HDZ

ABSTRAK

Latihan Industri merupakan latihan praktikal yang penting bagi mendedahkan pelajar kepada realiti berkaitan bidang yang bakal kami ceburi setelah tamat pengajian. Ia merupakan salah satu usaha yang dilihat mampu meningkatkan profesionalisma pelajar dan pengajian undang –undang Islam di Jabatan Syariah dan Undang-Undang sendiri. Justeru subjek Latihan Industri 1 dan 2 diwujudkan dan setiap pelajar Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang ( BShL) wajib mengikutinya. Bagi pelajar BShL, industri yang berkaitan dengan kami ialah seperti firma guaman syarie, Mahkamah Syariah, Pejabat Agama Islam Negeri, institusi perbankan dan kewangan Islam dan sebagainya.

Secara ringkasnya, Latihan Industri 1 yang bermula pada 23 Mei 2011 sehingga 1 Julai 2011 yang berlangsung  dalam tempoh enam minggu telah dijalankan di firma guaman syarie iaitu di Tetuan Hafidz & Dzulkarnain (Peguambela, Peguamcara & Peguam Syarie), yang beralamat di B-40 Tingkat 1, Jalan Bukit Sekilau, 25200, Kuantan, Pahang Darul Makmur. Sepanjang sesi praktikal dijalankan, penulis mengikut garis panduan latihan industri yang telah ditetapkan oleh Jabatan Syariah dan Undang-undang, Universiti Malaya.

Garis panduan yang diberikan oleh jabatan adalah secara menyeluruh dalam tempoh enam minggu tersebut. Penulis perlu membahagikan tugasan-tugasan yang diberikan mengikut kesesuaian masa penulis bersama penyelia di firma guaman. Antara tugasan yang diberikan adalah cara pengendalian atau pengurusan firma, cara untuk berkomunikasi dengan masyarakat atau klien, mempelajari aspek-aspek teknikal seperti penyediaan fail kes yang mana terdiri dari perkara-perkara seperti, cara untuk mendraf penyata tuntutan, pembelaan, tuntutan balas, membuat pliding, penggulungan hujah dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan prosedur sesuatu kes untuk dibicarakan. Selain itu, penulis juga dikehendaki untuk menghadiri perbicaraan di mahkamah.

Isu utama yang ingin diketengahkan dalam penulisan ini adalah berkaitan dengan laporan sepanjang tempoh praktikal penulis di firma tersebut. Oleh kerana firma tempat penulis berpraktikal ini mengendalikan dua jenis perundangan iaitu sivil dan syariah, maka penulis mempunyai peluang yang lebih banyak untuk melihat sejauh mana perkembangan undang-undang sivil dan syariah di Malaysia. Samada bergerak sejajar atau sebaliknya. Ini merupakan satu kelebihan kepada penulis untuk membuat perbandingan antara kedua-dua sistem perundangan tersebut. Hasil dapatan akan disebut dalam lampiran-lampiran dan kesimpulan penulis pada akhir laporan ini.

Apa yang dapat disimpulkan, latihan sangkutan amalan guaman syarie ini banyak memberi ilmu, pengalaman kepada penulis bukan sahaja dari segi teori yang dipelajari tetapi dapat di praktikkan untuk kehidupan seharian dan sesi pembelajaran di samping mengeratkan silaturrahim dan kerjasama di antara pihak Universiti dan juga firma guaman untuk menghasilkan pelajar yang berkualiti.

PENGHARGAAN

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T,  selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W kerana dengan limpah izin kurniaNya tugasan untuk menyiapkan laporan latihan industri akhirnya terlaksana mengikut tempoh yang ditetapkan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Ketua Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya iaitu Puan Narizan binti Abdul Rahman juga kepada pensyarah-pensyarah yang terlibat dengan latihan sangkutan pentadbiran terutamanya Prof Madya Dr. Siti Mashitoh Mahamood atas tunjuk ajar, bantuan dan dorongan yang berterusan kepada penulis untuk menjalani latihan industri ini. Tidak lupa juga buat Prof. Datuk Dr.Monir Yaakub yang telah menghadirkan diri ke tempat latihan industri saya bagi sesi pemantauan pelajar.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada Pengarah Urusan Firma Guaman Tetuan Hafidz & Dzulkarnain iaitu En. Dzulkarnain Bin Mohamad kerana telah memberi keizinan dan peluang kepada penulis untuk menjalankan latihan industri di bawah organisasi di firma beliau. Turut tidak dilupakan kepada semua kakitangan pentadbiran firma guaman yang banyak membantu, terutamanya pembantu peguam atas tunjuk ajar, kerjasama dan bimbingan yang diberikan.

