Gold Deposit Account (GDA) di CIMB

PENGENALAN

Emas adalah matawang yang tetap sejak berabad-abad lalu kerana sifatnya yang lengkap untuk menjadi matawang, sifat ini tidak pada pada semua material lain didunia. Contohnya, air dan makanan memang lebih penting untuk survival berbanding emas tetapi selepas keperluan asas ini cukup, masyarakat memerlukan suatu cara untuk berurusniaga.
Sejak beberapa tahun yang lalu, nilai wang kertas bersandar kepada emas telah meningkat kembali, bank-bank negara mula menyimpan emas bagi menampung pengeluaran duit kertas mereka contohnya jika Bank Negara Malaysia berniat untuk mencetak lebih banyak kertas ringgit, mereka perlu membeli lebih banyak emas supaya dapat menampung tukaran ringgit pada masa akan datang. Jadi emas adalah pelaburan yang selamat dan terus bernilai.
Harga emas ditentukan mengikut index emas dunia, harga naik dan turun setiap hari, index emas pula berubah setiap saat. Untuk menjangka berapa harga emas esok sangat mustahil kerana harga emas bergantung kepada beribu faktor samada politik, pasaran saham, tukaran matawang, kenaikan harga minyak, tragedi seperti tsunami, gempa bumi dan pelbagai lagi.
Secara amnya, terdapat dua cara membuat pelaburan emas di Malaysia iaitu pelaburan secara emas fizikal dan pelaburan emas dengan membuka akaun simpanan emas. Bagi pelaburan emas menggunakan buku akaun simpanan emas pula, biasanya ia ditawarkan oleh institusi perbankan. Pelabur akan membeli emas mengikut harga emas semasa dan kuantiti emas yang dibeli akan direkodkan di dalam buku akaun. Ada bank yang menawarkan kemudahan mengeluarkan emas fizikal dan ada juga yang tidak.
Oleh yang demikian, masyarakat kini lebih memilih dan berminat untuk membuat pelaburan emas mahupun membuka akaun deposit emas kerana mempunyai pelbagai faedah dan keuntungan jangka panjang berbanding pelaburan biasa.
Bagi tugasan subjek Kontrak Muamalat kod IUEL2101, kumpulan kami ditugaskan untuk membuat kajian berkenaan dengan tajuk akaun deposit dan pelaburan emas yang mana kajian kami ini tertumpu kepada akaun deposit emas (GDA) yang ditawarkan oleh pihak CIMB Bank serta kami akan mengemukakan konsep dan pengaplikasian akaun deposit dan pelaburan emas serta isu yang berbangkit berkaitan dengannya.

KEPENTINGAN

Melalui kajian ini, kita dapat mengetahui tentang akaun deposit emas dan pelaburan emas di samping dapat mengenalpasti kepentingan dan kelebihan produk ini berbanding pelaburan melalui akaun deposit biasa dan lain-lain produk pelaburan yang ditawarkan.
Selain itu, kita juga dapat memahami konsep sebenar berkenaan dengan produk ini serta pengaplikasiannya di dalam institusi-institusi kewangan mahupun bank-bank yang menawarkan produk ini sebagai salah satu medium pelaburan jangka panjang.
Menerusi kajian ini, secara langsung kita dapat mengetahui beberapa persoalan dan isu-isu yang timbul berkenaan dengan produk pelaburan ini serta dapat membuat perbandingan di antara akaun deposit dan pelaburan emas.

METODOLOGI KAJIAN

1) Kaedah temubual
Kumpulan kami telah menemubual pegawai khidmat pelanggan Bank CIMB cawangan Universiti Malaya. Sesi temubual ini telah dijalankan bersama-sama dengan beberapa kumpulan yang lain. Antara topik yang yang dibincangkan adalah berkenaan dengan produk Gold Deposit Account (GDA) yang ditawarkan oleh pihak CIMB Bank.
2) Kaedah perpustakaan

Kami telah menggunakan kaedah perpustakaan dalam kajian ini yang mana kami telah membuat rujukan di Perpustakaan Utama dan juga Perpustakaan Peringatan Za’ba Universiti Malaya. Antara bahan yang dirujuk ialah tesis dan juga buku yang berkaitan dengan muamalah.

