Posted in BACKPACK, TRAVEL

Trip Taman Negara, Pahang 1.0

Trip Taman Negara 1.0? Adakah looking for second trip? HAHA

Sebenarnya sebelum ke Taman Negara, aku dengan partner dah google a few things tentang Taman Negara. Googles and real experiences was totally difference. HAHA. Seriuolsy jangan terlalu percayakan Google.

Aku share trip aku dari Kuantan-Temerloh-Jerantut-Kuala Tahan (Taman Negara)jelah since partner aku all the way from KL. So, of course bajet kami berbeza.

HARI PERTAMA (Sabtu)

Tiket bas Kuantan-Temerloh jam 8.30 pagi. Harga lebih kurang RM12.20 untuk Transnasional. Sampai Stesen Bas Temerloh around 10.30 pagi. Aku tunggu kawan aku dekat area terminal and around jam 11.00 kami bergerak ke Taman Negara dari Temerloh melalui Jerantut. Perjalanan dari Temerloh ke Jerantut around 2 hours dan dari Jerantut to Simpang Kuala Tahan (aku main letak nama)HAHA, around 20 mins. Dari simpang tu ke Kuala Tahan around 1 hour. More or less dari Temerloh ke Kuala Tahan dalam 3 jam actually. Aku sampai ke Kuala Tahan dalam jam 2.00 petang. Settlekan check in dekat Terasek View Motel, harga booking di Agoda RM80.00-RM88.00 per night. Motel ni sangat dekat dengan tebing Jeti Kuala Tahan.

Settled checked in and solat around 2.30 petang cari pakej apa yang sesuai untuk fix kan dengan time kami yang sampai dah petang tu. So, bawah Motel tu (actually beside) HAHA, ada satu information centre, nama Alias, pakej dia aku rasa okay. Harga dorang ni sebenarnya tak jauh beza untuk local, beza dalam RM5-RM10. Kalau foreigner harga a bit dif.

So Alias suggest untuk aktiviti petang tu around 3.00 pm untuk buat Visiting Orang Asli and Rapid Shooting. Harga untuk combo pack dia bagi RM60.00. Boleh pilih nak Orang Asli / Rapid Shooting. Tapi sebab harga Orang Asli RM45 and kalau nak combo sekali dengan Rapid Shooting hanya plus RM15 so kami decide untuk ambil combo pack. So partner aku nak Lata Berkoh. Alias cadangkan Lata Berkoh buat keesokan harinya since Lata Berkoh took around 3 hours punya aktiviti. Sebab naik bot je dalam 45 mins. Trip Lata Berkoh around RM180-RM200 per boat and max perboat hanya 4 orang sahaja. Since Alias dah fully booked untuk Lata Berkoh, so kami kena cari di travel agent lain untuk aktiviti tu. Alias ada cadangan a few activities lain yang kami boleh packkan dalam trip kami antaranya:-

1) untuk malam tu kami buat River Night Safari / Walking Night Safari. River Night Safari RM60.00. Yang Walking punya around RM45.00. Night Safari ada banyak jenis weh. 4WD Night Safari ada juga. Harga tak ingat.
2) Esok pagi buat jungle tracking & canopy walkaway sendiri sajo. Yang ada guider pun ada.

So, aku pendekkan cerita around 3.00 pm naik boat dari jeti ke perkampungan Orang Asli suku Batik, and then terus rapid shooting. Serious Rapid Shooting best gila babs!!!Tapi sayang terlupa bawa keluar sjcam. HAHA. Untuk aktiviti ni aku sarankan pakai selipar, seluar track and waterproof bag. Sebab aktiviti ni dia sengaja basahkan kita. Peerghhh. Rasa boat macam nak terbalik serius! Oh, btw time visiting Orang Asli, aku almost pitam (cuma tak pengsan lagi lah). Check heart rate dalam 136 time tu. hmm -,-

Setel activities around 6.00 pm kami makan dekat kedai makan depan motel. Nasi Goreng Ayam RM7.00, Sirap Ais RM2.00 (apak mahal la jugek) HAHA.

Malam dah tak nak join safari sebab nak simpan tenaga untuk Lata Berkoh esok (plus lari bajet kalau kami pergi safari) HAHA. Malam tu hujan actually.

