KESAN DAN CABARAN DUNIA SIBER DALAM PEMBENTUKAN AKHLAK MASYARAKAT

PENDAHULUAN

Era globalisasi dunia mencetuskan banyak perubahan dalam menghayati kehidupan selepas arus paskal permodenan. Perubahan terhadap gaya hidup berorientasikan teknologi dan kemajuan maklumat memberikan kesan dan menjadi cabaran terhadap nilai, budaya, pemikiran dan corak hidup yang bersendikan adat, tatasusila ketimuran dan penghayatan agama. Perubahan dunia masa kini amat pantas hasil ledakan teknologi maklumat. Setiap hari pelbagai hasil ciptaan baru dari inovasi teknologi. Teknologi dan maklumat telah berjaya menghapuskan batasan sempadan sesebuah negara. Malahan ia berjaya merubah bentuk pemikiran, ideologi, budaya dan berbagai elemen luar memasuki ruang negara lain tanpa sekatan dan kawalan. John Naisbitt (1990) meramalkan bahawa salah satu daripada sepuluh kecenderungan manusia di awal abad kedua puluh satu ialah maklumat. Maklumat sangat berharga dalam dunia globalisasi hingga ia menadi penentu dan penggerak kepada masa depan. Kertas kerja ini mengupas isu di mana ledakan teknologi membawa cabaran dan impak yang kuat terhadap pegangan dan penghayatan nilai-nilai murni agama serta akhlak masyarakat dan pengaruh negatif yang merubah minda serta gaya hidup insan. Ia menghakis dan mengubah paradigma tauhid, syariah dan akhlak mulia sehingga mengikis nilai-nilai keinsanan. Jesteru itu, suatu pendekatan dan tindakan yang menggunakan metodologi Islam perlu dilaksanakan bagi tujuan mengwal, mendidik dan menjamin agar pengaruh buruk ICT tidak menjadi barah kepada penyakit sosial yang sedia ada. Pendekatan Islam dikemukakan bagi tujuan mendidik dan mengawal individu daripada hanyut dan lemas dalam dunia tanpa sempadan.[1]

Kertas kerja saya dalam tugasan ini akan menerangkan sedikit sebanyak tentang cabaran dan kesan dunia siber dalam perkembangan akhlak masyarakat. Ia dilihat dari aspek kesan dan cabaran itu sendiri kepada golongan masyarakat. Setiap sesuatu itu ada pro dan kontranya dan tulisan kali ini akan menerangakn dari sudut kedua-dua aspek.

DEFINISI

Kesan menurut Tesaurus adalah efek, akibat, padah dan ekoran. Manakala menurut Kamus Dewan pula ialah yang turut terdapat (timbul, digunakan) selain yang asas atau yang utama – masalah kecil dan yang boleh diselesaikan – hasil-hasil yang turut diperoleh daripada usaha untuk menghasilkan sesuatu, hasil lain di samping hasil yang utama – kesan-kesan lain di samping kesan yang utama.[2]

Cabaran menurut Kamus Dewan ialah hasil mencabar (mempersoalkan, mempertikaikan) – ajakan (untuk berlawan ) – sesuatu (unsur, faktor) yang mencabar (menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi).[3]

Siber menurut Kamus Dewan adalah sesuatu yang berkaitan dengan komputer dan internet.[4] Internet ibarat pasar raksasa yang menemukan pembeli dengan penjual dalam ruang.

Pembangunan menurut Kamus Dewan ialah perihal membangun, proses membangun (mencapai kemajuan, perkembangan) usaha atau kegiatan membangunkan (memajukan dan mengembangkan).[5]

Akhlak menurut Ibn Miskawayh ialah sesuatu situasi yang terbentuk dalam diri seseorang manusia dan ia berfungsi sebagai kuasa eksekutif yang mengarah orang tersebut melakukan semua perbuatannya.[6]

Masyarakat ialah sekumpulan orang yg hidup bersama di sesuatu tempat dengan cara-cara dan peraturan-peraturan tertentu.[7]

Istilah dunia siber atau ‘cyberworld’ pertama kali digunakan oleh William Gibson seorang penulis sains fiksyen dalam bukunya yang bertajuk Neuromancer( 1984), yang mana beliau gambarkan sebagai “suatu istilah tekno dan menggugat perasaan tetapi pada dasarnya tidak bermakna, yang berfungsi sebagai kata laluan untuk semua idea sibernatiknya.” Kini, isitilah ini menjadi suatu perkataan yang sangat biasa dan digunakan dengan meluas untuk menggambarkan segala sesuatu berkaitan dengan komputer, teknologi maklumat, internet dan pelbagai budaya internet. Secara mudahnya, ia merujuk kepada dunia atas talian, iaitu suatu tempat yang benar-benar wujud, walaupun sebagai media komunikasi berbanding suatu galaksi lain.[8]

Secara tulisannya, definisi tajuk kertas kerja ini ialah melihat sejauh mana kesan dan cabaran yang dihadapi oleh kelompok masyarakat dalam menongkah arus kemodenan dunia komputer dan internet yang mana terdapat kesan positif dan juga negatif.  Dalam kertas kerja ini, penulisan lebih melihat kepada dunia siber dari segi pengunaan teknologi dan Information Communication Technology (ICT).

