Trip to Penang Day 1

Penang?
I enjoyed myself during in Penang. Cuma ada beberapa perkara perlu dinilai semula. eh. HAHA

Untuk bajet trip kali ni, banyak pada transport je instead of makan kot. HAHA.

Since kami (Aku dengan partner trip aku; Ain), decided untuk naik public, so bajet lebih murah (kot) banding dengan drive sendiri.

Jumaat malam (21/7/2017) aku gerak dari Kuantan ke TBS, by bus. Dari Kuantan jam 8.00 malam sampai dalam 11.00 malam macam tu la. So sampai TBS, solat isyak and makan dekat Nasi Kandar (lapo plak), then tunggu bas ke Butterworth jam 1.30 pagi.

HARI PERTAMA
Bas Billion Stars dari TBS ke Butterworth gerak around 1.45 pagi, sampai Penang Sentral, Butterworth dalam pukul 6.30 pagi. Bapak ah jauh gila pulak aku rasa Penang ni. HAHA. Dah puas aku tidur-bangun-tidur-bangun baru sampai.

Sampai Penang Sentral kitaorang pergi cari surau and solat subuh. dalam 7.15 pagi gerak ke Jeti. Dekat Penang Sentral ni sangat all akses. Kat sini ada rapid, ada feri ke georgetown ada KTM (ets). So menapak dalam 15-20 minit dari surau ke terminal jeti. Turun naik tangga (haram penat siak pagi dah jalan) HAHA. Akhirnya naiklah feri ke Georgetown dalam pukul 7.40 pagi gitu. Kekdah nak tengok sunrise dari atas feri tapi sedih sunrise ntah ke mana. HAHA.

Sampai Terminal Tun Raja Uda (ni nama singkatan je aku bagi, malas nak google nama penuh dia apa, tak silap aku betul la nama dia), kitaorang nak ke Jalan Transfer sebab nak makan roti bakar yang kekdahnya glamer tu. So naik bas rapid yang ada tulis CAT. CAT ni bas free intercity. Ada beberapa jalan memang dia lalu and pusing pusing beroperasi sampai pukul 11.00 malam. So untuk ke Jalan Transfer memang one of route yang dilalui.Ā Sampai Jalan Transfer pergh makan roti bakar dia gilabakhangsiak memang sedap! HAHA. memang food street tepi jalan gitu je.

Lepas breakfast kami decide nak ke Bukit Bendera, tapi jeng sebab taktahu nak naik bas mana haha. So silapnya kami bermula disini apabila tak ambil routemap masa mula-mula turun dekat terminal tun raja uda tadi. So macam blur gila nak jalan ke mana tunggu bas segala ni oi. Baca thru google before ni cakap nak ke Bukit Bendera naik bas 204 ke berapa ntah. So, kami tunggu je bas dekat bas yang turunkan kami tadi and bila lalu je bas kami tahan HAHA. Oh silap, akak driver tu cakap nak ke Bukit Bendera by bas kalau dari Jalan Transfer tu, kami kena berjalan sikit ke station Chowrasta and tunggu bas Bukit Bendera yang 204 *tak silap aku ni nombornya*. Kalau tak ingat nombor, tengok dekat LED atas bas tu ada tulis lokasi dorang. So disebabkan oleh macam tak konfiden ke mana hala Chowrasta tu, kami decide balik terminal semula and ambil bas ke Bukit Bendera. HAHA. Ini macam kerja sia sia la juga. Padahal rasanya aku boleh google map ke by walk untuk tahu jalan nak ke Chowrasta tu. Okay abaikan. HAHA

Sampai terminal tunggu bas ke Bukit Bendera, dalam jam 10.00 pagi macam tu, kami naik bas ke bukit bendera. Bas rapid penang, yang ni tak free ya, yang ni berbayar. Sampai Bukit Bendera, beli tiket dapat harga RM5 untuk normal lane. HAHAHA. KAMI KAN STUDENT! So, dapat student price! yahuuu! Bawa kad matrik masing-masing ye and present with ic.

