang sekutu, pada hal kamu semua mengetahui”.

Abdul Hayei A.S. menafsirkan kata “Firashan” dalam ayat di atas dengan “hamparan” yang bermakna bumi ini adalah hamparan menjadi tempat istirahat bagi manusia. Pernyataan pengarang sebagai berikut :

(firashan) ertinya hamparan. Biasanya hamparan adalah sesuatu yang merehatkan; ia digunakan sebagai pengalas belakang ketika rehat dan ketika tidur. Bumi ini pada hakikatnya hamparan yang merehatkan kerana dibekalkan padanya air, angin, bulan, bintang yang semuanya itu mendatangkan kerehatan kepada orang yang tinggal di bumi ini”.

                        4.2.3    Mentafsirkan al-Qur’an dengan al-Qur’an

Menafsirkan ayat dengan menggunakan ayat-ayat al-Qur’an merupakan metode yang paling terbaik dalam penafsiran. Penafsiran seperti ini ditemukan dalam Tafsir Pedoman Muttaqin. Sebagai contoh firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Baqarah ayat 2 :

Maksudnya : “ Kitab al-Qur’an itu tiada sebarang keraguan padanya. Ia memberi hidayah kepada para muttaqin.”

Ketika menjelaskan makna hidayah dalam ayat ini beliau menyatakan bahawa hidayah secara umum merujuk kepada dua pengertian, iaitu Takwiniyyah (kejadian) dan Tashri’iyyah (perundangan). Hidayah Takwiniyyah ialah bimbingan Allah s.w.t. sebagai pemilik alam semesta. Untuk menguatkan pernyataan di atas beliau mengemukakan ayat berikut :

Maksudnya : “ Berkata (Musa) : Tuhan kami ialah Tuhan yang telah memberikan bentuk kejadian kepada setiap sesuatu yang sesuai dengannya, kemudian Dia memberi hidayah.”

 Menurut Abdul Hayei A.S. nama-nama yang disebutkan dalam ayat 49-50 surah at-Thaha ini ialah orang yang dimaksudkan dalam Surah al-Fatihah ayat yang ke-7. Beliau menyatakan dalam tafsirnya :

“Nama-nama yang disenaraikan ini ialah orang yang dimaksudkan di dalam Surah al-Fatihah terdahulu, iaitu firman-Nya :

Maksudnya : “ Jalan orang yang Engkau beri nikmat ke atas mereka dan bukan jalan orang dimurkai dan bukan pula jalan orang sesat”

Dua ayat di atas adalah di antara contoh penafsiran Abdul Hayei A.S. menggunakan ayat al-Qur’an. Namun demikian, kebanyakan ayat-ayat ayat-ayat al-Qur’an yang digunakan pada Surah al-Baqarah dalam Tafsir Pedoman Muttaqin bukan secara langsung sebagai penjelas atau penguat terhadap ayat yang sedang ditafsirkan, tetapi sebagai dalil (istidlal) terhadap pernyataan yang dikemukakan oleh pengarang. Pernyataan di atas adalah dua contoh pentafsiran pengarang menggunakan ayat al-Qur’an.

                        4.2.4    Mentafsirkan al-Qur’an dengan hadith

Selain menggunakan ayat-ayat al-Qur’an, Abdul Hayei A.S. juga menggunakan Hadith Nabi s.a.w. dalam Tafsir Pedoman Muttaqin. Sebagai contoh dapat dilihat pada penafsiran beliau berkenaan dengan membaca “Amin” setelah membaca Surah al-Fatihah. Abdul Hayei A.S. menyatakan menurut pendapat yang sahih sunat hukumnya membaca “Amin” bagi orang yang membaca Surah al-Fatihah ketika solat atau pun di luar solat, sama ada salat sendiri maupun solat berjemaah. Sebagai dalil terhadap pendapat ini beliau mengemukakan Hadith berikut :

Ertinya : Daripada Abu Hurairah Rasulullah s.a.w. bersabda : Apabila pembaca (al-Fatihah) mengucap “Amin”, hendaklah kamu turut mengaminkannya kerana malaikat juga mengucapkan “Amin”. Sesiapa yang pengucapan aminnya sekata dengan pengucapan “Amin” malaikat nescaya diampuni dosanya yang terdahulu”.