CABARAN DAN KESAN DUNIA SIBER DALAM PEMBENTUKAN MASYARAKAT

Jika dilihat dari sudut yang negatif, banyak cabaran yang perlu ditempuhi oleh golongan remaja terutamanya isu yang berkaitan dengan gejala sosial yang melibatkan penggunaan siber. Lebih-lebih lagi dengan perkembangan arus semasa, kebanyakan golongan remaja menggunakan siber untuk menjalinkan hubungan sosial seperti menerusi laman web Facebook, Twitter, Friendster dan lain-lain lagi yang menawarkan pelbagai tawaran serta perkhidmatan yang menarik dan menyeronokkan yang sememangnya menarik minat para remaja untuk menyertainya. Sememangnya, tidak dapat dinafikan bahawa laman web sosial sebegin mempunyai banyak kebaikan dan kelebihan seperti dapat berhubung serta membincangkan isu-isu terkini melalui ruangan siber, namun begitu juga keburukannya kerana penggunaannya adalah tanpa kawalan. Laman-laman web sebegini juga menjadi tumpuan para penjenayah yang mahu menjadi remaja sebagai mangsa mereka. Terdapat juga para remaja mungkin tidak menyedari keperluan untuk menjaga maklumat peribadi mereka, ataupun gambar-gambar peribadi mereka daripada jatuh ke tangan pihak yang tidak dikenali dan sekaligus menjadi mangsa penjenayah-penjenayah dunia siber seperti terlibat dalam dunia pornografi, pelacuran, seks bebas, penculikan dan pemerdagangan manusia.

Antara cabaran-cabaran yang terdapat dalam dunia siber adalah antaranya :

a)      Kesahihan maklumat.

Berpandukan kepada dalil Naqli iaitu ayat al-Quran Allah berfirman yang bermaksud :

“Sekiranya datang kepadamu orang yang fasik(jahat) membawa berita maka hendaklah

kamu berwaspada(berhati-hati) akan kebenarannya”.[9]

Maklumat yang tepat dan benar kesahihannya adalah penting bagi menjamin tidak berlaku penyelewengan dan kepalsuan fakta. Terutama sekali dalam soal ilmu keagamaan yang perlu dipastikan kebenarannya. Pihak yang tidak bertanggungjawab sentiasa mencari jalan bagi menyeleweng dan melakukan dusta bagi tujuan menyesatkan orang lain. Hal ini memberi cabaran terhadap proses tradisonal dalam mendapatkan maklumat yang sahih. Misalnya dengan hanya merujuk kepada bahan dari internet seperti al-Quran kemungkinan berlaku kesalahan fakta seperti ayat dari versi Israeliyat. Oleh itu seseorang perlu merujuk kepada simber asal bagi mengesahkan maklumat dan mengelakkan kekeliruan. Kesan yang nyata dari amalan ini ialah ramai pencari maklumat mudah mempercayai bahan yang diperolehi dari internet. Rujukan maklumat semata-mata kepada internet tanpa pengesahan akan menimbulkan masalah tentang kebenaran fakta sesuatu maklumat.

b)     Pelayaran Web Negatif.

Minat dan kesukaan melawati laman-laman web yang tidak bermoral dan tidak berfaedahmemberi kesan negatif dalam perkembangan minda dan fizikal manusia. Ketagihan terhadap laman web negatif mencetuskan kerosakan maruah, nilai keperibadian, dorongan terhadap jenayah seksualiti, masalah perundangan, perhubungan interpersonal dan pembaziran wang serta masa.

Kewujudan laman web lucah yang mudah diakses oleh sesiapa sahaja termasuk anak-anak sekolah, remaja dan golongan dewasa memberi kesan negatif terhadap perubahan nilai dan gaya hidup mereka. Larangan agama terhadap perlakuan yang boleh menghampiri zina tidak mampu menyekat remaja dan golongan dewasa daripada menghindari perbuatan tercela. Sebagaimana firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud

“Jangan kamu hampiri perbuatan Zina kerana ia adalah amalan yang sangat keji ‘.[10]

Ketagihan internet ini tertumpu kepada cybersex addiction dan comulsive gambling. Material berkaitan sex begitu mudah dan tersiar di internet dengan pelbagai dimensi dan ilustrasi pornografi dan chatroom yang membicarakan unsur-unsur seksual Kewujudan berbagai bentuk laman web negatif telah mencabar nilai dan gaya hidup insaniah sebagaimana yang diajar oleh Islam. Pendidikan Islam jelas mencegah umat dari terlibat dalam kegiatan tidak bermoral. Pendidikan akhlak menurut Islam ialah pembentukan jiwa dan peribadi muslim yang mampu menjaga dan menjauhi amalanamalan buruk termasuk melayari laman web lucah. Impak kepada gejala ini maka merebaklah bermacam penyakit sosial akibat ketagihan seks seperti perzinaan, pelacuran, penularan HIV/AIDS, Homoseksual dan Lesbian, penyakit kelamin, curang dalam hubungan dan melakukan seks sebelum kahwin di kalangan remaja. Menurut laporan akhbar dan kajian oleh penyelidik Universiti Malaya pada tahun 2005 ramai remaja sudah melakukan hubungan seks dalam menjalinkan perhubungan mereka. Malahan ada yang merakamkan untuk simpanan peribadi dan disebar untuk umum melalui internet dan telefon peribadi menggunakan teknologi 3G.