Naik atas tu lepak-lepak, kami jalan kaki nak ke skyview ke apa ntah tapi rupanya nak skyview kena bayar RM50. So kami cari view sendiri dengan berjalan kaki. Ada bungee yang tunggu kalau nak bawa naik ke atas tu, (Start dari love lock tu), tapi RM30. So kami decide jalan je. Hehe. Best sebab walaupun panas tapi berangin and sejuk! Worth to try!Cuma view macam agak hazy. huhu. Dah tengahari sikit macam baru ok sikit.

Around pukul 1 kami turun ke bawah and tunggu bas untuk balik ke bandar georgetown. Nak makan tengahari lapar! HAHA. Actually ke Penang memang nak makan je kerjanya. So sampai dekat Jalan Transfer kami turun (sebab situ je kami tahu haha), jalan agak menapak juga sikit, kami jumpa kedai nama Nasi Masakan Padang! Okay kedai ni yang glamer juga serius lauk lunch dia bapak sedapgila ya Allah!. Aku makan ayam goreng masak cili gila serius sedap! Member aku makan dengan ikan masin pun macam sedap gak! HAHA. Lepas dah makan and check google baru tahu tu kedai yang antara wajib pergi. HAHA. nasib baik pergi. Memang lunch hour ramai. Aku pelik orang Penang memang jenis makan dekat kedai ke walaupun hari cuti. huhu.

So lepas makan barulah nak menggelabah nak cari hotel HAHA. Masuk 2 3 hotel juga tapi sebab macam tak kena dengan harga. haha. So jalan lagi area jalan transfer tu jumpa hotel yang kami stay, Hotel Regal Malaysia. Hotel nice, dua katil. And include breakfast. (Harga semua aku cerita lepas habis entry)

Dah breakfast berhenti penat segala upload gambar and video, then solat zohor jamak, petang tu kami ke Batu Feringghi, sebab nak tengok sunset and nak makan segala mak nenek! HAHA. Kami ke Terminal and naik bas 101 tak silapnya, sampai Batu Feringghi makan ha amekkkau semua nak order tapi sebab sampai dah dalam jam 6.30 petang plus-plus so banyak yang dah habis. So kami order rojak buah, laksa penang, and kelapa pandan. Pasemboqqqq dah habis oi! Cha kuetiaw pun!

Sambil makan sambil layan sunset. Pheww. Sebenarnya indah ciptaan Allah ni.

Jam didinding terus berdetak akkk. Eh salah, jam menunjukkan pukul 7.15 malam tapi tak gelap lagi, so kami bayar makanan and amik mana-mana bas je cakap nak ke tanjung tokong. Sebab nak pergi cari secret garden avatar penang! haha.

So dalam bas ni lah baru idea google maps by walk aku timbul. Makanya, aku google maps dekat simpang mana patut kami turun untuk paling dekat dengan simpang nak masuk ke area secret garden tu.

So landmark nya gais, kalau nak pi sini, hang cari satu kawasan rumah flat warna oren, rumah tu belah pantai, bukan belah hutan, hang turun situ, jalan kaki masuk dalam around 400-500 meter then hang nampak signboard temple. There you go! Dalam tu secret garden nya!

Kami sampai secret garden tu around jam 8.15 malam, ppppperghhhhhh memang gila doh! tempat dia aku boleh cakap ‘macam mana orang yang buat ni ada idea nak buat?’ ‘kenapa dekat temple?’ is it represent sesuatu? tapi apapun sebab nya, memang boleh kata lawa!