Berkenaan dengan penulisan Hadith, Abdul Hayei A.S. manuliskan Hadith dalam Tafsir Pedoman Muttaqin dengan pelbagai bentuk. Terdapat Hadith-Hadith dinyatakan dengan mengemukakan takhrij secara ringkas berkenaan dengan nama pengarang, kitab, bab dan nomor Hadith dan terdapat pula Hadith hanya dikemukakan matannya tanpa sanad dan mukharrij. Pada akhir pembahasan kitab beliau mengemukakan fahrasat Hadith bertujuan untuk memudahkan terhadap Hadith-Hadith tersebut. Ini salah satu keistimewaan Tafsir Pedoman Muttaqin dari segi penulisan Hadith.

4.2.5    Menyatakan Pendapat Sahabat

Jika ayat al-Qur’an dan Hadith tidak ditemukan untuk mentafsirkan ayat, maka hendaklah kembali kepada pendapat sahabat. Mereka adalah generasi terbaik dalam hal pentafsiran al-Qur’an setelah Rasulullah s.a.w. wafat . Abdul Hayei A.S. turut mengemukakan pendapat sahabat dalam mentafsirkan al-Qur’an. Di antara contoh pendapat sahabat yang dipaparkan oleh Abdul Hayei A.S. ialah pendapat Ibn ‘Abbas (w. 68 H) dan Ibn Mas’ud (w. 32 H) ketika mentafsirkan Surah al-Baqarah ayat ke-34 berkenaan dengan definisi Iblis berikut ini. Allah s.w.t. berfirman :

Ertinya : “Dan (Kenangilah) ketika kami berfirman kepada para malaikat, “Sujudlah kamu kepada Adam.” Lalu mereka pun sujud melainkan Iblis; dia enggan dan angkuh dan dia termasuk dalam golongan orang yang kafir”

Berkenaan dengan pentafsiran ayat ini Abdul Hayei A.S. menjelaskan :

“Mufassirin berselisih pendapat, apakah Iblis daripada jenis malaikat atau bukan daripada jenis malaikat. Keterangan-keterangan yang dipetik daripada Ibn ‘Abbas dan Ibn Mas’ud menyatakan bahawa Iblis itu adalah dari salah satu suku malaikat yang dipanggil jin yang dijadikan daripada api yang sangat panas, sedangkan malaikat dijadikan daripada nur (cahaya). Nama asal Iblis ini ialah Azazil, dia tergolong dalam pegawai tinggi malaikat, dia bertugas selaku pegawai penyelia syurga merangkap pentadbir urusan langit dunia dan urusan bumi” .

Namun begitu, penafsiran al-Qur’an dengan pendapat sahabat amat sedikit digunakan oleh Abdul Hayei A.S. dalam Tafsir Pedoman Muttaqin dibandingkan dengan pendapat mufassir selain sahabat. Pada Surah al-Baqarah penulis mendapati hanya sebelas tempat pendapat sahabat dikemukakan oleh beliau iaitu pada muka surat 138, 237, 243, 364, 405, 437, 446, 447, 459, 478 dan 480. Nama-nama sahabat yang pendapatnya beliau kemukakan ialah ‘Umar bin al-Khattab (w. 23 H), Ibn Mas’ud (w. 32 H), Usamah bin Zayd (w. 53 H) dan Ibn ‘Abbas (w. 68 H).

                        4.2.6    Menafsirkan al-Qur’an dengan Akal

Menafsirkan al-Qur’an dengan akal disebut juga dengan Tafsir Bi al-Ra’y iaitu menggerakkan akal dan pandangan untuk memahami al-Qur’an berdasarkan pengetahuan bahasa Arab yang dimiliki oleh setiap mufassir sama ada dari segi pengetahuan, syarat-syarat mufassir, akhlak dan sebagainya. Al-Dhahabi dalam kitabnya al-Tafsir wa al-Mufassirun menjelaskan penggunaan Tafsir Bi al-Ra’y diharuskan kerana pada dasarnya akal dan wahyu tidak bertentangan antara satu sama lain . Merujuk kepada Tafsir Pedoman Muttaqin, boleh dikatakan Abdul Hayei A.S. menggunakan akal secara meluas dalam mentafsirkan al-Qur’an. Sebagai contoh firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Baqarah ayat ke-20 :

Ertinya : “Kilat itu pula hampir-hampir menyambar penglihatan mereka. Setiap kali kilat itu menerangi mereka, mereka berjalan dalam cahayanya. Dan apabila gelap menyelubungi mereka berhentilah mereka. Dan sekiranya Allah menghendaki nescaya dihilangkan-Nya pendengaran dan penglihatan mereka. Sesungguhnya Allah maha Berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu.”