Berdasarkan kajian Kementerian Kesihatan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Universiti Malaya dan sebuah syarikat swasta pada tahun lalu mendapati 13 peratus remaja berusia 15 hingga 21 tahun pernah mengadakan hubungan seks sebelum.Kajian itu mendapati 76 peratus daripada respondennya remaja lelaki manakala 61 peratus membabitkan remaja perempuan.[11]

Dalam kajian lain Kementerian Kesihatan terhadap remaja bersekolah berumur 13 hingga 18 tahun mendapati 1.8 peratus daripadanya mengaku pernah terbabit dalam aktiviti seks. Walaupun isu seks bebas remaja membabitkan kedua-dua jantina lelaki dan perempuan, permasalah lebih besar sering melingkungi kaum hawa.

c)      Penyebaran Fitnah dan Gossip

Kemudahan melalui ICT sering disalahgunakan untuk kepentingan peribadi. Gejala utama yang selalu dikaitkan dengan teknologi ICT ialah penyebaran fitnah dan gossip oleh satu pihak bagi tujuan memburukkan, memalukan atau menjatuhkan pihak lain. Fitnah disebar menggunakan laman web internet, sms, mms dan media lain terutama di musim pilihanraya. Hal ini mencabar etika dan tatasusila hidup bermasyarakat dan bernegara. Menurut ajaran Islam, penyebaran fitnah adalah satu jenayah yang sangat besar. Fitnah memberi kesan terhadap maruah dan kedudukan seseorang individu serta keluarganya. Firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud:

“Fitnah itu lebih merbahaya dari membunuh”[12]

d)     Permasalahan Remaja

Minat remaja terhadap ICT terutama teknologi internet dan alat komunikasi mendorong mereka menghabiskan masa di cyber café ,internet café dan telefon tangan. Program seperti chatting, permainan video, sms, mms, 3G dan berbagai aktiviti melaluinya membawa kesan dan cabaran tersendiri. Kegilaan anak remaja ini memberi cabaran kepada ibubapa mereka. Ramai pelajar yang ponteng sekolah, menyalahgunakan wang saku, meminjam wang teman bahkan ada yang sanggup menipu dan mencuri. Setiap ibubapa adalah pemimpin kepada anak-anak mereka.

Menurut ajaran Islam setiap pemimpin bertanggungjawab terhadap pengikut mereka. Kawalan dan penjagaan yang berterusan perlu bagi menjamin anak-anak tidak terlibat dalam kancah gejala sosial. Hal ini mencabar pengurusan sekolah, pihak berkuasa dan orangramai terhadap masalah pelajar yang mengunjungi pusat internet di waktu persekolahan dan selepas persekolahan. Kesannya ialah pembaziran masa kerana terlalu lama di cyber cafe, tidak ada kawalan keluarga dan berkembangbiaknya masalah serta gejala sosial di kalangan remaja. Hal ini menyebabkan kerajaan terpaksa bertindak mengawal aktiviti kunjungan remaja ke pusat-pusat internet.

e)      Aktiviti Perjudian

Pihak berkuasa tempatan, polis dan agensi yang terlibat mendapati berlakunya penyalahgunaan pusat internet sebagai pusat judi. Permainan video yang berorientasikan judi mendapat perhatian di kalangan orang dewasa dan anak-anak remaja. Kegiatan perjudian mencabar nilai hidup Islam yang jelas mengharamkan judi. Firman Allah dalam al-Quran bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak, judi, menenun nasib dan menyembah berhala adalah kotor dari amalan syaitan . Oleh itu hendaklah kamu jauhi mudahan kamu berjaya”[13]

f)       Perubahan Gaya Hidup dan Pencemaran Bahasa

Perpatah Melayu ada menyebut:

“Yang Kurik Itu Kendi, Yang Merah Itu Saga”

“Yang Elok Itu Budi, Yang Indah Itu Bahasa”

Pengaruh ICT yang menular dalam kehidupan moden hari ini jelas telah berjaya merubah paradigma sosiobudaya dan bahasa komunikasi. Penjajahan budaya hidup Barat dalam aspek pakaian, makanan, minuman, tingkahlaku, hiburan telah menukar jati diri manusia. Pakaian tradisonal setiap kaum dan bangsa hanya menjadi pakaian rasmi acara atau perayaan. Ia tidak lagi menjadi pakaian harian yang dibanggakan. Makanan seperti kuih tradisional bertukar dengan makanan impot dengan pelbagai jenama terkenal di dunia. Seperkara yang menarik dalam isu ICT ialah berlakunya tanpa disedari iaitu kerosakan bahasa. Bahasa sms dan chatting memerlukan tulisan yang ringkas dan mudah. Kesannya terbawa sehingga banyak pihak menerima pakai dalam komunikasi harian mereka terutama di kalangan anak remaja. Misalnya perkataan Assalamualaikum sudah diringkaskan dengan berbagai cara seperti Asm.,Akum, Aslam dan Salam mulai tersebar penggunaannya. Perkataan ini jelas tidak tepat dari susunan ejaan, kata-kata dan maknanya sendiri. Ianya jelas merosakkan penggunaan istilah, perkataan dan bahasa itu sendiri.

Dalam tugasan kertas kerja yang ringkas ini adalah tidak mungkin penulis dapat menghuraikan keseluruhan cabaran-cabaran dan isu-isu yang berkaitan dengan pengaruh dan penggunaan siber dalam proses modenisasi masyarakat Malaysia. penulis akan memfokuskan perbincangan kepada beberapa isu berkaitan dengan generasi muda dan beberapa contoh salah guna ICT. Di antara perkara yang akan disentuh adalah melayari sumber-sumber/cerita-cerita atau gambar-gambar yang tidak bermoral; berhubung rapat dengan orang yang tidak dikenali secara terbuka dan penuh percaya dan; terlibat atau melibatkan dengan penipuan-penipuan berbentuk kewangan secara terlindung.