3) Pengumpulan data daripada laman sesawang
Melalui kajian ini, kumpulan kami hanya mengambil maklumat daripada laman web yang berautoriti sahaja. Antaranya seperti laman web CIMB Bank, Public Gold International Sdn. Bhd. serta Zaharuddin.Net.

KONSEP

Terdapat dua cara membuat pelaburan di Malaysia iaitu pelaburan emas fizikal dan juga pelaburan emas dengan membuka akaun simpanan emas.
1) Pelaburan emas secara fizikal dibahagikan kepada tiga kategori :

i. Syiling Emas
Bagi memaksimumkan keuntungan pelabur disarankan untuk membeli emas fizikal di dalam bentuk syiling emas dan jongkong emas. Hal ini demikian kerana syiling emas dan jongkong emas memiliki kelebihan antaranya seperti mudah dibawa, mempunyai saiz, bentuk dan berat yang standard, mudah ditunaikan serta mempunyai perbezaan harga belian dan jualan yang rendah. Di Malaysia, terdapat lima institusi dan syarikat yang menjual syiling emas untuk pelaburan iaitu Maybank (Syiling Kijang Emas), UOB Bank, Dinar Emas Kelantan, Public Fine Gold International Sdn Bhd dan Public Dinar.
ii. Jongkong Emas
Pelaburan emas yang terbaik adalah dengan membeli jongkong emas. Hal ini kerana harga jongkong emas kebiasaannya hampir dengan harga emas antarabangsa, mempunyai ketulenan 999.9 serta mempunyai perbezaan harga belian dan jualan yang rendah. Jongkong emas yang dijual mempunyai berat antaranya 20 gram, 50 gram, 100 gram dan 1 kg. Setiap jongkong emas mempunyai sijil ketulenan dan nombor sirinya yang tersendiri mengikut syarikat yang mengeluarkannya. Di Malaysia, terdapat tiga jenis jongkong emas yang popular dan boleh dibeli iaitu PAMP Suisse, Poh Kong Bunga Raya dan Public Fine Gold International Sdn. Bhd.

iii. Barangan Kemas
Barang kemas adalah bukan pelaburan emas yang baik kerana harganya yang tinggi disebabkan kos upah membuat barang kemas tersebut. Selain itu, susut nilai bagi barang kemas adalah tinggi iaitu 25% hingga 40%.

2) Pelaburan Emas Melalui Akaun Simpanan Emas
Selain daripada membuat pelaburan emas melalui emas fizikal, pelabur di Malaysia juga boleh membuat pelaburan emas dengan cara membuka akaun simpanan emas. Terdapat tiga bank yang menawarkan produk kemudahan akaun simpanan emas iaitu Maybank (Gold Saving Passbook Account), Public Bank (Gold Investment Account) dan CIMB Bank (Gold Deposit Account).
Dengan membuka akaun simpanan ini, para pelabur tidak mendapat emas fizikal sebaliknya nilai belian emas akan direkodkan di dalam akaun simpanan emas berkenaan. Harga emas pula adalah berdasarkan kepada harga emas semasa. Kebaikan membuat pelaburan dengan cara ini ialah pelabur tidak perlu bimbang masalah menyimpan emas fizikal namun keburukan pelaburan cara ini ialah pelabur tidak mendapat emas secara fizikal.

