Posted in BACKPACK, TRAVEL

Backpack to Ho Chi Minh City

Percaya atau tidak? Backpack aku ke sekitar SGN-MuiNe-SGN hanyalah kurang dari RM 200.00.

Entry kali ni berkisar tentang backpack aku dengan sorang buddy aku ke HCMC start dari 15 Aug 2016 – 19 Aug 2016. Kurang lebih dalam lima (5) hari.

Aku tak dapat nak buat entry untuk previous trip ke Padang dan Bukit Tinggi, Sumatera Indonesia sebab masa ke sana, penginapan dan makanan semua family kawan aku sediakan. Makanya, roughly budget aku tak dapat nak calculate. Same goes to Langkawi, Malaysia last 2 years. Juga penginapan dan makanan kami dapat secara percuma sebab ayah kawan aku uruskan dan setelkan. Tapi untuk trip kali ini aku bersyukur sebab dapat rasa sendiri perbelanjaan secara total dengan duit sendiri.

Aku start terus dengan time sampai dekat airport sana, sebab kalau nak cerita dari KL macam dah ramai blogger bagitau sama ada naik ERL atau BAS dari KL Sentral ke KLIA 2 yedak?

15 Aug 2016

Sampai Tan Son Nhat Airport around jam 9.30 pm waktu tempatan which is bas 152 yang ramai blogger duk cerita dalam blog dorang direct ke Ben Thant Market dah tak ada pada waktu malam. Last bas tu adalah jam 6.00 pm waktu tempatan. So if sampai airport malam, cari bas kaler kuning nombor aku tak ingat, tapi tambang dia adalah 20,000.00 VND yang mana beza 15,000.00VND dengan bas 152 tadi. Tapi bas kuning ni ada wifi. Jenis bas macam RapidKL gitu. Kalau bas 152 tu bas lama macam tu yang boleh tutup bukak tingkap dia.LOL.

Dari airport naik bas tu then turun ke Bus Station Saigon. Macam mana nak tahu tu Bus Station Saigon? Dekat area situ akan nampak roundabout dan ada Ben Thant Market. Nampak juga view dari situ Menara TM macam dekat area Lembah Pantai tu. Menara yang depan UM tu. Tapi dekat Saigon tu menara Bank. Design lebih kurang sama dengan Menara TM. So dari situ aku dengan buddy aku ke hotel yang mana kawan kepada buddy aku yang dah sampai Saigon 2 hari sebelum kami. Ke situ untuk amik tiket ke Mui Ne besok pagi yang kami kirim untuk dia belikan. Tapi sampai situ dah dalam jam 11.00 pm so dia cakap tidur je dekat hotel dia sebab besok pagi dalam jam 5.00am kami dah nak gerak. So saving duit hotel untuk malam tu. TIDO!

16 Aug 2016

Jam 5.00am lepas buddy aku solat subuh, kami terus gerak ke tempat nak naik bas ke Mui Ne, nama tempat tiket dan tempat naik bas tu Phuong Nam Express dekat jalan Pham Ngu Lao, Quan 1. Actually dekat district ni BELAMBAK GILA travel tours punya company. sepanjang jalan tu! So boleh pilihlah yang mana satu berkenan di hati kena dengan bajet. Tiket kami member buddy aku tu beli pergi balik SGN-MuiNe-SGN. Tiket pergi 140,000.00VDN seorang, balik 170,000.00VND seorang. Sebenarnya boleh dapat lebih murah dari tu. Percayalahhhhh. Tapi sebab kami dah sampai saigon lewat malam so kirim dekat orang belikan so faham faham jelah. hehe. Bas dia memang sleeping bus untuk ke Mui Ne. Jauh bai dalam 5 ke 6 jam. Bas gerak dari saigon around 8.00am waktu tempatan.

Sampai Mui Ne around 1.30pm. Bas tu turunkan kami depan kedai jual kopi. Berhadapan kedai jual kopi tu ada tempat sewa motor untuk pusing Mui Ne. Kim Nhanh Travel. Kim bagi kitaorang 100,000.00VND untuk sewa motor. Dia bagi kitaorang mandi solat dekat tempat dia tu kejap sebab dekat Mui Ne tak ada muslim dan TAK ADA MASJID. Alhamdulillah si Kim ni faham keadaan muslim macam kami. lepas kawan aku solat then kami makan megi yang bawak dari Mesia, amik hot water Kim, around 2.30pm start tour Mui Ne. Isi minyak dulu 20,000.00/liter. Sebenarnya ada jip tour juga, tapi kami tak amik sebab plan nak travel sendiri dalam Mui Ne tu. Cuma nak bawak kenderaan dekat sana jalan dorang terbalik dengan kita. Jalan belah kiri adalah menghala ke sini, jalan belah kanan menghala ke sana. Banyak kali juga aku tersilap. HAHA. Sepanjang jalan dekat Sand Dunes dia, memang tak ada Malaysians. Malaysians tak ramai pergi sini rupanya. Tapi Tempat dia sumpah lawa ya Allah! Ada;

White Sand, Red Sand, Yellow Sand, Fairy Stream, & Fishing Village.