Sebagai contoh yang pertama, melayari sumber-sumber/cerita-cerita atau gambar-gambar yang tidak bermoral. Perkara ini nampak seolah-olah satu perkara kecil, tetapi mempunyai kesan yang besar kepada psikolgi dan tindak-tanduk remaja. Akibat daripada sistem pemakanan dan taraf hidup di Malaysia, (khususnya di kawasan Bandar) umumnya seseorang yang berumur 13 tahun ke atas telah mempunyai tahap kematangan biologi yang mencukupi untuk menjadi seorang ibu atau bapa. Bermakna seseorang perempuan itu telah mampu mengandung dan melahirkan bayi, (telah timbul keinginan sex) tetapi dari segi sosial (dan keperluan sosial dan ekonominya) seseorang itu dalam konteks masyarakat Malaysia kini dia masih belum mampu. Dia masih memerlukan masa di antara 8-10 tahun lagi bagi menamatkan pengajian, mendapatkan pekerjaan yang sesuai (terjamin kewanganya) dan kemudiannya mendirikan keluarga. Dengan melayari gambar-gambar dan cerita-cerita seks (atau berunsur seks) ini boleh meningkatkan ransangan dan keinginan melakukan hubungan seks. Seseorang remaja bukan tidak mengetahui bahawa hubungan sex luar nikah adalah berdosa, risiko yang besar dan akan menghadapi kesan yang buruk bagi masa depannya, tetapi ketidak-seimbangan rohani, sosial dan keinginan biologinya menyebabkan seseorang itu terdorong melakukan hubungan kelamin luar nikah. Meningkatnya bilangan remaja berumur di antara 13-20 tahun yang sanggup melakukan hubungan sex dengan rela dipercayai mempunyai hubungan dengan sumber-sumber gambar/cerita daripada ICT yang berleluasa dan tidak terkawal. Ianya juga mempunyai hubungan dengan kes pembuangan bayi yang semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.

Contoh yang seterusnya adalah berhubung rapat dengan orang yang tidak dikenali secara terbuka dan penuh percaya. Kemudahan ICT juga telah membuka ruang yang sangat luas bagi seseorang mengenali dan berhubung dengan seseorang secara lebih bebas dan terbuka. Seorang remaja yang mudah percaya kepada seseorang yang tidak dikenali (hanya kenal dan berhubung melalui ruang siber) akan membuka ruang seseorang yang berniat jahat mengambil peluang ke atasnya. Tahap kematangan yang rendah serta pengaruh emosi serta tekanan keinginan biologi tanpa kawalan social dan undang-undang yang benar-benar ketat mendorong berlakunya hubungan rapat yang tidak sepatutnya berlaku. Struktur masyarakat, persekitaran kejiranan serta struktur keluarga memudahkan seseorang yang berniat jahat mengambil peluang ke atas sesorang. Misalnya seorang gadis yang tinggal di kawasan yang jiran-jirannya tidak saling mengenali di antara satu sama lain dan kedua-dua ibubapanya bekerja dengan kemudahan ICT akan memudah dan mendorong dia berhubung dengan seseorang yang tidak dikenalinya. Keadaan akan menjadi lebih mudah jika si-gadis itu berada dalam kesunyian serta si-lelaki yang dikenalinya itu pula benar-benar pandai berpura-pura bersifat baik padanya. Kes-kes gadis hilang dan mengikuti lelaki yang tidak sepatutnya dipercayai mempunyai hubungan dengan persoalan ini. Bahkan ada kes yang si-gadis yang berkenalan melalui alam siber ini, sanggup terbang ke luar negara (ke Amerika Syarikat dan ke United Kingdom dan sebagainya) semata-mata kerana benar-benar percaya berdasarkan semata-mata maklumat daripada komputer. Melalui ICT dan salah guna serta salahtafsir telah banyak gadis-gadis yang menjadi mangsa dan telah diperdagangkan dan dijadikan mangsa oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Manakala contoh yang terakhir berakaitan kesan dari sudut negatif tentang siber dalam sudut ICT adalah terlibat atau melibatkan dengan penipuan-penipuan berbentuk kewangan secara terlindung. Penipuan dalam bentuk kewangan ini telah semakin merebak dan semakin ramai mangsanya. Penipuan yang bermotifkan kewangan ini dilakukan dengan banyak cara di antara contohnya; tawaran hadiah tertentu kepada seseorang kerana telah terpilih berdasarkan sesuatu sebab (misalnya alamat e-mail anda bertuah melalui pilihan rambang); kerjasama dalam pengurusan membawa keluar dana-dana tertentu dalam jumlah yang besar (misalnya 2 juta USD) dan juga kategori yang lebih kecil jumlahnya seperti anda telah menerima sebuah kotak hadiah tetapi mesti membayar (melalui pindahan akaun bank atau kad kredit) sebelum hadiah itu dapat dihantar dan dituntut. Walaupun kadang-kadang mangsa terasa bahawa ianya mungkin ditipu, tetapi kadang-kadang penipuan terlindung ini licik dan banyak juga mangsa yang terkena tipu.

