Tiada Rasa

Maaf..
maaf
Maaf…….
berbanyak-banyak kemaafan aku pohonkan..
dengan sikapku, seolah-olah tiada apa berlaku..
bukan tidak mahu mengalirkan air mata..
bukan juga tidak bersedih atas takdir yang menimpamu..
apatah lagi bukan kerana tidak pernah menghargai kehadiran dirimu..

hari ini..
12 Ramadhan 1423H..
genap enam hari ketiadaanmu..
namun, dalam hati ini tetap TIADA RASA
TIADA RASA apa-apa..
TIADA RASA sedih..
apatah lagi rasa hiba atas pemergianmu menghadap Yang Maha Satu, Yang Maha Esa..

bukan salahku kiranya, TIADA RASA ini wujud dalam diriku..
bukan salahku kiranya TIADA RASA ini menerjah dalam fikiranku
saat aku melihat sekujur tubuh kaku ketika aku sedahkan Yaasin dan Al-Fatihah padamu
bukan salahku kiranya TIADA RASA ini wujud ketika aku menciummmu  untuk kali terakhir..
walhal kerabatku menangisi pemergianmu itu..
semuanya KERANA:-
aku ditinggalkan saat ketika aku tidak mengerti apa-apa..
tidak pernah aku mendapat kasih sayang, merasa disayangi, dibelai, dimanja dari seorang lelaki bergelar BAPA..seorang lelaki seperti kamu..
tidak kenal aku pada kasih sayang dari ayah..
tidak kenal aku pda semua itu..
SALAHKAH AKU kerana tiada RASA itu??

ya!..ada salahku!..apa salahkah kiranya aku tidak pernah merasa kasih sayang itu akan tetapi wujudkanlah rasa sedih dalam diriku..wujudkanlah rasa hiba atas pemergiannya..

Ya ALLAH..
kiranya ada ruang untuk aku memohon kemaafan, kau ampunkanlah kesilapanku ini..
kesilapan kerana aku tidak mengalirkan air mata, hanya sedikit rasa sebak..

untuk Allahyarham Abdul Kadir yang menghadap PenciptaNya pada 6 Ramadhan 1423H seminggu lalu, AL-FATIHAH
 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s