Seriuosly dekat padang pasir dia walaupun panas tapi tenang rileks gila weh. Tak reti nak explain perasaan tu, kena pergi baru tahu.

Jalan-jalan dengan motor sampai lebih kurang jam 7.00pm, balik ke tempat Kim tadi. Borak dengan Kim dia tanya kenapa pakai tudung? kalau pergi negara lain tak pakai tudung boleh ke? bla bla bla. Tanya Kim dia provide tak tiket balik Saigon, dia cakap ada, tanya berapa, dia cakap 110,000.00VND. HAHAHA! KURANGHAJAR TAHU! 60,000.00VND lebih murah dari tiket kami! Okay then Solat mandi semua dalam jam 9.00pm gerak ke tempat nak naik bas dekat Mui Ne nak balik Saigon. Tunggu bas punya lama sebab kami amik last bas from Mui Ne to Saigon sebab nak jimat duit hotel untuk malam tu, kiranya kami tido dalam bas je sebab sampai Saigon dah dalam jam 5.00am. hehe.

(Aku payung gambar semua lepas habis entry lah ye)

17 Aug 2016

Jam 5.00am sampai Saigon. Since kami berdua dah PMS. So, terus nak cari hotel untuk check in. Tapi jalan punya jalan sekitar district dekat HCMC tu semua hotel tak buka lagi, yang buka di luar bajet kami. Pergh, masa ni down gila sebab dengan beg berat, sampai pagi pagi buta jalan keliling hcmc, dari district 1 to 2, 3, 4 entah apa ntah jalan yang kami lalu. Penat sumpah penat! Sampai jam 8.00am masuk McD (walaupun boikot tapi sebab tak larat and nak wifi punya pasal kenalah masuk) untuk dapatkan wifi and check dekat agoda hotel mana paling dekat dengan kami dekat McD tu. Jumpa satu hotel Giang Hotel dekat area backpakers street, Pham Ngu Lao. Around 2km dari McD tu. Takpelah yang penting in budget. HAHA. Btw, toilet dekat McD tak ada air, ada tisu je paling hampeh dah lah aku memang sakit perut gila time tuh! haih!

Dalam 8.30am macam tu sampai hotel lepas kira kira, dia bagi checkin awal around jam 10.00am tanpa perlu bayar extra, so terus on je untuk checkin hotel tu. 290,000.00VND / head untuk tiga hari dua malam. HAHA. okay antara yang murah lah tuh!

10.00am checkin, mandi segala bala, lepak lepak hotel jap, dalam jam 12.00pm keluar jalan kaki tour city. Antara yang kitaorang larat nak pergi area HCMC ialah;

Main Post Office, Independence Place & Notre Dome.

Pusing pusing Ben Thant Market (Ni tempat je ramai Malaysians, nampak sangat Malaysians ni kaki shopping, dekat area tempat shopping berlambak pulak dorang. HAHA)

Setel jalan kaki tu dalam jam 5.00pm. So tengok cara hidup orang sana. Banyak la juga beza dari Malaysia.

Malam tu banyak lepak hotel je. Sambil sambil google besok nak Mekong Tour. Mekong tour kami beli dari tempat sama tiket nya dengan tempat kami nak ke Mui Ne tu. Harga nya 210,000.00VND. Nak lebih murah rajinkan berjalan sampai ke Thai Bin Market! Tapi agak jauh sikit la. Ada yang kami jumpa 160,000.00VND. HAHAHA. lagi sekali KURANGHAJAR! kami amik one day trip je untuk Mekong tu.

18 Aug 2016

One day trip to Mekong river. Time ni jumpa Malaysians. Dorang macam teruja lah sebab kami travel dua orang perempuan je and berani.LOL. (tak tahu pulak yang kami ada kena tipu dengan viatnamese untuk 2 biji kelapa 150,000.00VND. HAHA BONGOK GILA). Tapi tu la orang cakap pengalaman kan. Kalau tak kena tipu tak ada la pengalaman.