Walaubagaimanapun, terdapat juga kesan-kesan yang positif yang boleh dilihat dalam pembangunan akhlak masyarakat tentang kebejatan dunia siber hari ini. Jika dilihat kepada pengunaan kad-kad elektronik pada hari ini, banyak mendatangkan kesan positif. Sebagai contoh, pengunaan Mykad yang mana Mykad mempunyai potensi yang besar untuk menggerakkan masyarakat dalam satu jaringan elektronik kerana menyediakan perkhidmatan seperti ini kepada awam. Antara perkhidmatan yang boleh digunakan apabila memiliki Mykad seperti berurusan secara dalam talian bagi mendapat maklumat peribadi, maklumat saman dan sebagainya. Fungsi Mykad yang lebih meluas seperti ini akan mendorong sepenuhnya potensi perkembangan masyarakat jaringan di Malaysia, maka wajarlah kerajaan Malaysia memperkenalkannya untuk kepentingan jangkamasa yang panjang walaupun wujud isu-isu seperti masalah jaringan dan prasarana, tahap keselamatan maklumat, mengenai kad mudah rosak dan sebagainya.

KEPERLUAN ETIKA ISLAM DALAM PENGGUNAAN SIBER (ICT)

Tidak dapat dinafikan bahawa satu standard etika yang syumul dan menyeluruh amat diperlukan pada zaman ini bagi mengawal dan “mengadapkan” manusia. Dengan satu harapan suci lagi murni, melahirkan umat Malaysia khususnya dan dunia amnya yang akan disegani kerana keluhuran budi dan akalnya.

a. Nilai Murni

Nilai murni ialah nilai yang baik yang dapat membina keharmonian, kekuatan dan pembangunan individu serta masyarakat . Nilai ini perlu dikembangkan bagi membendung pelbagai krisis yang dihadapi oleh masyarakat. Antaranya termasuklah nilai kejujuran, kesetiaan, keadilan dan sebagainya. Dalam dunia siber ini, di mana Internet menjadi senjata utama manusia, maka amat perlu dipastikan mereka yang terlibat di dalam dalamnya sentiasa terpandu dengan nilai ini. Sebagai contoh seorang pengguna Internet wajar tahu setakat mana hak penggunaannya. Pembuat laman web mesti sedar apakah berita yang disebarkan itu akan menambah nilai kepada masyarakat atau sebaliknya. Pengamalan kepada nilai murni ini pastinya akan membimbing manusia ICT.

b. Nilai Moral

Ia merupakan nilai asas dan fundamental di dalam pembinaan individu dan masyarakat. Mempertahankan kebaikan dan menolak keburukan serta tindakan yang memperjuangkan kebenaran perlu dipertingkat di dalam masyarakat dewasa ini. Semua manusia mesti sedar moral individu yang baik maka akan lahirlah satu masyarakat yang cemerlang.

c. Nilai Etika

Masyarakat yang beretika ialah masyarakat yang mempertahankan tanggungjawab moral dan social, membentuk individu sebagai anggota masyarakat yang komited terhadap peraturan dan lunas-lunas yang berhemah. Islam sebagai contoh telah menyediakan asas etika dan akhlak yang luhur untuk diamalkan oleh semua peringkat manusia di zaman siber ini. Asas sifat seperti Siddiq, Amanah, Tabligh dan Fataonah wajar dipraktiskan dalam seluruh generasi ICT. Sikap Siddiq yang bermaksud “benar” amat besar perananya dalam hidup manusia. Permasalahan kerakusan “manusia pornografi” akan dapat diatasi jika manusia seluruhnya sentiasa memastikan setiap tindakan mereka sentiasa benar. Hal ini hanya dapat dipastikan jika manusia itu punyai iman dan pekerti yang luhur. Amanah sebagai standard umum perbuatan manusia akan melahirkan generasi yang “success” dalam segenap lapangan. Penyebar maklumat yang amanah akan sentiasa memastikan bahan yang disebar adalah betul dan tepat dan akan dipertanggungjawabkan di kemudian hari. Didikan terhadap perbuatan amanah ini mestilah dilakukan sejak manusia itu diperingkat “rebung”. Sifat Tabligh pula akan memastikan amalan menyuruh manusia berbuat kebaikan dan melarang manusia berbuat kejahatan akan berterusan. Setiap individu yang terlibat secara landsung ataupun tidak secara lansung dalam dunia Internet dan maklumat sewajarnya faham akan maksud “tabligh”. Manakala sifat atau standard Fatonah juga sewajarnya disebarluaskan dikalangan umat ICT. Fatonah yang bermaksud bijaksana akan mendorong manusia sentiasa berhati-hati dalam menyebarkan sesuatu di dalam Internet. Jika sifat ini berjaya ditanam dalam jiwa manusia seluruhnya maka standard etika yang cemerlang akan berjaya diaplikasikan dalam masyarakat dunia. Hal ini kerana, “the character of the Muslim community is not determined by the rituals alone”. Muslim mesti mengetahui bagaimana untuk memperbetulkan segala serangan dan dakyah yang dilontar terhadap mereka.

d. Nilai Kerohanian

Nilai kerohanian tidak dapat dinafikan akan kepentingannya. Ia menjadi benteng ulung bagi membina kekuatan, ketahanan dan peribadi seseorang. Jiwa yang kuat akan melahirkan individu yang cemerlang. Sebagai sebuah masyarakat malaysia yang unggul maka sewajarnya kita biasakan diri dengan nilai kerohania yang mulia. Malaysia akan dipandang mulia jika masyarakatnya berhati budi dalam segenap perkara, samada dari aspek hubungan individu hinggalah ke aspek ICTnya.

