2.0

Suatu Ketika Dahulu, Nombor Ini Tiada Makna, Ini Hanya Sekadar Angka.
………………………………………………………………………………………………..

Ramai Benar Rasanya, Untuk Hari Ini, Angka Ini Adalah SATU SEJARAH.
Kerana Angka Ini Menunjukkan Pada Dunia Sejauh Mana Pemikiran Bangsa.

Berkatalah Penulis Sebagai Seorang Bangsa Dan Rakyat Tempat Penulis Dilahirkan.
Tempat Penulis Menuntut Segala Ilmu Yang Pastinya Masih Tidak Cukup Untuk Menjadi Bekal Menghadap Ya Rabb Suatu Masa Nanti.

Hari Ini Dan Detik Ini. Beliau Merasakan Tempat Kelahiran Beliau Ini Sudah Tidak Selamat Lagi. Sudah Tidak Aman Lagi, Sudah Huru-hara.
Bagaimana Generasi Akan Datang Ingin Menikmati Semua Ini Sedangkan Pada Ketika Ini, Semuanya Seolah-olah Sudah Lupus Dek Kerakusan Manusia Menjamah Pangkat, Mengejar Darjat.

Tidak Menyokong, Tidak Pula Menentang Sekeras-kerasnya.
Pembacaan Selama Dua Hari Tidak Mampu Untuk Menjelaskan Kepada Beliau
SIAPA ANGKARA KERAKUSAN MANUSIA INI.
Beliau Masih Keliru Di Tempat Sendiri.

Kekadang Terdetik Di Hati Beliau Untuk Mengadu Nasib Di Bidang Politikus.
Namun Beliau Bukanlah Sehebat Saidina Ali, Bukanlah Segarang Saidina Umar.
Beliau Hanyalah Seorang Manusia Biasa Yang Ingin Melihat Dunia Untuk 40 Tahun Akan Datang.
Apakah Hasil Oleh Tangan-tangan Manusia Yang Rakus Memperlakukan Seolah-olah Dunia Ini Milik Dia Seorang.
Firman Allah S.W.T :
“Telah nyata kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan-perbuatan mereka agar mereka kembali (ke jalan yang benar).” [TMQ ar-Rum (30):41]. 

___________________________________________________________________________________________

Kenapa Ditentang Sekerasnya?
Sedangkan Yang Dibawa Adalah Keadilan
Yang Dituntut Adalah Kebenaran.
Susah Benarkah Untuk Menerima Pandangan.
Untuk Memperleraikan Kekusutan.

Jangan Dibilang Kemerdekaan Hari Ini Adalah Kekal.
Kerana Hakikat Sebenar Kita Masih Dijajah.
Bagaimana Dengan Kenyataan Kemerdekaan Kini Hanya Terikat Untuk Tempoh SERATUS TAHUN.
Bagaimana Untuk Tahun Ke-101?
Dijajah ATAU Menjajah?

Marah dan Kecewanya Penulis Kepada Ketidakperikemanusiaan Sesama Manusia.
Melayan MANUSIA Mengikut Darjat.
Yang Lemah Tetap Ditindas, Yang Berkuasa Tetap Menindas.
Nyawa Di Hujung Tanduk Dikatakan Dibuat-buat. ALLAH……

Amanah Dipegang Bukan Untuk Dicanang-canang, Bukan Jua Untuk Disoal-soal.
Namun Amanah Yang Dipegang Adalah Untuk DILAKSANAKAN Dengan Rasa Penuh Penghayatan Dan Tanggungjawab Kerana Takutnya Pada Azab Neraka Andai Tidak Terlaksana.

Berkira-kira Bilalah Akan Mendapat Pemerintah Seperti Khalifah Umar Abd Aziz.
Cantik Sungguh Pemerintahannya Sehingga Tiada Seorangpun Yang Miskin.
Sampai Suatu Masa, Hasil Pendapatan Negeri Tidak Tahu Tahu  Mahu Digunakan Untuk Apa.
Masakan Tidak, ADIL dan TELUSNYA Pemerintahan Itu.

Satu Dunia Menyaksikan…..

 ::Bukanlah Memohon Kerajaan Itu Berubah, Tapi CARA PEMERINTAHAN Itu Berubah::

Wallahu’allam.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s