Naik bas nak ke Mekong River dekat area Thai Bin Market. Kena berjalan dengan gigih sikit lah dekat HCMC ni. Perjalanan dalam 2 jam sampai jeti dekat Mekong tu. Then follow je la apa tour guide tu cakap. Dekat sini time lunch dia untuk muslim hanyalah nasi + Tauhu + Kacang panjang (lunch dia dah include bayar tiket tuh). Mula mula orang restoran tu hanta nasi dengan pork! Dah engko kenapa? HAHAHA. Membebel buddy aku dekat aku marah aku dia ingat aku mintak pork agaknya. haha. rileks! Benda boleh bincang . LOL.Tour Mekong River. Boleh tahan bapak besar juga sungai nya.

Lepas setel tour river, balik ke jeti then balik ke HCMC. Sampai HCMC around 5.00pm. Kami decide nak pusing-pusing Ben Thant Market and Malaysians Street. Dekat sini ramailah Malaysians nya. So beli la barang barang sikit bawak balik Malaysia. Jam 9.00pm macam tu kami jalan kaki balik hotel lepas dinner dekat kedai Muslim, Halal Amin dekat Malaysians Street. Nasi Ayam 50,000.00VND. Ni kedai antara yang murah la compare to Kampung Pandan and abenda ntah lagi nama. Actually kami tak banyak makan dekat luar kecuali hari Khamis malam lepas tour Mekong and juga Jumaat lunch untuk tapau bawa ke airport. Sebab kami bawa stok meggi dan juga nasi impit + sambal hitam. hewhewhew.

19 Aug 2016

Rileks rileks je sebab nanti malam flight balik Malaysia dah. Cuma lepas breakfast susu and meggi, kami jalan ke Thai Bin Market. Dalam jam 11.00am balik hotel and checkout, then jalan ke Malaysians Street untuk beli nasi ayam tapau nak makan dekat airport. Tunggu bas 152 dekat Saigon Bus Station. Then around jam 2.00pm sampai airport.

Babai Saigon. Babai Mūi Né . Till we meet again!

Budget Per Person dalam VND:

20,000.00    – From Airport to SGN
310,000.00   – Return ticket SGN-Mui Ne-SGN
210,000.00   – Mekong River One Day tour
13,500.00      –  Breakfast 16Aug2016
5,000.00       – Mineral Water 16Aug2016
12,500.00     – Food at R&R
50,000.00    – Motorcycle Rental at Mui Ne
20,000.00    – Fuel/ litre
5,000.00       – Mineral Water 17Aug2016
290,000.00  – Giang Hotel (3D2N)
75,000.00     – Coffee Mui Ne
15,000.00     – Coffee McD
1,026,000.00VND = RM 184.00/ seorang

Tak Termasuk shopping masing masing. Shopping tak banyak pun sebenarnya. HAHA. Tiket AirAsia beli masa Mac 2016 return RM 140.00/ person.

Alert a few things dekat HCMC:-

  1. Lintas jalan dia macam bahaya sikit. Yang penting kalau nak lintas, lintas je! Nanti kereta tu sendiri akan berhenti.
  2. Jangan mudah percaya pada orang jual jual tepi jalan yang tak letak harga! Dekat sinilah kami kena tipu 2 biji kelapa 150,000.00VND! Dari beli kelapa baik aku gi Mui Ne!
  3. Sila cuba kopi vietnam bapak sedap gila! Aku try first masa kakak ipar aku buat dekat rumah dia dulu sebab kakak ipar aku ni dulu keje dekat Saigon.
  4. Sila cuba smoothies dia sedap gila murah weih! 25,000.00VND. Malaysia mana dapat smoothies RM5!
  5. Nak murah sila berjalan dan survey. Jangan Malas!
  6. Sila pergi Mui Ne! Sumpah tempat dia lawa Ya Allah! Satu Satunya Asia Tenggara yang ada Padang Pasir! Ya, kalau aku pergi Saigon lagi, aku akan ke Mui Ne! Walaupun 6 jam dari Saigon!
  7. Aku tak banyak membeli sebab setiap kali aku trip ke mana mana aku bukan nak membeli barang barang, aku lebih kepada nek tengok masyarakat dan cantiknya sesuatu tempat. Sebab tu aku rela spend 320,000.00VND return ticket to Mui Ne-SGN!

 

Sis Payung Gambar tiga jelah tapi! Entah asal entah lambat gila nak upload.

CAMERA
MUI NE

IMG_2796

IMG_2832

 

(sebenarnya aku beli tiket ni masa Mac 2016, at that time, aku give up dengan life sebab Mak aku baru meninggal Februari 2016. So memang aku rasa nak lari je. Sob Sob T.T)

Advertisements