Ketika menjelaskan ayat ini Abdul Hayei A.S. mengemukakan pernyataannya yang menggambarkan tentang keadaan orang mukmin dan orang munafik. Pernyataan beliau berikut ini :

“Ayat ini secara tidak langsung menyatakan orang mukmin mengambil manfaat daripada sinaran wahyu yang cerah bagaikan kilat memancar; mereka memegang sinaran itu dan membawanya berjalan ke mana-mana; mereka tidak risau sekalipun gelap malam dan ketika hujan ribut. Lain halnya dengan orang munafik yang gagal berinteraksi dengan wahyu yang bagaikan kilat itu. Mereka hanya mendapat cahaya ketika kilat memancar sekelip mata kemudian gelap kembali, mereka terus sesat kerana tiada cahaya lagi selain cahaya kilat yang hanya datang menyambar” .

Pernyataan ini menunjukkkan Abdul Hayei A.S. mentafsirkan ayat menggunakan akal dan pandangan beliau sendiri. Malah pentafsiran seperti ini dalam Tafsir Pedoman Muttaqin lebih banyak digunakan oleh beliau berbanding dengan pentafsiran al-Qur’an dan Hadith atau pun pendapat sahabat dan tabi’in. Namun begitu, setelah mentafsirkan dan memahami ayat dengan pandangan sendiri beliau mengemukakan ayat lain atau Hadith sebagai penyokong pernyataannya. Tetapi tidak semua pernyataan yang beliau kemukakan disokong dengan ayat atau pun Hadith.

            4.2.7    Mengemukakan Pengajaran dan Saranan

Salah satu metode yang ditonjolkan oleh Abdul Hayei A.S. dalam Tafsir Pedoman Muttaqin ialah mengemukakan pengajaran dan saran dengan judul khusus pada setiap akhir kelompok ayat yang ditafsirkan. Sebagai contoh, Abdul Hayei A.S. mengemukakan dua pengajaran dan saran setelah mentafsirkan Surah al-Jin ayat 1 sampai ayat 7. Pengajaran dan saranan tersebut seperti dalam pentafsiran beliau antaranya:

  • Mengambil maklum kisah jin banyak faedahnya, terutama untuk dijadikan pendorong oleh kafir Quraisy agar beriman kepada Allah, Nabi Muhammad s.a.w. dan wahyu al-Qur’an.
  • Antara maklumat yang diketahui tentang jin ialah mereka juga dibebankan dengan taklif syarak sebagaimana manusia, mereka juga terbahagi kepada mukmin dan kafir, kalangan mereka ada pendakwah yang mengajak kaumnya kepada iman, mereka memahami bahasa manusia dan mendengarnya .”

Metod ini merupakan ciri khas pentafsiran Abdul Hayei A.S. dalam Tafsir Pedoman Muttaqin sekaligus membezakannya dengan karya tafsir bahasa Melayu yang lain. Tidak ditemukan ada tafsir bahasa Melayu yang lain secara khusus mengemukakan metode ini. Dengan adanya pentafsiran seperti ini para pembaca dapat lebih mudah mengetahui intisari kandungan ayat yang telah ditafsirkan.