e. Nilai Budaya

Nilai budaya ialah nilai-nilai yang mencorakkan kehidupan sesuatu masyarakat atau bangsa. Budaya masyarakat melayu terkenal dengan identiti tersendiri yang dipengaruhi kuat oleh adat, kepercayaan, tradisi, kemasyarakatn, bahasa, baik hati, dan lain-lain lagi. Nilai budaya yang baik . Jika dilihat Malaysia sebagai sebuah negara yang mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi negara maka sewajarnya nilai-nilai baik ini disebarluaskan diseluruh pelusUk negara. Kepenggunaan Internet harus diterima dengan hati yang terbuka, tetapi ia harus di pandu dengan etika dan akhlak mulia agar menjadi budaya masyarakat Malaysia, melayari Internet untuk mencari maklumat adalah satu kebiasaan dan maklumat yang diakses hanyalah maklumat yang dapat memantapkan minda dan hati nurani. Penyemaian nilai hormat wajar diberi keutamaan. Meletakkan nilai hormat yang tepat dan bersesuaian dengan kehendak ajaran mulia agama dalam institusi ICT dewasa ini adalah satu kemestian.

f. Nilai Jujur

Kejujuran adalah asas dalam perlakuan manusia. Bagi seseorang muslim setiap amal mereka dinilai berdasarkan kepada eikhlasan dan kejujuran. Nabi Muhammad menjelaskan dalam hadis baginda yang bermaksud “ Setiap amal bermula dengan Niat”. Satu perkara yang dapat kita laksanakan ialah memaparkan pada papan skrin mengenai etika melayari laman web. Ia dapat membantu mendidik seseorang daripada melakukan sesuatu yang salah dan membina kejujuran diri.

PENUTUP

Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan makmur mestilah melengkapkan masyarakatnya dengan standard etika yang cemerlang bagi melayari alam siber yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Islam sebagai agama yang membawa rahmat hendaklah dijadikan rujukan utama di dalam penggubalan standard etika kepenggunaan Internet, sesuai dengan ciri Islam itu sendiri yang membawa perubahan menyeluruh samada dari sudut sosial, ekonomi dan sebagainya. Islam mewajibkan kepada seluruh kaum muslimin agar yang satu menghormati yang lainnya, yang seorang menjaga kemuliaan diri dan kawannya, keharuman namanya, kebagusannya dengan hati yang seikhlas-ikhlasnya.[14] Adalah menjadi harapan besar negara dengan adanya ketelusan dan ketulusan dalam zaman siber ini maka masyarakat akan lebih beruntung dan sejahtera. Tiada lagi unsur yang yang boleh merosak dan menghancurkan keutuhan masyarakat disebar melalui jaringan maya yang akan diakses oleh manusia sejagat. pengaruh ICT dalam tahap kemodenan dan kehidupan masa kini tidak dapat dielakkan dan mempunyai pengaruh yang besar dalam kehidupan khususnya generasi muda. Ianya telah menjadi sebahagian daripada kehidupan moden kini yang akan terus meningkat penggunaan dan pengaruhnya dari masa ke semasa. Penggunaan dan pengaruh dalam kehidupan masyarakat Malaysia kini sudah tidak dapat dipisahkan dengan ICT dalam banyak aspek kehidupan. Bagi mengelak atau mengurangkan kesan negatif dan menghancurkan nilai-nilai positif agama dan budaya masyarakat kita serta menjamin survival nilai-nilai positif masyarakat, semua pihak dan dari berbagai peringkat mestilah memainkan peranan mengukuhkan nilai agama, moral dan etika masyarakat kita, khususnya bagi generasi muda bagi mengelak daripada kesan negatif yang akan semakin parah. Kesan negatif sukar dihapuskan sepenuhnya, tetapi apa yang mungkin dapat dilakukan adalah tingkatkan kesan positif dan kurang kan kesan yang negatif. Dasar-dasar kerajaan berkaitan dengan pendidikan dan budaya mestilah juga meletakkan isu salah guna dan kesan negatif ICT ini sebagai suatu yang penting bagi pemodenan dan pembangunan Negara bangsa Malaysia.[15] 

BIBLIOGRAFI

1)      Al-Quran Al-Karim.

2)      Kamus Dewan Edisi Keempat.

3)      Kamus Pelajar Edisi Kedua.

4)      Prof. Madya Dr. Mohd. Noor Mat Yazid, Program Hubungan Antarabangsa, Sekolah Sains Sosial, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu. Dalam artikel “Modenisasi, Masyarakat Malaysia Dan Ict: Isu, Cabaran Dan Penyelesaian.” 

5)      Mohamed Imran Mohamed Ariff, Mohd Yadman Sarwan, Mohamad Zaki Zainul Universiti Teknologi Mara Perak, Kampus Seri Iskandar. “Isu, Cabaran Dan Impak Ict – Satu Pendekatan Dalam Islam” dalam Prosiding Seminar Kebangsaan E-Komuniti 2005 .UKM 6-7 Disember 2005. Putrajaya.

6)      Mohd Nasir Omar, 2010.”Falsafah Akhlak.” Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi.

7)      Harian Metro “Gejala Seks di kalangan remaja”  9 Ogos 2005 diakses pada 5.30 petang, 28 November 2011.