Akhir kalam, saya berharap laporan ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat bukan sahaja kepada diri saya sendiri tetapi kepada pihak-pihak yang berkaitan juga kepada masyarakat umum. Sekian terima kasih.

PENDAHULUAN

Latihan Industri 1 merupakan latihan praktikal yang penting bagi mendedahkan pelajar kepada realiti bidang yang bakal kami ceburi setelah tamat pengajian iaitu profesion guaman. Ia merupakan salah satu usaha yang dilihat mampu meningkatkan profesionalisme pelajar dan pengajian undang –undang Islam di Jabatan Syariah dan Undang-Undang itu sendiri. Justeru, subjek Latihan Industri 1 dan 2 diwujudkan dan setiap pelajar Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang ( BShL) Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya wajib mengikutinya. Bagi pelajar BShL, industri yang berkaitan dengan kami ialah seperti firma guaman syarie, mahkamah syariah, jabatan agama Islam, institusi perbankan dan kewangan Islam dan sebagainya.

Terdapat pelbagai objektif  bagi subjek Latihan Industri diwujudkan, antaranya ialah untuk mendedahkan para pelajar kepada amalan praktikal perundangan terutamanya perundangan syariah. Selain daripada itu, ia membolehkan kami berkemahiran bukan sekadar secara teori, malahan secara praktikal dalam bidang perundangan syariah sebagai persediaan untuk memegang jawatan sebagai pengamal undang-undang atau pegawai syariah. Ia juga turut memberi peluang kepada kami untuk memahami realiti yang timbul atau wujud dalam bidang pekerjaan yang berkaitan dengan bidang pengajian kami.

Latihan Industri 1 ini perlu dijalani selama enam minggu berturut-turut ketika cuti semester. Untuk sesi 2010/2011, ia bermula pada 23 Mei 2011 dan berakhir pada 1 Julai 2011. Kami telah membuat beberapa persediaan sebelum latihan seperti menganalpasti tempat latihan dan mendapatkan alamat, mengisi Borang A serta mengikuti seminar dan latihan soft-skill yang dianjurkan oleh Pusat Latihan dan Hubungan Industri (CITRA). Semasa latihan industri ini berjalan, kami telah mendapatkan surat akuan dan membawa Borang B untuk diberi kepada majikan.

Sepanjang latihan itu pula kami perlulah mematuhi semua peraturan tempat Latihan Industri yang ditetapkan.Kami juga perlu berpakaian kemas semasa berada di tempat latihan atau waktu latihan.Kami juga perlu menunjukkan etika yang baik.selain itu sikap komited dengan latihan yang dijalankan juga amat penting.

Segala aktiviti harian hendaklah dicatatkan atau direkodkan di dalam buku log yang telah disediakan oleh pihak akademi. Saya juga telah mendapatkan pengesahan dari penyelia yang berkenaan tentang rekod aktiviti yang telah dijalankan oleh saya sepanjang tempoh praktikal.

PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG FIRMA

Firma Guaman Tetuan Hafidz & Dzulkarnain mula ditubuhkan pada 1 Julai 2003 oleh En. Hafidz Murshidi Bin Mansor. Pada awal penubuhannya, ia dikenali sebagai Tetuan Hafidz Murshidi & Co. Setelah kemasukan En. Dzulkarnain Bin Mohamad sebagai rakan kongsi, firma ini telah berubah dari pemilikan tunggal kepada pemilikan kongsi pada 10 Februari 2004. Nama firma ini bertukar secara rasmi kepada Tetuan Hafidz & Dzulkarnain pada 1 Februari 2007.

Firma ini diselia oleh dua orang rakan kongsi iaitu En. Hafidz Murshidi Bin Mansor dan En. Dzulkarnain bin Mohamad, manakala dibantu oleh seorang pembantu perundangan iaitu Cik Nur Baitul Syatilla Binti Nasir dan empat staf sokongan. Firma ini menjalankan beberapa perkhidmatan perundangan antaranya, perkhidmatan korporat, ‘convenyancing’, litigasi sivil, litigasi jenayah, dan undang-undang syariah.

Visi firma ini adalah untuk mendapatkan pencapaian yang lebih baik dalam profesión guaman bagi memastikan firma ini adalah lebih terkemuka, kompetitif, dan menjadi firma pilihan di Malaysia.