  1. KEKUATAN DAN KELEMAHAN

Tafsir al-Rawi’ mempunyai kekuatan tersendiri antaranya ialah kerana tafsirannya adalah lebih teratur dan kemas. Pada setiap surah di dalam kitab tafsirannya dinyatakan berkenaan dengan di mana ayat tersebut diturunkan sama ada ayat Makiyyah atau Madaniyyah. Pengarang juga menyatakan huraian secara menyeluruh atau intisari umum terhadap sesetengah surah yang hendak ditafsir. Ini menjadikan secara tidak langsung pembaca akan lebih jelas berkenaan dengan maksud sesuatu ayat atau surah tersebut. Kekuatan yang dapat dilihat di dalam tafsir ini juga ialah apabila pengarang menekankan di dalam tafsirannya berkenaan dengan asbab al-nuzul sesuatu ayat atau surah tersebut dan juga faedah melalui setiap surah yang ditafsirkannya serta pengajaran yang dapat diambil daripada ayat atau surah tersebut. Ini adalah lebih penting bagi memastikan setiap pembaca lebih memahami akan intisari kandungan al-Qur’an dalam bahasa yang lebih mudah difahami tanpa menafikan maksud asal ayat-ayat al-Qur’an tersebut. Penceritaan berkenaan dengan sejarah-sejarah di dalam setiap surah menjadikan pembaca lebih memahami dan menghayati al-Qur’an dan secara tidak langsung akan menanamkan minat pembaca bagi terus meneliti dan mentadabbur al-Qur’an. Namun disebalik kekuatan tafsir ini terdapat juga kelemahan yang tidak dapat untuk disembunyikan antaranya ialah apabila tafsiran adalah melihat kepada faedah dan hikmah beramal dengan surah-sruah tertentu yang mana sumber rujukan kepada faedah beramal tersebut yang dinyatakan melalui hadith-hadith adalah tidak secara menyeluruh dan jelas. Sebaliknya pengarang hanya menyatakan sebahagiannya sahaja dari sumber rujukan yang mana diambil hadith-hadith tersebut dan sebahagian yang lain tidak dinyatakan. Keadaan ini menjadikan pembaca mungkin akan keliru untuk menilai status dan taraf hadith-hadith yang dirujuk memandangkan terdapat juga sesetengah tafsiran pada masa kini yang mempunyai unsur-unsur israilliyat. Oleh yang demikian amatlah penting sekiranya terdapat golongan yang mampu dan alim dalam disiplin ilmu ini untuk mengkaji berkenaan dengan tafsir ini dan menyenaraikan berkenaan dengan sumber rujuk hadith yang lebih tepat dan kompetan bagi memastikan golongan pembaca tidak tersasar dalam memahami nas al-Qur’an. Antara kelemahan yang lain ialah kaedah tafsiran dalam tafsir ini tidak jelaskan sama ada melalui tafsir bi al-ma’thur atau tafsir bi al-ra’yi sebaliknya hanya melebihkan tafsiran kepada unsur-unsur asbab nuzul, faedah-faedah membaca surah-surah di dalam juzu’ ‘amma serta pengajaran yang dapat diambil di dalam surah-surah tersebut.

Tafsir Pedoman Muttaqin adalah antara tafsir kontemporari yang masih dalam proses penafsiran sehingga ke hari ini. Ia adalah satu usaha murni kerajaan ketika zaman pemerintahan mantan Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah bin Hj. Ahmad Badawi bagi memastikan terdapat karya ulung dalam bidang penulisan di Malaysia. Terbitan karya ini yang terkini adalah melalui JAKIM dan dijangkan akan tamat penafsirannya pada tahun 2020 ke 2022 bagi keseluruhan 30 juzu’ al-Qur’an. Kekuatan tafsiran ini dapat dilihat apabila pengarang menggunakan kedua-dua jenis metod penafsiran iaitu tafsir bi al-ra’yi dan tafsir bi al-ma’thur namun terdapat dalam beberapa keadaan adalah lebih kepada tafsir bi al-ra’yi. Kitab ini juga lebih mudah difahami berbanding dengan kitab-kitab tafsir yang lain memandangkan pengarang meletakkan jadual khusus kandungan ayat yang akan ditafsirkan dan kemudian mengemukakan fahrasat (daftar isi) Hadith, athar dan syair yang dimasukkan dalam pentafsiran pada akhir kitab setiap juz. Ini adalah lebih memudahkan carian pembaca untuk mengetahui berkenaan dengan kata kunci di dalam intisari sesuatu ayat di dalam surah-surah al-Qur’an. Antara kekuatan metod pentafsiran yang telah diaplikasikan oleh Abdul Hayei A.S. dalam tafsir ini ialah berasaskan kepada al-Qur’an dan al-Hadith di samping menggunakan pentafsiran dengan akal. Malah ketika menghuraikan isu-isu masa kini dan menjelaskan pemahaman ayat pentafsiran dengan akal lebih banyak digunakan oleh beliau. Pentafsiran Abdul Hayei A.S. juga tidak terikat kepada pandangan mazhab tertentu. Beliau turut mengutip kira pendapat dan pandangan ulama lain berkenaan dengan beberapa permasalahan kemudian memilih salah satu di antara pendapat tersebut yang sesuai dengan pandangan beliau. Antara kelemahan yang mungkin perlu diperbaiki ialah berkenaan dengan metod penafsiran tafsir ini yang dilihat lebih condong ke arah tafsir bi al-ra’yi meskipun pengarang banyak menggunakan ayat dan Hadith tetapi tidak secara langsung mentafsirkan ayat-ayat tersebut. Berkenaan dengan penulisan hadith, hadith-hadith dalam Tafsir Pedoman Muttaqin dituliskan dengan pelbagai bentuk. Sebahagian hadith dinyatakan dengan mengemukakan sanad dan takhrijnya secara ringkas berkenaan dengan nama pengarang, kitab, bab dan nombor hadith. Namun begitu, terdapat juga hadith yang tidak dinyatakan matannya saja tanpa sanad dan mukharrijnya. Selain itu, hadith-hadith yang dinyatakan oleh Abdul Hayei A.S. tidak semua berstatus sahih masih ada hadith yang dha’if bahkan mawdu’. (Sulaiman, 2012). Pun begitu, tafsir ini adalah antara tafsir kontemporari yang mampu untuk menjadi karya termasyhur yang menjadikan sumber rujukan pada masa akan datang kerana penjelasannya bersifat ilmiah, mudah diahami oleh masyarakat awam serta menyentuh pembahasan yang relevan dengan keadaan dan situasi umat Islam masa kini.