8)      Mohd Dahlan A. Malek, PhD Sekolah Psikologi & Kerja SosialUniversiti Malaysia Sabah Ida Shafinaz Mohamed Kamil, MA Sekolah Perniagaan & Ekonomi Universiti Malaysia Sabah dalam artikel “Jenayah Dan Masalah Sosial Di Kalangan Remaja: Cabaran Dan Realiti Dunia Siber”.


[1] Prosiding Seminar Kebangsaan E-Komuniti 2005 .UKM 6-7 Disember 2005. Putrajaya. Pusat Kajian E-Komuniti. FSSK-UKMISU, CABARAN DAN IMPAK ICT – SATU PENDEKATAN DALAM ISLAM Mohamed Imran Mohamed Ariff, Mohd Yadman Sarwan, Mohamad Zaki Zainul Universiti Teknologi Mara Perak, Kampus Seri Iskandar.

[2] Kamus Dewan Edisi Keempat.

[3] Ibid.

[4] Ibid.

[5] Ibid.

[6] Mohd Nasir Omar, 2010. “Falsafah Akhlak.”  Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi. Hlm. 24.

[7] Kamus Pelajar Edisi Kedua.

. [8] Mohd Dahlan A. Malek, PhD Sekolah Psikologi & Kerja SosialUniversiti Malaysia Sabah Ida Shafinaz Mohamed Kamil, MA Sekolah Perniagaan & Ekonomi Universiti Malaysia Sabah dalam artikel “Jenayah Dan Masalah Sosial Di Kalangan Remaja: Cabaran Dan Realiti Dunia Siber” hlm 3-4.

[9] Al-Hujurat :6

[10] Al Isra’ : 17

[11] Harian Metro “Gejala Seks di kalangan remaja” 9 Ogos 2005

[12] Al Baqarah : 191

[13] Al Maidah : 90

[14] Mohamed Imran Mohamed Ariff, Mohd Yadman Sarwan, Mohamad Zaki Zainul Universiti Teknologi Mara Perak, Kampus Seri Iskandar. “Isu, Cabaran Dan Impak Ict – Satu Pendekatan Dalam Islam” dalam Prosiding Seminar Kebangsaan E-Komuniti 2005 .UKM 6-7 Disember 2005. Putrajaya. Hlm. 8

[15] Prof. Madya Dr. Mohd. Noor Mat Yazid, Program Hubungan Antarabangsa, Sekolah Sains Sosial, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu. Dalam artikel “Modenisasi, Masyarakat Malaysia Dan Ict: Isu, Cabaran Dan Penyelesaian.” Hlm. 12-13.

�v��

72 Comments (+add yours?)

  1. hazdnul
    Jun 14, 2012 @ 22:52:28

    mohon ambil sdkit info..TQ :)

    Reply

  2. sitinorhanani
    Jun 14, 2012 @ 23:11:35

    dipersilakan =)

    Reply

  3. farahaini
    Aug 05, 2012 @ 13:51:07

    mohon ambil maklumat untuk assignment.. terima kasih :)))

    Reply

  4. nizanum
    Oct 16, 2012 @ 19:51:56

    sy nk buat assigment dan tajuk nya ialah cabaran umat islam di abad ke 21 dari segi media,mohon bantuan utk dptkn nota bagi assigment sy.

    Reply

  5. zam
    Nov 01, 2012 @ 00:49:56

    mintak dijadikan sebagai bahan rujukan ye..tq

    Reply

  6. sitiaishah_99
    Nov 13, 2012 @ 13:43:03

    minta izin nak wat asgment..tq

    Reply

  7. syamz
    Nov 14, 2012 @ 16:23:15

    TQ
    banyak poin yang dapat saya ambil…

    Reply

  8. halimaton
    Nov 24, 2012 @ 16:13:58

    minta izin ambil bahan .nk wat assgmnt.TQVMch

    Reply

  9. nisa
    Jan 02, 2013 @ 22:47:29

    mohon ambil bahan utk assignment ye…

    Reply

    • sitinorhanani
      Jan 06, 2013 @ 02:53:11

      Silakan,, cuma rujuk jugalah footnotes yang diberikan untuk pastikan autoriti sesuatu bahan rujukan esaimen kalian :) masih ada kekurangan dalam penulisan saya.

      Reply

  10. Wan Shamsiah Wan Abdullah
    Jan 06, 2013 @ 17:06:08

    mohon izin untuk bahan perkongsian bersama murid

    Reply

  11. cikgu Tatie
    Jan 14, 2013 @ 21:48:40

    Assalamualaikum. Mohon kebenaran ambil bahan untuk buat assignment ya.

    Reply

  12. cik rahimah
    Mar 20, 2013 @ 14:28:01

    mohon ambil sedikit makumat juga. BTW, blog saudari sangat cantik.. =)

    Reply

  13. cik marya
    Apr 09, 2013 @ 23:49:27

    mohon ambil maklumat utk buat assignment..

    Reply

  14. Muhamad Aswad Zabide
    May 16, 2013 @ 06:17:55

    mohon ambik sikit maklumat >< nk buat assignment :D

    Reply

  15. afiqah
    Jun 10, 2013 @ 13:10:50

    mohon utk share utk assigment.terima kasih

    Reply

  16. shazatul shima
    Jun 23, 2013 @ 20:03:20

    salam..saudari…ada x blog psal undang-undang lg y blh saudri kongsikn dgn sy

    Reply

    • sitinorhanani
      Jun 23, 2013 @ 21:27:14

      Kadang2 blog tidaklah terlalu berautoriti(melainkan yang dilampirkan beserta nota kaki berkenaan dengan rujukan penulisan), boleh melawat ke myais.fsktm.edu.my utk carian artikel dalam bidang akademik. Untuk perundangan, elok dirujuk jabatan kehakiman sendiri (jksm). Untuk blog, saya rasakan mahirhujjah(bukan ahli dlm bidang undang2, beliau mengambil dari pembentangan kertas kerja org lain) boleh diguna (namun saya sendiri tidak pernah men’copy’ penulisan dari mana mana blog) utk tujuan akademik.