Objektif firma ini adalah antaranya, untuk menjadi firma guaman bumiputera yang terkenal dengan mutu perkhidmatan yang cemerlang dan menjadi model kepada firma-firma guaman yang lain. Seterusnya, firma ini juga ingin memastikan bahawa setiap kerja yang diberikan kepada firma akan diawasi secara terus oleh pemilik/ rakan kongsi firma atau peguam bertugas bagi memastikan kepentingan anakguam sentiasa terpelihara dan untuk mengelakkan kesilapan perkeranian. Firma ini juga akan sentiasa mencuba untuk mengutamakan kepuasan dan kepentingan anakguam dalam perkhidmatan yang diberikan oleh firma dan sentiasa berusaha mempertingkatkan mutu perkhidmatan dari semasa ke semasa.

KHIDMAT DAN SERVIS TETUAN HAFIDZ & DZULKARNAIN

  • Perbankan, Kaedah Pemindahhakkan(convenyancing), dan Koperat.
    • Khidmat nasihat, perundingan dan penyediaan suratcara atau dokumentasi undang-undang atau perjanjian berhubung dengan kontrak, surat kuasa wakil, jual beli, pindahmilik, sewa beli, penyewaan, syarikat, perkongsian, usahasama, persefahaman, pinjaman, gadaian, pajakan, gerenti, perbankan (konvensional dan Islam), debentur, saham dan harta pusaka.
    • Litigasi Sivil
      • Tuntutan-tuntutan sivil berhubung dengan kontrak, usahasama, kontrak, sivil, sewabeli, hartanah, undang-undang syarikat, harta pusaka, probet dan surat kuasa mentadbir, kemalangan serta tuntutan-tuntutan melalui Tribunal Koperasi, Mahkamah Buruh dan Mahkamah Perusahaan.
      • Perkara-perkara kebankrapan.
      • Injunksi interlokutori.
      • Prosiding perceraiaan dan hak penjagaan anak-anak.
      • Litigasi Jenayah
        • Pembelaan terhadap dakwaan jenayah berhubung kesalahan-kesalahan terhadap harta menutur peruntukan Kanun Keseksaan dan kesalahan-kesalahan pengedaran dan penyalahgunaan dadah menurut Akta Dadah Berbahaya 1952 serta kesalahan melibatkan kemalangan jalanraya menurut Akta Pengankutan Jalan 1987.
        • Permohonan Habeas Corpus
        • Syariah
          • Kes-kes syariah berhubung permohonan poligami, pengesahan perkahwinan, tuntutan penceraian dan tuntutan hak-hak selepas perceraian serta hak jagaan anak dan tuntutan harta pusaka, khulu’, pengikraran hibah, pembahagian harta pusaka, surat kuasa wasiat dan hibah, fasakh, mediasi dan konsultansi, nafkah muta’ah dan iddah, dan nafkah terhadap isteri dan anak-anak.

Firma guaman ini juga merupakan panel peguam kepada beberapa buah syarikat antaranya:-

  • LKPP Property Sdn. Bhd.
  • Pasdec Holdings Berhad
  • Uda Holdings Berhad
  • Teras Dara Konsurtium Sdn. Bhd
  • Kurnia Setia Berhad
  • Syarikat Perumahan Negara Berhad
  • Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang
  • Sistem Pendidikan Islam Pahang Sdn. Bhd
  • HDTech-iLaunch-Epiweb-infogeomatik JV Sdn. Bhd
  • Waris Nove Sdn. Bhd
  • Koperasi Serbaguna Dara Bhd
  • Koperasi Peserta-peserta FELCRA Gugusan Pahang Tenggara Berhad.
  • Koperasi Warisan Bukit Raya Jerantut Berhad.

LAPORAN/ AKTIVITI HARIAN LATIHAN INDUSTRI

*simpanan peribadi penulis*

LAPORAN KES YANG DIHADIRI

 

DALAM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH DI BENTONG

DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, MALAYSIA

KES MAL BIL: 06100-017-00435 TAHUN 2005

 

DI ANTARA

AMINAH BINTI ARSAD                                                                                                     …PLAINTIF

ADHAM@ZAKARIA BIN KAMIS                                                                                    …DEFENDAN

Fakta kes:

1)      Plaintif AMINAH BT ARSAD (No K/P: 481102-06-5092) yang beralamat di No. 39, Lorong IM2/91, Bandar Indera Mahkota , 25500 Kuantan Pahang Darul Makmur adlah bekas isteri kepada Defendan .

2)      Defendan ADHAM @ ZAKARIA BIN KHAMIS ((No. K/P: 400111-06-5011) yang beralamat di No. 86, SS 5 C/1, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan adalah bekas suami kepada Plaintif. Beliau telah berkahwin lain selepas penceraian bersama pihak Plaintif.