  1. KESIMPULAN

                  Terdapat beberapa kitab tafsir yang telah diterjemahkan dalam bahasa melayu oleh para ulama’ dari Malaysia sendiri. Mereka telah menjalankan suatu tugas yang mulia dan amat berguna kepada bangsa melayu dan agama Islam. Walaubagaimanapun, usaha menterjemah kitab-kitab tafsir ke dalam bahasa melayu masih lagi berkurangan dan agak sedikit jika dibandingkan dengan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh ulama’-ulama’ di Indonesia yang mana mereka lebih aktif dalam menyiapkan dan menterjemah kitab-kitab tafsir dalam bahasa melayu Indonesia. Masyarakat Islam di Malaysia masih lagi memerlukan ulama’ tempatan bagi melakukan usaha mentafsir dan menterjemah kitab-kitab tafsir dan kitab-kitab agama supaya dapat menambahkan lagi bahan bacaan agama kepada umat Islam di rantau ini dan dapat memahami dengan mudah apabila ditulis oleh bangsanya sendiri. Untuk yang terkini, satu kredit dan penghargaan yang perlu diberikan kepada pengarang Tafsir Pedoman Mutaqqin karangan Dr. Abdul Hayei A.S. yang kini masih dalam proses untuk menyiapkan karya agung tafsir 30 juzu’ al-Qur’an di dalam bahasa melayu.

 BIBLIOGRAFI

Al-Dhahabi, M. (1976). Al-Tafsir wa al-Mufassirun. Kaherah: Dar al-Kutub al-Hadithah.

Ab. Kadir, M., & Mazlan, I. (2002). Kitab Tafsir al-Rawi Juzu’ ‘Amma: Satu Analisi. Jurnal Usuluddin,16, 91-104.

Abdullah, M. (2009). Khazanah Tafsir di Malaysia. Kuala Lumpur: Jabatan Al-Quran dan Hadith, Akademi Pengajian Islam Univerisiti Malaya.

Bin Abdullah, M., & Abdul Manan, S. (2009). Khazanah Tafsir di Nusantara: Penelitian Terhadap Tokoh dan Karyanya di Malaysia, Brunei Darussalam, Singapura dan Thailand. Kontekstualita,25(1), 33-35.

Http://e-muamalat.gov.my/en/jakim-akan-terbit-tafsir-pedoman-muttaqin. (n.d.). Retrieved March 8, 2017, from http://e-muamalat.gov.my/en/jakim-akan-terbit-tafsir-pedoman-muttaqin

Http://m.e-muamalat.gov.my/en/bengkel-pengesahan-dan-semakan-tafsir-pedoman-muttaqin-juzuk-5-dan-6. (n.d.). Retrieved March 8, 2017, from http://m.e-muamalat.gov.my/en/bengkel-pengesahan-dan-semakan-tafsir-pedoman-muttaqin-juzuk-5-dan-6

Sulaiman, I. (2015, August 19). Seminar Internasional Budaya Nusantara Melayu Raya, 16-18 Mac 2012, Padang, Indonesia. In Sejarah dan kontrubusi ulama melayu dalam bidang tafsir : Kajian terhadap Tafsir Pedoman Muttaqin karya Abdul Hayei Abdul Sukor. Retrieved March 8, 2017, from http://eprints.um.edu.my/13969/

Yahaya, M. H. (2001). Islam di Alam Melayu (2nd ed.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Yusoff, I. (1995). Perkembangan Penulisan dan Terjemahan Kitab-Kitab Tafsir di Malaysia. Islamiyyat,16.