      Reply

  17. nur'ain
    Jun 26, 2013 @ 17:56:20

    trma ksih ats perkongsian ilmu :)
    sgt-II berguna . mhon ambil point utk assgnment :)

    Reply

  18. rajitrubern
    Jul 13, 2013 @ 20:45:22

    Jenayah siberRrrrrrrrrrrr

    Reply

  19. muhd hanif bin amiruddin
    Jul 15, 2013 @ 09:49:13

    minta kebenaran ambil maklumat ini…untuk karangan……

    Reply

  20. Mai Ismail
    Jul 20, 2013 @ 17:43:45

    minta kebenaran utk dijdkn bhn rujukan assignment..trime kasih :)

    Reply

  21. alia azman
    Jul 24, 2013 @ 20:32:51

    mohon ambil kebenaran untuk buat bahan rujukan assignment. thank you

    Reply

  22. pan
    Jul 25, 2013 @ 13:45:19

    terima kasih atas perkongsian..mohon cedok

    Reply

  23. MuhammaD AliFF b JamaluddiN
    Aug 17, 2013 @ 11:21:26

    adakah laman sosial membantu dlam pembentukan akhlak??????

    Reply

  24. daisy
    Sep 10, 2013 @ 22:56:45

    assalamualaikum ,,minta kebenaran ambil maklumat untuk lisan.

    Reply

  25. Trackback: UCAPAN MENTERI DALAM NEGERI DI MAJLIS PERASMIAN SEMINAR SASARAN PENTING PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2013 | Portal Berita iKDN
  26. NBR
    Oct 07, 2013 @ 17:34:59

    Assalam… Terima kasih atas maklumat, mohon halalkan maklumat yang diambil untuk rujukan… ;)

    Reply

  27. abdusabhil
    Oct 11, 2013 @ 21:55:03

    Salam, adakah artikel ini ada di publishkan? Jika ada, saya berminat untuk jadikan citation dalam kajian saya.. Boleh cik send kan di emel saya, softcopy yang original..mohon dibantu:)

    Reply

    • sitinorhanani
      Oct 11, 2013 @ 22:43:08

      Wsalam. Tidak diterbitkan. Ini sebahagian dari tugasan saya. Cuma artikel ini ada dijadikan rujukan bagi ucapan menteri yg lalu (saya hanya tahu setelah ucapan itu di link ke tugasan/artikel ini).

      Reply

  28. hidayah
    Oct 31, 2013 @ 00:22:21

    assalam….mohon untuk rujukan assignment…tq

    Reply

  29. student..
    Nov 03, 2013 @ 14:25:49

    info berguna untuk assignment..mohon untuk rujukan yaa..terima kasih

    Reply

  30. cik gardenie
    Nov 09, 2013 @ 20:05:03

    nk mtk kebenaran untuk dijadikan bahan rujukkan asigment.

    Reply

  31. nurfadzylah (@nurfadzylah)
    Nov 12, 2013 @ 20:45:40

    mohon untuk buat rujukan yer…terima kasih..:)

    Reply

  32. siti
    Nov 22, 2013 @ 09:32:54

    Assalamualaikum, mohon kebenaran merujuk sedikit maklumat

    Reply

  33. fhatin umishaqira
    Nov 27, 2013 @ 21:14:35

    perkongsian ilmu yg sgt menarik..

    Reply

  34. Mohd Sukifli
    Jan 08, 2014 @ 00:53:02

    Saya jadikan bahan rujukan. Terima kasih

    Reply

  35. sal
    Jan 15, 2014 @ 12:30:34

    mohon mgambil ckit mklumat yek…. =) time ksih

    Reply

  36. asyiqa
    Feb 01, 2014 @ 16:21:16

    Mintax izin untuk sye mmbuat pembntgn di sek ……

    Reply

  37. nur madihah aqish
    Feb 19, 2014 @ 08:52:47

    what a great info! it is so beneficial for my forum.barakallah..jazakullah

    Reply

  38. dayah
    Mar 09, 2014 @ 00:44:10

    salam,kakak.mohon untuk ambil sbgai rujukan,ye.thanks..

    Reply

  39. netrha shri
    Apr 07, 2014 @ 21:32:03

    can i please take some points to do my essay tq very much for sharing your knowledge

    Reply

  40. aisha
    Apr 13, 2014 @ 23:09:05

    minta izin untuk dijadikan bahan rujukan…

    Reply

  41. sitinorhanani
    Apr 14, 2014 @ 22:08:32

    Sebarang perkongsian di laman ini adalah bertujuan sebagai perkongsian dan mendidik masyarakat. Sekiranya ada mana mana pihak untuk mengambil bahan tulisan ini, kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan, namun diharapkan pihak yang mengambil bahan ini boleh membuat kajian semula bagi mengukuhkan lagi hujah kerana sudah pasti terdapat kekurangan dalam penulisan ini.
    Jazakallah.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 155 other followers

%d bloggers like this: