CINTA HATI TELAH DIAMBIL ALLAH

SAYA , tidak tahu apa itu erti kasih sayang dari seorang Ayah. Sejak usia saya dua tahun, Ayah telah tinggalkan Mak. Sejak itu cinta hati saya hanya Mak. Mak besarkan kami tujuh beradik tanpa bantuan mana mana orang termasuk Ayah. Jatuh bangun semua dia buat sendiri. Dialah ibu, dialah Ayah dan dialah guru terhebat yang pernah kami ada! Untung saya lahir dan membesar dalam keadaan Mak sudah sedikit berduit. Segala kesempitan hidup Mak sebelum ini dengan abang abang dan kakak kakak tidak saya rasa. Namun, Mak masih tekun berniaga menjual nasi lemak – buat arang – jual buah dan segala jenis bentuk yang boleh dijadikan duit Mak buat. Khusyuk saya dengar abang abang dan kakak kakak saya bercerita tentang Mak. Dengan duit itu dia besarkan kami semua sehingga berjaya. Berjaya mencapai apa yang diingini dalam hidup.

Sebab itu pada saya Allah jadikan Mak seorang wanita hebat untuk kami tujuh beradik!

…………………………………………………………………………………………………………………..

2014, usai latihan dalam kamar dari Julai 2013, dia bertegas untuk aku pulang ke Kuantan dan tinggal bersama nya. Aku pada awalnya sedikit membentak dan menolak. Mana mungkin menolak tawaran kerja di Kuala Lumpur dengan gaji yang tinggi dan bekerja di Kuantan dengan gaji entah berapa. Namun Mac 2014, aku tetap meletakkan notis berhenti dan pulang ke Kuantan. Dengan sedikit kekuatan menghantar resume di Kuantan. April 2014, aku dipanggil interview dan akhirnya bekerja di Kuantan dengan gaji RM 1,000.00. Dalam hati ‘apa mahu buat dengan 1k?’

Tabah terus bekerja sehingga November 2014 dan akhirnya bertindak untuk berhenti namun majikan hanya berikan unpaid leave. Dan dari situ aku bawa dia ke KL membantu uruskan kedai abang di Balakong dan dalam masa yang sama aku mendapat tawaran beberapa buah firma di KL. Niat mahu kekal di KL, tapi selepas dia berjaya mendapatkan rumah yang dibeli dengan hasil duitnya sendiri, dia sekali lagi mengajak aku pulang ke Kuantan, tinggal bersamanya. Aku sekali lagi tidak boleh menerima namun lama lama aku turutkan jua.

Mei 2015, pulang ke Kuantan. Hanya aku dan dia tinggal di rumah baru yang dibeli dengan duitnya sendiri. Aku bekerja semula di firma lama. Meneruskan kehidupan seperti biasa walau jauh di hati kecil aku sentiasa berdoa moga ada hikmah atas semuanya kerana aku percaya Dia mengetahui semua yang terbaik.

Aku tinggal dengannya,menjadi imamnya,baca alquran bersama walau bukan selalu,makan sama sama, berjalan sama sama, kancil rosak sama sama, pergi checkup hospital dia sama sama, pagi hantar nursery, balik kerja ambil dari nursery. Lama lama aku gembira. Dengan kehidupan ini walau dengan gaji RM1,150.00. Tidak pernah gaji aku tidak cukup malah sentiasa lebih. Aku masih boleh berikan dia duit. Majikan aku bagus, masa aku, aku uruskan sendiri sebab aku pernah cakap padanya untuk masuk semula ke ofis aku tidak boleh ikut masa ofis kerana ada tanggungjawab perlu aku lunaskan, dia:) dan majikan aku kata ‘okay, ikut awak’ ini rezeki paling tidak diduga. Masa aku dengan dia lebih. Aku boleh keluar masuk ofis ikut suka aku atas tujuan uruskan urusan dia.

Masa jaga dia ada la terkasar bahasa, nakal nakal, termarah tiba tiba, tapi malam malam aku tetap tidur dengan dia, kami tidur di bilik sama. Setiap kali tidur aku peluk dia. Hampir setiap malam aku tengok muka dia, tenang dalam tidurnya. Dia bukan sakit teruk, dia sakit kencing manis dan darah tinggi serta CKD (inipun bukanlah tahap teruk baru stage 3). Jadi ada beberapa perkara perlu dijaga dan diberi perhatian lebih. Dia berani, dia cucuk insulin sendiri, untuk test BSP pun dia cucuk sendiri, aku tukang letak strip untuk tengok paras glukos tu je dan tukang rekod dalam buku. Ada jodoh aku kira mahu ke rumah bertemu keluarga tapi aku halang dulu kerana aku rasa belum masanya. Bolehkah orang terima aku menjaga dia? Itu soalan yang aku akan tanya.

Dia selalu risau kalau kalau aku tak cukup duit dan aku selalu cakap ‘duit adik banyak lah mak,pakai duit adik je dulu’

Semalam aku tak tahu dia akan tiada. Aku melihat sendiri semuanya. Aku peluk di saat akhir dia. Dan aku serahkan pada along untuk Allah kan nya usai along sampai rumah. Aku uruskan untuk panggil ambulans untuk dibawa ke hospital walau hati kecil kata dia mungkin sudah tiada namun masih mahu menindakkan mungkin dia pengsan. Usai ambulans sampai bersama pegawainya buat cpr dan sbg, 20 minit kemudian, pegawai medical panggil aku dan dengan tenang aku cuba mendengar

‘kami dah cuba buat cpr bantuan semua tapi tiada respon dari dia, kami minta maaf’

Dalam kelat aku bersuara ‘tak apa terima kasih jadi apa perlu saya buat ya’

Hakikatnya dalam diri aku rasa hilang. Hilang kawan. Hilang orang yang aku bercerita semua benda walau aku tahu dia ada tak faham pun cerita cerita aku. Hilang segala galanya.

Dia selalu pesan bila dia tiada jangan menangis, mandikan dia semua, adik kan tahu buat tu. Semalam di masjid aku jumpa orang uruskan jenazah aku katakan anak anak nak mandikan boleh? Orang tu cakap boleh boleh. Aku dan kakak kakak mandikan dia. Aku duduk di bahagian kepala. Tenang mukanya. Dalam hati aku cakap ‘adik buat perlahan lahan je ni mak’ . Kami kafankan. Usai kafan, untuk ciuman, aku cium seluruh mukanya, sejuk. Dan aku bisik di telinganya ketika ciuman di belah kanan dan katakan ‘Adik sayangg mak’ walaupun aku tahu dah terlambat untuk itu. Ketika solat jenazah, aku turut serta. Semuanya aku buat tanpa air mata.

Namun, manusia mana tidak menangis bukan?
mohon doakan aku dan seisi keluargaku kuat! Ini dugaan paling hebat untuk aku diketika ini.

Yang masih punya dia,

Hargailah. Jaga elok elok. Jaga baik baik! Ucapkan sayang setiap masa, mohon maaf sentiasa kerana kita tak tahu siapa akan meninggalkan alam dunia terlebih dulu.

Terima kasih Mak untuk 27 tahun yang cukup indah yang pernah adik ada. Terima kasih untuk setiap titis susu, setiap bait doa. Adik harini adalah atas apa mak doa. Adik dah boleh terima cuma biasalah benda benda macam ni kita perlukan masa, kan mak? Mak jugak selalu cakap apa apa kena sabar 😌😌😌

Untuk kalian, terima kasih atas kiriman doa dan semangat!

6908_10203432153324181_4145120260500172291_n

Dating berdua. Mak dijemput oleh Allah dari saya dan keluarga pada 18022016 jam lebih kurang 12.50 pagi. Alfatihah Mak 🙂

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s