APLIKASI

Hasil daripada temubual yang dijalankan bersama dengan pegawai khidmat pelanggan CIMB Bank, kami telah mengetahui beberapa prosedur untuk membuka akaun deposit emas iaitu gold deposit account (GDA) yang ditawarkan oleh pihak CIMB Bank.
Akaun Deposit Emas CIMB Bank (GDA) ialah akaun yang membenarkan pelanggan untuk membeli komoditi 99.9% emas tulen pada harga harian dalam Ringgit Malaysia (RM) tanpa perlu berhadapan dengan kesukaran untuk menyimpan emas fizikal.
Prosedur pembukaan akaun deposit emas ini sama seperti membuka akaun simpanan biasa. Cuma apa yang membezakan ialah nilai minimum deposit untuk permulaan pembukaan akaun adalah sebanyak 5 gram emas. Pendeposit akan diberikan passbook (buku akaun simpanan) yang akan mencatatkan tentang transaksi yang dilakukan. Had minimum penambahan deposit akaun juga sebanyak 5 gram dan had pengeluaran dan penjualan emas juga minimum baki sebanyak 5 gram.
Pihak bank (CIMB Bank) memperolehi keuntungan melalui caj harga jual emas kepada pendeposit sebagai contoh harga emas semasa RM 160 per gram dan pihak bank menjual sebanyak RM 180 per gram.
Selain daripada itu juga, akaun ini tidak mempunyai had tempoh masa tertentu dan pendeposit diberi tawaran untuk membuat akaun gabungan antara akaun deposit emas dan akaun simpanan tetap dengan keuntungan faedah sebanyak 4%.
Manakala pengaplikasian bagi pelaburan emas secara fizikal seperti yang ditawarkan oleh Public Gold International Sdn. Bhd memerlukan pelabur untuk membeli jongkong emas dan menyimpannya sendiri. Hal ini berbeza dengan akaun deposit emas yang tidak memerlukan emas secara fizikal tetapi nilai deposit berdasarkan harga emas semasa.

ISU

Terdapat pelbagai isu dan persoalan yang timbul berkenaan dengan produk ini. Isu yang pertama ialah berkenaan dengan pendeposit perlu peka terhadap harga turun naik emas semasa. Hal ini untuk memastikan pendeposit memperolehi keuntungan terhadap pelaburan yang dibuat.
Selain itu, antara isu yang lain adalah berkenaan dengan risiko penetapan harga iaitu sebut harga pembelian dan penjualan emas akan ditentukan oleh CIMB Bank menurut budi bicara mutlaknya dengan mengambil kira semua faktor yang difikirkan berkaitan, termasuk keadaan lazim pasaran dunia dan tempatan untuk emas, kadar pertukaran antara Dolar Amerika Syarikat (atau mana-mana mata wang asing lain yang digunakan) dan Ringgit Malaysia serta kehalusan emas.
Terdapat juga isu berkaitan risiko pasaran pelaburan iaitu yang mana pendeposit akan terdedah kepada kuasa atau ketidakstabilan pasaran. Akibat pergerakan pasaran yang tidak dijangka, anda mungkin mengalami kerugian yang besar ke atas pelaburan jika keadaan pasaran tidak bergerak seperti yang anda harapkan.
Di samping itu, akaun deposit emas ini kebanyakannya berkonsepkan perbankan konvensional seperti yang ditawarkan oleh CIMB Bank dan UOB. Terdapat juga bank yang menawarkan produk ini secara perbankan Islam seperti Kuwait Finance House akan tetapi ia menawarkan konsep yang berbeza iaitu pendeposit akan memperolehi emas secara fizikal dan pihak bank menawarkan tempat untuk menyimpannya.

KESIMPULAN DAN CADANGAN

Akaun deposit dan pelaburan emas ini merupakan satu pelaburan yang menguntungkan pada masa kini. Ini disebabkan oleh harga emas yang semakin meningkat pada saban hari. Keadaan ini menarik minat orang ramai untuk memilih produk ini sebagai medium pelaburan untuk jangka masa yang panjang.
Untuk menarik lebih ramai orang memilih produk ini, pihak kami mencadangkan agar lebih banyak institusi kewangan atau bank-bank menawarkan produk ini secara perbankam Islam.
Cadangan yang seterusnya adalah pihak bank dan institusi kewangan seharusnya memperbanyakkan info dan maklumat berkenaan dengan akaun deposit emas ini kerana tidak ramai yang tahu berkenaan dengan akaun deposit emas ini berbanding dengan pelaburan emas.

RUJUKAN

1) http://www.cimbbank.com.my/index.php?tpt=cimb_bank diakses pada, 4 Mei 2012.
2) http://zaharuddin.net/ diakses pada, 4 Mei 2012.

Advertisements

2 thoughts on “Gold Deposit Account (GDA) di CIMB

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s