3)      Pihak-pihak telah berkahwin pada 23/4/1967 dan bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Raub, Pahang Darul Makmur pada 9 Mac 2004.

4)      Selama perkahwinan selama 37 (tiga puluh tujuh) tahun Plaintif dan Defendan dikurniakan 6(enam) orang cahaya mata.

5)      Dalam tempoh perkahwinan, Defendan bertugas sebagai guru manakalah Plaintif berniaga secara kecil-kecilan dengan menjual kuih muih, berniaga kedai runcit dan kontrak bagi mengendalikan kantin di Sekolah Menengan Agama Dong, Raub bagi menambah pendapatan dan eknomi keluarga.

6)      Pada tahun 1991, Defendan telah memberikan nafkah kepada Plaintif dan enam anaknya sebanyak RM400.00 sebulan dan RM200.00 sebulan setelah anaknya tamat persekolahan.

7)      Sepanjang pekahwinan diantara Plaintif dan Defendan selama 37 tahun tersebut, pihak-pihak memperolehi harta berikut:

  • Sekeping tanah di Gali Hilir Raub.
  • Sebuah rumah yang divina di atas sekeping hartanah di Gali Hilir Raub.
  • Pada Mac 2004 sebahagian hartanah di Gali Hilir Raub telah diambi oleh kerajaan untuk tujuan Pembinaan Jalan dan Kerajann telah memberikan pampasan kepada Defendan sebanyak RM140,000.00.
  • Sekeping hartanah di Sg. Pasu, Raub di bawah hakmilik No. GM 3065, Lot 535, Mukim Gali, Daerah Raub.
  • Sekeping hartanah di Sg. Pasu, Raub di bawah hakmilik No. GM 1524, Lot 7214, Mukim Gali, Daerah Raub.
  • Sekeping hartanah di Sg. Pasu, Raub di hakmilik No. GM 1927, Lot 2489, Mukim Gali, Daerah Raub.
  • Sekeping hartanah di Sg. PasuRaub Pahang di bawah hakmilik No. GM 455, Lot 2787, Mukim Gali, Daerah Raub.
  • Sebuah rumah kediaman di Kelana Jaya.

8)            Sepanjang perkahwinan mereka juga mempunyai tabungan ASB.

9)            Sepanjang perkahwinan Defendan, Palintiflah yang menjaga makan, pakai, dan menjalankan  tanggungjawab sebagai seorang isteri dalam melayani suami dan memelihara anak.

10)         Oleh yang demikian, Plaintif dengan rasa rendah diri dan suci hati ingin memohon kepada Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan:-

  • Mengistiharkan setiap sekeping sekeping tanah dan/ atau hartanah seperti yang dinyatakan di atas diistiharkan sebagai harta sepencarian dan plaintif berhak mendapat ½ bahagian datipada tanah dan/ atau hartanah tersebut.
  • Mengistiharkan Wang simpanan Amanah Sahama Bumiputra Defendan setakat perkahwinan dengan Plantif  diisytiharkan sebagai harta sepencarian dan plaintif berhak mendapat ½ bahagian simpanan tersebut.
  • Apa-apa relief yang difikirkan patut dan suaimanfaat oleh mahkamah.

Isu kes:

Berdasarkan fakta kes yang disebut, isu yang ingin dibincangkan dalam kes ini adalah yang berkaitan dengan tuntutan harta sepencarian pihak Plaintif. Samada harta dan/ atau hartanah yang dinyatakan layak diisytiharkan sebagai harta sepencarian oleh pihak mahkamah atau tidak. Jika ya, sebanyak manakah harta tersebut akan diisytiharkan sebagai harta sepencarian.

Análisis:

Berdasarkan fakta dan isu kes yang dinyatakan, mahkamah mempunyai bidangkuasa dalam menentukan pembahagian harta sepencarian di bawah Seksyen 122 Enekman Undang-undang Keluarga Islam Pahang (EUKIP)  2005 beserta subseksyen dibawahnya. Kes yang dibicarakan ini masih belum diputuskan oleh mahkamah. Hal ini kerana terdapat beberapa masalah di pihak plaintif mahupun defendan seperti peguam defendan dan plaintif  tidak dapat menghadiri perbicaraan kerana terdapat kes-kes lain perlu diselesaikan. Oleh hal demikian, kes yang bermula dari tahun 2005 ini masih belum diputuskan sehingga hari ini. Dan saya sebagai pelajar praktikal berkesempatan untuk menghadiri perbicaraan bagi kes ini pada 28 Jun 2011 yang lalu di Mahkamah Tinggi Syariah Bentong, Pahang. Kehadiran pihak kami (mewakili pihak Plaintif) pada hari itu adalah untuk soal balas kepada pihak Defendan melalui Afidavit Keterangan Defendan yang bertarikh 22 November 2010. Berdasarkan pemerhatian saya, Plaintif layak menerima ½ daripada harta sepencarian setakat mana perkahwinan mereka yang sah. Hal ini kerana, sepanjang perkahwinan mereka Plaintif menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dengan baik, malah beliau sanggup bekerja demi menampung tanggungan keluarga. Sehingga perceraian antara pasangan ini, Plaintif tetap terus bekerja di kantin Sekolah Memngah Agama Dong Raub, dan menetap di bahagian dapur kantin sekolah tersebut. Pihak kantin sekolah telah membuat renovasi terhadap kantin tersebut bagi membolehkan Plaintif dan anak-anaknya mendapat tempat berlindung. Plantif sepanjang perkahwinan pada saya dikira telah memberikan sumbangan secara tak langsung kepada Defendan.

Kes ini bakal disebut semula pada 7 September 2011 dan hakim mengarahkan pihak peguam Defendan menyediakan surat persetujuan Defendan dan anak-anak berkaitan dengan pembahagian harta sepencarian sekiranya Defendan benar-benar bersetuju untuk memberikan sebahagian daripada harta dan/ atau hartanah beliau kepada anak-anaknya dan bukan kepada isteri beliau sebagai harta sepencarian.

Walaubagaimanapun saya berharap agar pihak mahkamah membuat keputusan yang selayaknya dan meletakkan hak kepada yang berhak. Hal ini kerana, melalui pandangan saya terhadap pihak Defendan ketika disoal balas oleh penyelia saya iaitu En. Dzulkarnain sebagai Peguamcara pihak Plaintif, beliau seolah-olah tidak mahu menyerahkan harta dan/ atau hartanah tersebut kepada Plaintifatas alasan terlalu marahkan bekas isteri beliau tersebut.

 KESIMPULAN

Secara keseluruhanya saya amat bersetuju sepanjang menjalani Latihan Industri selama enam minggu ini, saya telah mendapat banyak pengalaman dan ilmu yang berguna. Secara tidak lansung Latihan Industri ini dapat meningkatkan minat dalam bidang perundangan syariah dan memberi peluang kepada pelajar daripada Jabatan Syariah dan Undang-Undang untuk mendapat pendedahan mengenai skop bidang kerja selepas tamat pengajian di Universiti Malaya.

Saya juga amat berterima kasih kepada pihak-pihak yang telah banyak membantu secara langsung dan tidak langsung sepanjang saya menjalani Latihan Industri selama 6 minggu bermula pada 24 Mei 2011 sehingga 4 Julai 2011. Tanpa bantuan dari pihak pentadbir Akademi Pengajian Islam, pensyarah-pensyarah dan juga staf-staf di firma Tetuan Hafidz & Dzulkarnain sudah pasti kami tidak berpeluang untuk menjalani Latihan Industri di Tetuan Hafidz & Dzulkarnain ini.

Saya juga dapat menyimpulkan disini bahawa pembelajaran di dalam kuliah adalah tidak mencukupi tanpa praktikal yang perlu kita pelajari juga. Hal ini adalah kerana tidak semua teori itu dilaksanakan mengikut apa yang dipelajari di mahkamah. Semasa menjalani Latihan Industri ini, saya banyak didedahkan kepada aspek pengurusan kes dari segi prosiding sivil dan syariah. Kelebihan yang dapat saya lihat adalah saya beruntung kerana firma di mana saya berpraktikal menjalankan dua sistem perundang iaitu litigasi sivil dan syariah. Saya mencuba untuk mengutip sebanyak ungkin pengalaman sepanjang berada di sana.

Akhir sekali, saya berharap program Latihan Industri seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang kerana ia memberikan banyak kelebihan kepada para pelajar yang mana ia dilihat sebagai salah satu persediaan kepada para pelajar untuk menempuh alam pekerjaan selepas tamat belajar nanti.

Advertisements

2 thoughts on “HDZ

  1. Salam. Thanks for the info. Saya student uia, tgh pening kpale mana nk cr tempat utk LI. Nk tny, ok x kerje dgn diorg?? I mean not all the service provided which is those laws saya x bljr lg. -.-” so mcm mn ek? Can i have ur contact no plizz??

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s