Awak Ada Wawasan?

Assalamualaikum wbt.

Berkenaan pengalaman pertama dipanggil interview di sebuah firma guaman di Bangsar untuk chambering syariah. Menyangkakan satu interview biasa biasa. Sampai pejabat di tingkat 17, *ehem*. Sedikit luar biasa. Sampai awal sepuluh minit bukan jaminan diterima sebagai pupils in chamber di situ *cough*. Lima minit berlalu, datang seorang lelaki, err… Saya kira, taste saya *berkacamata-baju kemeja lipat sampai siku* *tepuk dahi* “Nani right?” “Yes i am” “okay, so you boleh isi borang ni bla bla bla” “owh okayh okayh” tiga minit kemudian, “okay Nani,come!” . Tergedek ikut En tu. Kira saya, itu En Muhammad yang emel pada saya berkenaan interview hari ni (23th march).

Masuk bila Dr R**** (which is boss). “Okay have a seat bla bla bla”, biasalah ayat intro dalam interview. Dah berborak panjang, dia tanya pasal waqaf, tajuk paper project , cita cita , dan yang terakhir soalan yang sedikit tak boleh terima. Tapi okay la. “Ok, awak ada wawasan bila nak kahwin, yaa, i mean after graduated apa you nak buat.” *durianjatuhataskepala* kahwin?

Dua minggu kebelakangan ni, sering diajukan soalan sama. Kiraku, masih muda, 24. Belajar masih belum habis, degree pula tu. Dengan tenang menjawab “saya punya wawasan, tapi untuk bekerja by 25” “kahwin?” ” belum pasti, saya ada banyak perkara perlu saya capai dan kejar,jaga mak saya itu lebih penting” “you dah kahwin pun boleh jaga mak, apa masalah kalau you kahwin, sekarang mak duduk dengan sapa bla bla bla *tazkirah pasal kahwin lima belas minit*.

Jujur, KAHWIN masih tidak termasuk dalam wawasan saya untuk tempoh dua ke tiga tahun akan datang. Biarlah saya bebas bermain ps2. Membeli segala macam gadjet *ya,saya gila gadjet*. Miliki crv milik sendiri. Berjalan pusing pulau. Stabil dengan kewangan dan pekerjaan. Kahwin bukan mudah dan bukan main main dan bukan untuk banyak banyak kali. Kahwin hanya sekali. Dan biarlah ia menjadi perkahwinan paling terbaik dalam sejarah hidup saya. Ya, pertama dan terakhir.

-post kali ini sedikit lari dari keghaliban post Penulis Jalanan yang biasa. Maafkan saya💌💌💌

20130323-182215.jpg

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s