Kami tak lama sangat atas tu dalam 30 minit, sebab nak kejar bas kan. So, lepas layan view tu, kami gerak menapak lagi sampai jumpa stesen bas. Jumpanya agak jauh, depan Tesco. HAHAHA. Oh tadi lupa nak cerita masa dah turun dari secret garden tu lalu depan kawasan rumah-rumah Chinese and Malay, ada pulak depa ni bergaduh siap pegang parang dan aku tak nampak parang tu, aku lalu slumber je tengah-tengah. Rupanya kawan aku kata ada dalam pergaduhan tu yang pegang parang. HAHAHA. okay tak kelakar. Apa gaduh-gaduh ni, kita satu negara maaa šŸ˜‰

So balik semula kepada cerita tunggu bas depan tesco tu, lalu bas yang tulis Jeti, kami tahan, bas 102 tak silapnya. So cakap nak turun dekat Little India sebab nak pekena makanan dekat Restoran Kapitan Kling. Dia cakap boleh, sekali haram sampai terminal. HAHA. Dah mana aku tahu dekat dia ada turunkan orang tu adalah area little india. Harrey betul! Makanya kami tanya dekat driver tu semula kami nak ke Little India Restoran Kapitan, dia cakap naik CAT, turun dekat RHB, jalan sikit nanti nampak. Choi naik semula bas! HAHAHA.

Sampai RHB, kami turun dari CAT, and dengan google maps, kami menapak lagi. Tak jauh dalam 7 minit, jumpalah restoran tu so kami makan Cheese Nan dan ayam Tandoriiiii! HAHAHA. tengah tengah malam around pukul 10 tu makan cheese nan kau rasa?? HAHA. sedap ALhamdulillah.

Setel makan, dengan google maps lagi kami menapak balik ke hotel. Around 15 minit juga berjalan. HAHA. Kat sinilah tengok orang clubbing, sapkoklu, mabuk-mabuk bla bla bla. Tidak dilupa juga pada jalan dan lorong-lorong sunyi. HAHA. kalau siapa view instagram aku, ada gambar yang Jalan Sri Bahari tu, itu sebenarnya lorong sunyi yang aku beranikan diri untuk ambil gambar sambil baca alfatihah. HAHAHA. Bak kata Ain, takpe, aku ada ko, ko ada aku. choi!

Sampai hotel dah nak dekat pukul 12, so rehat!

Perbelanjaan Day 1 per head

Tiket Bas KTN-KL (Trans) = RM22.10
Makan TBS = RM6.00
Tiket Bas KL-Butterworth = RM48.00
Feri Butterworth-Georgetown sehala sahaja bayaq = RM1.20
Roti Bakaq Jalan Transfer + Nasi Lemak Udang + Neskepe O = RM6.50
Tiket Rapid Jeti ke Bukit Bendera = RM2.80
Mineral Water = RM1.50
Tiket Bukit Bendera = RM5.00
Tiket Rapid Bukit Bendera ke Jeti = RM2.80
Lunch Restoran Masakan Padang Jalan Transfer = RM6.00
Hotel per night = RM51.00
Tiket Rapid Jeti ke Batu Feringghi = RM2.40
Rojak Buah+Kelapa Pandan+Laksa Penang Batu Feringgi = RM11.00
Tiket Rapid Batu Feringghi ke Tg Tokong = RM2.00
Tiket Rapid Tesco Tg Tokong *kot* ke Little India tetibe sampai Jeti = RM2.00
Cheese Nan + Chicken Tandoori + Teh 0 = RM13.00 *tak silap aku ni harga dia*
Jumlah = RM173.30

Day 2 aku sambung kemudian lah pulak. Kering idea pulak nak menulis. Lagipun aku dekat office nih. hehe.Ā 
Tak banyak gambar aku share, lambat doh nak upload. Untuk gambar dekat Secret Garden Avatar tu, view dekat IG je lah. Gambar captured by SJCAM.Ā 

CAMERA

Ataih Feri dari Penang Sentral ke Goergotown

CAMERA

Love Lock Penang Hill

CAMERA

View Penang from Path B (ni kena menapak sikit)

CAMERA

Gigih menapak nak jimat punya pasal dari naik bungee.

CAMERA

Hotel Regal. Very recommended by tripadvisorĀ 

 

Bakal Bersambung tapi taktau bila. šŸ˜€

Advertisements