So kami decide pergi Mini Market beli makanan manis untuk hari esok punya activities. Less than RM10 belanje dekat sini. Aku beli kuih RM2.20 and maggi RM1.20.

Malam tu Alias call bagitahu memang dia tak dapat tolong untuk trip to Lata Berkoh. so kami (aku, farah, Pedro, Laura) decide esok kena cari yang lain. Sebab macam mana pun nak juga pergi. HAHA

So bajet hari pertama / head;

1) Combo Orang Asli & Rapid Shooting – RM60
2) Terasek View Motel – RM40
3) Jajan – RM3.40
4) Nasi Goreng Ayam & Sirap – RM9
5) Tiket Bas Ktn-Temerloh – RM12.20

= RM124.60

HARI KEDUA (Ahad)

Tak buat canopy walk since semalam tu aku pitam. Laura and Pedro buat so kami kena buat trip Lata Berkoh petang since pagi dorang ada activity. Then around 10.00 am cari trip to Lata Berkoh dekat travel agent lain. Jumpa travel agent perempuan (aku lupa nama dia actually), kami dapat dengan harga RM180/boat. Tapi trip jam 3.00 pm. So Farah inform Pedro kami dah jumpa dengan harga yang ‘maybe’ murah, so confirmkan and Pedro agree. Mana tak nya RM45/ head je. HAHA

Lepas dah booked aku dengan Farah pergi breakfast dekat Mawar Floating Restaurant (not recommended actually-servis lambat-makanan just nice), Nasi Lemak Telur RM3, teh tarik RM2. So, harga makanan untuk local and foreigner berbeza ye gais!

Lepas breakfast dalam jam 1.00 pm kami naik ke surau untuk solat (since dah checked out on 10.00 am tadi) and ready untuk aktiviti Lata Berkoh jam 2.45 pm dekat jeti Kuala Tahan tu. Aku topup air RM1 sebotol besar Twister tu. -.-

Around 2.15 pm lepas solat semua turun ke jeti untuk tunggu boat ke Lata Berkoh. Seriously trip Lata Berkoh sangat best! Ada tiga checkpoint untuk trip ni which is:-
1) Kelah Sanctuary
2) Tualang Tree (Pokok besar gila)
3) Lata Berkoh
*Trip to Lata Berkoh ni yang selalu dalam iklan tivi HAHA*

Actually tak reti nak explain how it feels tapi the best activities ever aku rasa is Trip to Lata Berkoh walaupun agak mahal sebab kira per boat tapi worth to try!

Setiap check point guider akan berhenti. Kelah sanctuary beli makanan ikan RM2. Tualang tree kena jalan sikit dalam 5 minit dalam hutan dari tebing yang boat berhenti. Lata Berkoh jalan landai and hike sikit sikit dalam 15 mins per route.

So settle Lata Berkoh and back to Jeti around jam 6.00 pm sampai. Makan malam sebab lapar gila oi dekat Mawar restaurant tu. Nasi Goreng Ayam and Teh O suam RM9. HAHAHA (Nasi sikit-tak sedap-mahal) HAHAHA.
*Makanan dekat sini agak mahal tapi jimat compare to include meals dalam hotel*

Lepas makan terus masuk kereta drive balik Kuantan. (sebab nak keluar area Jerantut before gelap)

Sampai Kuantan jam 11.30 pm sebab ada berhenti dekat R&R Temerloh mandi and solat around 1 hours.

So bajet hari kedua / head;

1) Trip to Lata Berkoh – RM45
2) Topup Air – RM1
3) Nasi Lemak Telur – RM3
4) Teh Tarik – RM2
5) Apple Juice perhead – RM 2.50
6) Nasi Goreng Ayam – RM7
7) Teh O Suam – RM2
8) Minyak balik Kuantan – RM20

= RM82.50

Total Perhead 2D1N Taman Negara Pahang = RM207.10 all included
(Accom – Meals – 3activities)

CAMERA
To Visit Orang Asli & Rapid Shooting
CAMERA
Trip to Lata Berkoh
CAMERA
Lata Berkoh
CAMERA
View bottom of Lata Berkoh

Macam mana kenal Pedro and Laura?

—Time dekat Alias tu dorang cari trip to Lata Berkoh juga—

Kami sangat enjoy trip there. Looking forward to another trip!!! HAHA. Tapi kasi lepas exam sem 3 on Aug 17 laaa. HAHA

Advertisements